Tuesday, September 24, 2013
JUJURLAH SAYANG AKU TAK MENGAPA
Haiyo..balik2 lagu ini kedengaran dari luar pejabat Mokcik..dah beberapa kali diulangnya..
Now dimainkannya lagu Tegar la pulak...
Jom layannn...
Coretan
MOKCIK TAKE A BREAK
Monday, September 23, 2013
Friday, September 20, 2013
A PENNY FOR YOUR THOUGHT?
This posting is prompted by an entry i read in Happy Irfa's blog recently...
Quotation dicilok dari fb rakan..kredit kepada tuanpunya.. |
So, Apa pendapat korang?
Selamat berhujung minggu semua..
Coretan
MOKCIK SITU SANA SINI
Wednesday, September 18, 2013
DIKETEPIKAN, DIKUTIP DAN DIKEMBALIKAN
Pheww..musim2 yang agak sibuk sudah berlalu. Namun masih ada yang menunggu di hadapan. Sedang berusaha menyelesaikan secara damai satu kes tu...kalau tak berjaya, nampak gayanya sepanjang minggu depan dan dua minggu bulan Oktober ini akan menjadi minggu yang agak sibuk dan out of the office sepanjang minggu bagi Mokcik.
Tajuk corat coret Mokcik hari ini ada kaitan dengan kerja..secara ringkasnya, sebelum ini Mokcik ada berkerjasama dengan seseorang menyiapkan tugasan. Mokcik akui pada masa itu memang tidak dapat memberikan komitmen yang penuh kerana, it just so happened pada masa itulah baby Muaz menghidap demam campak. Seminggu jugalah tak boleh dihantar ke taska. Makanya, Mokcik terpaksa dengan berat hati terpaksa bercuti walaupun pada masa itu jugalah kumpulan Mokcik kena memfailkan hujahan untuk tugasan kami. Mokcik cuma dapat menyumbangkan idea dengan mengedit mana yang patut terhadap hujahan yang disediakan seorang ahli kumpulan lagi. Masa untuk memfailkan hujahan masih ada, namun ketua kumpulan bertegas mahu memfailkannya lebih awal. Apabila mokcik masuk kerja semula, Mokcik perasan pada setiap hujahan yang difailkan akan ditandatangani oleh ahli kumpulan, melainkan pada hujahan yang kumpulan Mokcik kena failkan. Ianya hanya ditandatangani oleh Ketua dan kawan yang seorang lagi itu. Tapi, Mokcik pun tak berkecil hati, jujurnya sebab Mokcik pun sedar diri, tak menyumbang banyak pun.
Semasa mengendalikan tugasan itu tempohari, pada mulanya Mokcik yang diberi kepercayaan mengendalikannya. Namun, saat akhir ketua kumpulan sendiri menawarkan diri untuk mengendalikannya. Lagilah kami seronok kan..lagipun, Mokcik sendiri merasakan, belum cukup ilmu didada untuk mengendalikan tugasan besar seperti itu.
Pada minggu lepas, Ketua kumpulan ada mengutus emel kepada boss dan meminta kebenaran boss untuk dua orang pegawai yang telah dinamakannya termasuk kawan Mokcik untuk membantunya mengendalikan tugasan itu diperingkat rayuan. Mokcik faham dengan keputusan ketua mengapa dia ketepikan Mokcik dari tugasan tersebut. Mokcik dengan kesibukan itu ini memang agak sukar untuk memberikan komitmen penuh dan bersyukur sebenarnya bila dia tidak memilih Mokcik.
Nak dijadikan cerita, selepas menerima emel dari ketua tersebut, Mokcik pergi berjumpa dengan boss, mengenai perkara lain. Tiba-tiba boss bertanya..
**************************************************************************************************
**************************************************************************************************
" Which case you handle during the Election Petition?"
"For...*tooot* tuan, with..*ttooooottt*."
"I think, for the appeal, you might have to handle one."
Mokcik pun membulatkan mata sambil memandang boss Mokcik.
"Tuan, i dont think i have enough ilmu yet to handle one.." *sambil teringat emel yang baru diterima dari ketua kumpulan Mokcik*
"What?!!!..dont say that. In the near future, all of you will have to handle all these cases you know.."
