Sunday, August 3, 2008

NAK MARAH KER TAK?


Jadual Azwa menunjukkan Azwa sepatutnya ke Dungun pagi ini. Sejak minggu lepas Azwa dah prepare untuk kes di sana. Malah, wiken pun tak sonang duduk kerana asyik memikirkan kes untuk 4 & 5 Ogos pulak. Itu belum fail, ini belum disiapkan. Kebiasaannya Azwa akan drive sendirik ke tempat tujuan...kalau ke Dungun, seawal 6 pagi Azwa dah bersiap dan bertolak terus dari rumah. Tapi pagi ini, dek kerana terlalu memikirkan tentang kes untuk esok, Azwa decided to drop by the office tuk hantar fail dulu. Bukan apa, takut officer lain yang Azwa minta pertolongan untuk failkan dokumen akan tercari2 pula fail tu.

Sampai di pejabat, baru ada 2 orang staff sampai. Memang awal la, belum 7.30 pun. Masa Azwa nak masuk bilik salah seorang staff tu tengah duduk depan pintu biliknya. Katanya tunggu ketua kerani buka pintu biliknya. Azwa buka tenet dan ke website gomen untuk buat research sket. Entah mengapa, i know i should be going but macam sajer nak berlengah2. Dah open internet, secara tiba2 Azwa langsung terlupa username dan password website yang Azwa nak masuk tu...huh...

Perkara camni biasa la berlaku kalau kita nak cepat kan...last2 Azwa decide ke library saja untuk dapatkan akta2 yang diperlukan. Selalunya malas nak pinjam dari library sebab dia takde loose copy, kalau nak pinjam kena ambil the whole bulk, tak kuasa haku nak mengangkut all those acts dengan ku ke Dungun nung. So, Azwa pun loosekan screw yang keep all those acts together dan ambil yang diperlukan ajer...hehehhe sib baik librarian belum sampai lagikkk....larikkkkk

On the way ke bilik Azwa, datang pula staff tadi yang tunggu kat pintu bilik dia tu.

"Puan...puan..puan ada kes kat Dungun ker hari ni?"
"A'a...nak gi dah nie" Jam menunjukkan 7.45 pagi.
" A..A..a.." Sambil mengosok dahinya.." Saya nak lupa nak bagi tahu puan, kes tu postpone"
"Postpone?"
"Hari selasa lepas sebelum saya bercuti, saya terima panggilan telefon, kes tu kena tangguh."
"Loyer minta tangguh?"
"Mahkamah telefon kata kes tangguh. saya lupa nak bagitahu puan"

And i have spent a restless weekend thinking about this week cases! What if i have gone straight to Dungun as i usually do when i have cases outstation?Huh!

Temperature Azwa dah start naik... i blink my eyes several times and said..

"Ooo...patut la rasa macam berat ajer hati nak pergi terus tadi. Saya terlampau memikirkan banyak kes minggu nie, sebab tu saya rasa nak kena singgah pejabat pagi nie"

I smiled at her and masuk semula dalam bilik Azwa.

Well...am i supposed to be angry or not? Tapi tak per la, sekurang2nya dapat la Azwa concentrate untuk kes esok pula. Boss baru call tadi minta standby, sebab dia kena sakit mata pulak. Dia nak i handle kes esok..but i have a better idea...apa ek...hmnnn...tunggu sampai flight boss landing dulu baru nak call dia hehehehe...

4 comments:

  1. tak payah nak marah marah.. pegi oder teo o ais limau.. bagi sejuk sikit hehe

    ReplyDelete
  2. Zino...tu ler, azwa ni memang jenis tak mudah nak naik marah pun hahahha...klu azwa citer kat kawan2 yg azwa marah kat staff, dorang tanya balik " eh, u pandai marah ker?" hehehehe

    ReplyDelete
  3. azwa
    kalau zar, zar bagi juga sedas sambil senyum senyum.. hehhehe..

    entahlah ek, zar ni fassy sikit kalau bab kerja, perticular dan zar tak suka staf zar amik remeh pada certain thing.. tai bila bab sembang, kita sembang lah, pi makan kita pi makan lah..

    ReplyDelete
  4. Zar,

    I guess kalau Azwa dah terpergi dan sampai ke Dungun suddenly baru tahu kes kena postpone meletup jugak agaknya...hehehe

    ReplyDelete