Thursday, January 2, 2014

SALAM TAHUN BARU MASEHI 2014 & CUTI2 MALAYSIA 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..



Lamanya Mokcik tak memuat naik apa-apa entry kat pondok Mokcik ni...haiyaaa..sawang pun dah banyak ni nak kena bersihkan hehehe..



As usual kalau Mokcik berhibernasi di hujung tahun, itu bermakna Mokcik balik kampunglah tu.. Tahu2 sahajalah kalau dah kat kampung..macam2 aktiviti ada. internet bukannya tak ada, tapi ntahlah..tak ada semangat langsung nak buka blog. kalau berfb tu mudha sikit sebab guna henpon pun jadik kan kan kan...

Sempat pi belajar buat kek dengan my sister yang dah jadi tokeh kek hehehe


It has been a loooonggg time since i last bake a cake..hahaha.. 

kelas deco2..

Am not much of a painter..lukis Doraemon pun senget hehehe

This is My favourite!..Ni yang i memang tak sabar nak belajar ni..

Yehaaa....dah siap..CHEESE CAKE MELELEH!!! Caiyok la..kek ni paling laju habis..   




As usual, aktiviti tahunan, mesti nak pi mandi manda ke Taman Air Panas Poring Ranau..silapnya Mokcik gi book untuk sejam jerr..tak puas mandi manda Kanak-kanak Ribena ni semua... tahun depan kena masuk dalam agenda siap2..

Kolam mandi terbuka di Poring

Ramai giler orang masa datang..nak book bilik mandi tertutup terpaksa bersaing dengan sekumpulan pelancong dari China..last2 Mokcik pilih bilik private jacuzi..ianya agak kecil berbanding bilik private biasa..boleh la untuk anak2 ini bersesak2 berendamkat dalamnya hehehe.. Cuma komen Mokcik untuk pengurusan Pihak Taman Negara Air Panas Poring Ranau..perbanyakkan lagi bilik mandi private.. bilik mandi jacuzi ni kena renovate, biliknya besar, kolamnya kecik..lebih baik buat kolam yang boleh memuatkan sekeluarga dalam bilik ni..


Lagi aktiviti wajib kalau balik kampung..melawat Taman Buaya di Tuaran..tarikan terbaru ada Taman Ular dan Taman Rama-Rama

Dua tiga tahun lepas buaya2 tu masih kecik..la ni dah besar dah...hehehe

Buaya ni tak pandai membesar sebab memang dah sedia besar hehehe..
Dulu Hadi masih kecil, kalau bawa pun bukan dia dapat appreciate tempat2 ni..so, saban tahun kena melawat tempat sama untuk anak2 juga.  Nampaknya beberapa tahun lagi, akan mengulangi tempat yang sama bila Muaz besar nanti.

Hadi sangat teruja melihat Jambatan Tamparuli..dah jenis tak tahu takut..dia selamba sahaja berlari2 menyeberangi jambatan ini..
 Berjalan-jalan di Tamu Tuaran seronok juga. Macam2 jualan ada antara yang menarik perhatian adalah jualan rumpai ini yang dikatakan baik untuk kesihatan. Mokcik tak pandai masaknya..tapi kadang2 merasa juga bila dihidangkan. Rasanya boleh tahan jika dibuat kerabu dan orang yang menyediakannya pandai membuatnya. Kalau tak, tak termakan sebab bau hanyir yang sangat kuat.

Rumpai laut yang kononnya mempunyai banyak khasiat..
Tempat wajib disinggahi lagi dimana lagi kalau bukan Pasar Kraftangan Filipin dan Pasar Ikan Masin Filipin..

Cik abe sedang memilih ikan masin kat salah satu gerai di Pasar Ikan Masin Filipin


Selepas menghantar Cik Abe ke Lapangan Terbang KKIA T1, Mokcik dan anak dara Mokcik menuju ke Tuaran untuk bersarapan. Restoran Kasih Sayang tempat di tuju..
 
Yummy..sedapnya Rojak Ayam ... yang ini mokcik punya

Anak Dara Mokcik menikmati Soto Ayam yang mabeles..
Memang seronok balik kampung berjumpa bonda dan keluarga tersayang. Masih banyak tempat belum sempat dikunjungi, insyaAllah di tahun ini jika diizinkan Allah SWT.

Bagaimana pula dengan kawan2? Kemana plan coti2 tahun ini?