"No problem tuan, if you trust me, i will try my best.. i can learn.."
Dan pagi ini, Mokcik menyemak emel dan guess what? Boss menjawab emel Ketua kumpulan dan arahannya..
"*ttooottt*...sila kendalikan kes ini bersama-sama ...*toot*, Mokcik Azwa dan *toot*. Sila berbincang dengan saya berkenaan hujahan."
Mokcik tak tahu nak menangis atau nak ketawa..but i laughed...hahaha..
Maybe, i should go and see boss. Ask him to transfer me to another group to do another case. Mokcik rasa mesti ketua kumpulan tengah bengang bila dapat arahan tu...lalalala
********************************************************************************************
Apapun.. pagi ini memulakan hari dengan menikmati sarapan nasi goreng kosong dengan telur goreng mata kerbau yang sempat dimasak sendiri pagi tadi. Bubuh sedikit lauk ayam masak merah yang dibekalkan MIL sewaktu balik kampung hujung minggu lepas. Dan seketul ayam masak gulai, left over lauk semalam yang dipanaskan pagi ini. Kuah gulai yang dibekalkan SIL, cuma Mokcik menambahkan ayam sahaja semalam. Dah jimatkan RM5..kalau makan di kantin, begitu lah harganya. Untuk info, Mokcik pencen makan makanan dari kantin pejabat selepas mendapat cerita daripada salah seorang pegawai yang terjumpa baby cockroach dalam mee goreng yang dibeli daripada kantin..euwwww...and to think that all the while, Mokcik sering menikmati mee goreng yang agak sedap jugak masakannya itu huhuhu..
Breakfast dulu, baru memulakan kerja.. barulah kerja ada umph bila perut happy... hehehe |
Hujung minggu lepas, kami balik KT. I was expecting that the house will be in a mess since hubby have asked a tukang to come and do some renovation. Surprisingly, the tukang and his team must have clean up whatever mess they have made during the renovation, coz the house was clean. Legaaaa...! So, Mokcik only have to sweep the floor and rearrange some furniture only la..So, taklah segan sangat kalau ada tamu tergempar datang bertandang hehehe.. kadang2 kalau ada kawan2 cik abe yang kebetulan berkunjung ke KT, even when we were not there, cik abe akan tawarkan dorang stay kat rumah. Buat renovation sikit tu kononnya ada plan nak jadikan rumah tu jadi homestay. Nak disewakan, sayang pulak. Dan mana pulak nak letak barang2 kat rumah tu kan. Sekurang2nya kalau dijadikan homestay, bila2 masa nak balik tak jadi masalah.
Sapu dan susun sikit2, cuma habuk kat celah tangga tu jer la tak sempat Mokcik nak merajinkan diri mengelapnya hehe |
Budak nie merajuk sebab umminya dok sibuk berkemas, dia tak kena layan..hehehe |
Muaz baby lagi, belum boleh keluar main kat luar. Muaz cuma boleh tengok dari dalam melalui pintu grill sajorkk.. Muaz tengok apa tu?? |
Coretan
MOKCIK SITU SANA SINI
Friday, September 13, 2013
SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 50
Salam dan selamat sejahtera semua kenkawan,
Baru sahaja merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2013 tempohari, kini pejam celik dah masuk hari ketigabelas dalam bulan September 2013. Pada hari ahad, 16 September 2013 Malaysia akan merayakan hari pergabungan negeri-negeri dari Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Tanah Air kita yang tercinta ini.
Jalur Gemilang |
Mengikut Arkib, persetujuan untuk membentuk Malaysia pada mulanya ditetapkan pada 31 Ogos 1963. Walaubagaimanapun, laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Akhirnya upacara pengisytiharan penubuhan Negara Malaysia telah dibuat di Stadium Merdeka pada 16 September 2013.
Bendera negeri Sabah |
Bendera Negeri Sarawak |
Selamat Hari Malaysia yang ke 50 semua..semoga negara Malaysia kita tetap aman damai dan sentosa serta sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya... Pada yang rajin tu, silalah datang menyaksikan pertandingan Bunga api di Putrajaya.
