Wednesday, March 26, 2008

PANAS PANAS PANAS


Assalamualaikum semua...apa habag kenkawan?

Semoga kalian semua sehat walafiat hendaknya, insyaAllah. Azwa sekarang berada di toooooot, Bangi...hehehehe. Tengah berkursus la ning.. PTK lagi. Hari isnin mendatang exam bertulis ngan public speaking. Ni tengah surf internet cari bahan ler nie. Tajuk individual assignment susah2...last2 Azwa pilih tajuk 'Caretaker Government'...ok tak?

Memandangkan kat opis tak bleh buka blog, maka Azwa menyahut seruan Zar untuk berbroadband hehehhee....puah hati den, skang bleh berblogging tanpa guna talian gomen hehehe...berbaloi la aku gi kursus PTK blajar etika dan nilai2 perkhidmatan nie kan.

Anyway, tajuk panas panas panas tu merujuk kepada keadaan kat state tempat Azwa bertugas. Mula2 memang kat sana sejuuuuuuk jer...tup tup tak sangka pulak, ku sangka sejuk hingga ke petang , ropenya panas di tengahari. Memang la panas sebab tengahari kan hehehehe...Kat tempat kursus, as expected, semua org dok tanya Azwa pasal isu nie. Malangnya depa cam tak percaya bila Azwa kata Azwa tak tahu pasal isu nie...depa ingat Azwa tipu. Memang betoi pun, Azwa tak tahu pasalnya, Azwa forever gi court n cuma berpeluang dok opis di sebelah petang. Azwa pun jarang jumpa bos, sebab dia pun dok sibuk kena prepare opinion whatsoever pasal mende nie. Bos pun jenis tak banyak cerita, Azwa pun bukan jenis busy busy body gi tanya2 dia hehehehe

Azwa memang interested juga mengikuti isu nie, not becoz am interested in politics, tapi lebih kepada isu perlembagaan...siapa yang lebih berkuasa, siapa berhak lantik MB etc. etc.. nie soalan untuk PTK nie huhuhu

ok la itu sahaja laporan dari Azwa kali ini. InsyaAllah kalau tak stress sangat bleh la menjenguk lagi kat sini dan menyolek sikit rumah nie. Perabut tak masuk lagi, langsir pun tak pasang lagi. Bila ada masa baru la pi jenguk rumah kenkawan pulak. Ok wish me luck friends...have a nice day eberibodi.

Tuesday, March 18, 2008

YAHOOO...AM BACKKKK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuaaa...ewahhhhh..

Alhamdulillah akhirnya Azwa dapat berblogging semula yahooooo. windunya nak berblogging tak bleh nak kata. Asyik melawat forum ajer la kije Azwa lepas siapkan kije2 harian. Tapi of coz tak sama ngan berblogging. Camno nak start ek, sebab dah lama sangat tak berblogging ( one month considered lama la kalau di alam siber kan... : D )

Election pun dah berlalu. Terengganu yang dianggap kerusi panas tak jadi panas. Agaknya tumpuan terlalu kepada nak menawan Kelate dan mengekalkan Terengganu dalam genggaman, akhirnya terlepas 4 negeri. Masih Azwa ingat pesanan bos kat Perak. Dia kata " you jaga la, kat Terengganu masa PRU ni teruk la u. Terengganu kan hotseat." Tup tup, kami kat sini takde la kes gempaq sangat except pasal tahan2 bas tu...kat Perak pulok jadi havoc kerana takde sapa dapat majoriti mudah utk bina kerajaan. Bos poning pala hehehehe. Tapi la nie dah settle la lepas MB angkat sumpah. Terengganu pulok still tak tahu lagik kedudukannya.

Anyway, enuf about politics la. Jenuh dah bergaduh kat forum hehehehe.

Nak jawab komen di entry terdahulu la pulak.

Zar, bulan mei kalau jadi mari, jangan lupa koling2 ek. Boleh Azwa bawa makang kepok lekor muahahaha

Siti aka Hanisumayyah, Azwa still gi court gak, tapi la ni bagi pihak kerajaan negeri plak. Ni post baru lepas post bos diupgradekan, maka dia layak dapat seorang penolong. Kira rezeki baby baru la nie, tak sampai sebulan Azwa mohon, alhamdulillah dapat transfer.

NBK, Memang jauh perjalanan kereta tu. Dah tu baru sampai Ipoh dah kena bawa gi Ganu pulok. Alhamdulillah setakat ini takdok problemo la kiter tu cuma ada la dua tiga mende kena servis skett baru berdezuuuupppp jer driving. Last 2 weeks pun Azwa ada gi outstesen ke Kota Bharu bawa kiter tu...lancar jer perjalanan. Alhamdulillah.

Minggu depan ni pulok Azwa akan ke Bangi. Nak kena PTK la sekali lagi. Ni pun tengah sibuk prepare presentation ngan public speaking nie. Azwa akan berada di sana selama 10 hari.

Ok la gotta go dulu. Nak kena prepare soklan utk satu jabatan tu...huhuhu deadline esok uhuksss...