Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan...
Lama sungguh Azwa tidak berkesempatan nak update rumah ini. Dah penuh dengan sawang rupanya. Sejak berpindah ke Bahagian lain, masa sentiasa mencemburui Azwa. Jarang berkesempatan menjenguk ke sini. Malahan di mukabuku juga Azwa sudah amat jarang-jarang sekali dapat menjenguk. Di whatsapp dan telegram jer la yang Azwa masih sempat menjeling2 setiap hari.
Januari 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya...sekejap sahaja masa berlalu..baru sahaja kita meraikan kedatangan tahun baru 2015 di saat rakan-rakan kita terutama di Pantai Timur di landa musibah banjir besar dan trauma membina kembali kehidupan selepas banjir..kini Januari 2015 sudah hampir ke penghujungnya.
Azwa doakan kesejahteraan kawan-kawan semua. Walau jarang berjumpa sudah di ruangan ini namun ingatan Azwa masih bersama kalian.
Hari sabtu lepas, 24 Januari 2015, Azwa bersama keluarga sempat meluangkan masa memenuhi undangan perkahwinan anak perempuan bekas guru Azwa di SMK Tun Fuad Stephens lebih 30 tahun yang lalu. Jemputan yang kebetulan Azwa terbaca semasa membuka muka buku minggu lepas. Kebetulan cik abe pun tiada halangan untuk ke sana minggu lepas. Tempatnya di Kuala Kangsar Perak. Tahniah kepada Cikgu Zaid dan isteri, terima kasih atas jemputan. Nasi minyak dan lauk pauk kenduri memang mabeles..
Lepas kenduri kahwin, kami bergerak ke Pekan Kuala Kangsar..mencari laksa buyung atas permintaan anak-anak. Baru lepas makan nasi minyak pun masih nak makan laksa katanya..ok lah layan jer la selera mereka.
Lepas makan laksa dan cendol yang mabeles di Pekan Kuala Kangsar, kami bertolak ke Ipoh. Dalam perjalanan hujan turun selebat2nya...kali ini kami terjah rumah kawan cik abe ..lupa la pulak nama tempat tu. Dalam hujan lebat dan keadaan sudah mulai gelap, berjaya juga mencari rumah kawan cik abe..berbual sehingga maghrib. Dihidangkan pula dengan kuay teow goreng air tangan Kak Sal yang memang yummylicious..
Seterusnya kami terus ke Tambun melalui Bercham, Taman Pakatan Jaya dan Taman Perpaduan..tempat tinggal kami suatu ketika dahulu..kami menuju ke Sun Inns, Tambun. Mujur masih ada bilik kosong walaupun kami main terjah jer ke sana.
Memang kami ke Ipoh tanpa menghubungi siapa2..sengaja tidak mahu menyusahkan berjanji dengan kawan2 lama di sana. Even, bekas cikgu Azwa pun terkejut, tak sangka kami akan hadir ke kenduri perkahwinan anaknya. Semuanya dengan izin Allah SWT juga yang mempermudahkan perjalanan kami. Konsep kami dalam perjalanan kali ini, kalau ada rezeki, terberjumpa, alhamdulillah.. Cik abe sempat bertemu rakan2 lamanya yang datang beramai2 ke Sun Inns.
Pada hari ahadnya, kami bertandang ke rumah jiran lama di Bandar Baru Putra..jiran yang banyak membantu apabila kami dalam kesusahan..seterusnya ke rumah rakan karib cik abe..dalam jam 11 pagi baru bergerak ke Lost World of Tambun memenuhi permintaan anak2 yang nak sangat kononnya ke sana.
Selepas puas mandi manda berenang sampai sun tan anak2 Azwa tu..barulah kami bergerak ke Giant untuk makan tenghari dan seterusnya bergerak balik ke Putrajaya. Alhamdulillah, dalam jam 9.30 malam kami selamat sampai ke Putrajaya..
OK lah..bila berkesempatan nanti Azwa update lagi..
Take care all...