Pada hari kemerdekaan tempohari, kami sekeluarga kononnya nak menyaksikan dari jauh sahaja. Cik abe kata, kita tengok dari Jambatan jer...hahaha..imagine our shock when we reached there, there were hundreds of cars on the bridge and along the road heading to Kuala Lumpur and to PICC..apparently, everybody also have the same idea as my husband did hahaha...seronok jugalah bersesak2 atas jambatan menyaksikan bunga api tersebut..
Pada hari kemerdekaan tempohari, kami sekeluarga kononnya nak menyaksikan dari jauh sahaja. Cik abe kata, kita tengok dari Jambatan jer...hahaha..imagine our shock when we reached there, there were hundreds of cars on the bridge and along the road heading to Kuala Lumpur and to PICC..apparently, everybody also have the same idea as my husband did hahaha...seronok jugalah bersesak2 atas jambatan menyaksikan bunga api tersebut..
Selamat berhujung minggu semua...
Coretan
MOKCIK SITU SANA SINI
Wednesday, September 4, 2013
SYAWAL SUDAH HAMPIR MELABUHKAN TIRAINYA..
Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan..
Pejam celik pejam celik, Syawal pun sudah hampir ke penghujungnya. Puasa sunat Syawal dah selesai ker semua?? hehehe Azwa masih berusaha melunaskan...seperti biasanya di penghujung Syawal ini, jamuan makan sempena Aidil Fitri rancak diadakan..itu yang kadang2 tergugat iman tu..cadang nak puasa, tapi..hmnnn tarikan jamuan yang dihidangkan lagi kuat.. Oleh itu sejak semalam, azwa memang menguatkan hati untuk meneruskan berpuasa hehehe..terpaksalah menolak beberapa jemputan ..jangan marah kawan2 yang menjemput tu ya..
Jumaat, 30.8.2013 - 18 tahun lalu, pada 30.8.1995 adalah hari kelahiran anak sulung Azwa, Syed Md Yusuf Putra. Syukur alhamdulillah.. sayangnya, Usop tak dapat balik untuk meraikan bersama-sama hari tersebut kerana perlu bersedia untuk menghadapi exam..Tak mengapalah Usop, nanti bila Usop balik, kita raikan bersama-sama sekeluarga ya. Apa yang penting, Usop belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..insyaAllah.. Umi doakan agar Allah SWT sentiasa melindungi, memberkati dan merahmati kehidupan Usop, mudah2an akan menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada perintah Allah SWT dan RasulNya, berbakti kepada kedua orang tua dan adik beradik, berguna kepada agama dan negara, insyaAllah... amin amin amin
My no. 1 and no. 2 |
Sabtu , 31.8.2013 - mendapat lima jemputan jamuan hari raya dan juga kenduri doa selamat. Yang menariknya, rakan-rakan kami itu telah menyusun masa agar kami semua dapat hadir ke majlis mereka. Bermula, jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari, kami mengunjungi rumah A di Kota Warisan. Ini jemputan sempena hari kelahiran anak sulungnya dan juga jamuan raya. Cempedak goreng isterinya memang yummyyy...
gambar hiasan - Muaz |
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah rakan B di Kajang. Dia mengadakan kenduri doa selamat. Dia dan suami bertuah mendapat jemputan menjadi tetamu Allah tahun ini. Kedua-duanya masih muda..mudah2an giliran kita akan tiba tak lama lagi, insyaAllah. Menu yang dihidangkan katerer pilihannya bertemakan makanan kampung..memang sedapppp..
gambar hiasan - menu berbuka puasa semasa mengendalikan kes di Sabah.. ini di Le Meridien Kota Kinabalu |
Seterusnya, jemputan minum petang dengan menu istimewa laksa Sarawak dan kek lapis Sarawak dari rakan C. Dekat saja di Putrajaya. Tertarik dengan hiasan dalaman rumahnya yang dibuatnya sendiri. Rajin sungguh..dalam kesibukan kerja, masih sempat dia menghias dan bercucuk tanam kat luar rumahnya..kagum Mokcik. When will i have the same energy..huhuhu..
Seterusnya, giliran jemputan rakan cik abe kat Desa Pinggiran Putra. Tapi last minute, rakan yang sepatutnya pergi sama, tak jadi pergi. Maka cik abe pun membatalkan hasratnya kerana dia sendiri tak tahu mana rumah kawan itu.
Lepas maghrib, mengunjungi rumah rakan D. Juga di area Putrajaya. Jemputannya dari jam 5.30 hingga 11 malam. Ada bbq dan cendol yang sedappp..
Dalam jam 10 baru balik rumah dengan kekenyangan. anak2 dah mula mengantuk hehehe.. Kami pun kena tidur awal juga kerana esoknya ada Sports Day sekolah Hadi di Bandar Baru Bangi.
My no. 1 dalam bot ke Pulau Manukan 2012 |
Ahad, 1.9.2013 - Bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari berada di Kompleks Sukan Bangi menghadiri acara sukan tahunan tadika Hadi. Petang sudah kepenatan, bersantai2 sambil menunggu kain siap dibasuh. Lepas Maghrib, Azwa tiba2 terajin nak bersihkan bahagian loteng rumah. Dengan bantuan dua anak gadis, berjaya mengemaskan bahagian loteng dan memujuk dua anak gadis menggunakannya sebagai bilik tidur. Kasihan juga, yang kakak lebih rela tidur di ruang tamu, sementara yang adik pulak mengendeng tidur kat bilik Azwa...kacau daun sahaja...hahahaha..
Anak2 bujang dah besar2, masing2 nak duduk dalam bilik masing2. Sebaik saja mama Azwa balik kampung, Bujang no. 2 terus parking kat situ. Memandangkan dia nak exam SPM tahun ini, kami pun tak nak kacau dia. Bagi la privasi kepadanya. Bujang no. 3 pulak terus duduk kat bilik yang asalnya bilik dua anak gadis kat tingkat atas. Bilik satu lagi dihuni oleh anak saudara sepupu cik abe. Sudahnya, anak gadis takde bilik. Sebagai motivasi bagi memujuk mereka menggunakan loteng sebagai bilik, Azwa mengemasnya dan menghiasnya.. setakat ini baru satu malam mereka tidur kat situ. Semalam, si kakak tidur balik depan tv di ruang tamu, sementara adiknya tidur kat bilik Azwa memandangkan Cik abe berkursus di Seremban.
Gambar hiasan - cuti cuti Malaysia di Taman Buaya Tuaran 2012 |
Malam isnin tu, dah nak beradu, baru buka fb dan terperasan ada jemputan dari Zareda..alahaiii..memang takde rezeki nak merasa hidangan istimewa di rumah Zar... tahun depan jemput lagi Zar yer..hehehe..
Isnin, 2.9.2013 - jamuan Aidil Fitri bagi Jabatan kami... setiap Bahagian dikehendaki menyiapkan menu istimewa masing-masing. Bahagian kami menyediakan nasi briyani..macam2 hidang lain pun ada..syukur alhamdulillah, kenyang..
Oh ya memandangkan semalamnya sports' day, sekolah Hadi cuti peristiwalah hari isnin itu. Tapi disebabkan bos besar nak juga kanak-kanak bagi persembahan, maka, mana2 ibubapa yang bersedia membawa anak-anak ke jamuan tersebut untuk membuat persembahan telah dihubungi. Azwa yang dok pening mana nak letak Hadi bersetuju jer la. Pagi2 ikut umi ke pejabat dahulu. sekitar jam 11 hantar kepada pihak penganjur yang akan menjaga dan melatih anak2 tersebut buat persembahan. Selamat dari pening...hehehe..selepas persembahan dan selepas makan2, Azwa hantar Hadi balik ke rumah..by afternoon kakaknya dah balik sekolah dan boleh menjaganya.
Hadi semasa persembahan tadikanya tahun lepas.. jadi bunga hehehehe |
Selasa, 3.9.2013 dan hari ini Azwa menyiapkan kerja2 kat pejabat ..tak kemana2 sebab dok menunaikan misi untuk menghabiskan juga puasa yang belum selesai hehehe..
Ok semua...itu sahajalah update aktiviti mokcik minggu lepas dan minggu ini...hehehe..
Coretan
MOKCIK SITU SANA SINI
Subscribe to:
Posts (Atom)