Salam kenkawan..
Bulan Jun ini, jadual Mokcik taklah berapa sibuk. Kebanyakan masa Mokcik kat pejabat. Sekali sekala keluar menghadiri kes ke Jalan Duta ataupun mesyuarat. Pegawai2 dalam Unit Mokcik pun kebanyakannya jarang berada di pejabat. Masing-masing mempunyai tugasan masing-masing untuk dilunaskan. Biasanya kalau mereka ada di pejabat, jarang sunyi bilik Mokcik kerana mereka sentiasa akan keluar masuk untuk berbincang dengan Mokcik. Mulai minggu ini, mereka sangat sibuk kerana Petisyen Pilihanraya sudah mula difailkan dan diserahkan kepada Jabatan.
Setakat ini Mokcik belum terjebak dengan mereka. Dari awal lagi bos Mokcik sengaja tidak memasukkan nama Mokcik dalam kumpulan yang akan mengendalikan kes-kes EP ( Election Petitions). Syukur alhamdulillah... hehehe. tugasan Mokcik adalah menjaga hal ehwal pejabat sementara bos sibuk dengan EP.
kredit kepada tuanpunya katun |
Tetapi, semalam bos bertanyakan kepada Mokcik, "Would you like to be in the EP team?"...alahaii...takkan nak jawab "No." kan.. tapi, secara berlapik Mokcik menjawab, "No..but I don't mind if you include me sir."
kredit kepada tuan punya kartun |
Setakat ini, Mokcik masih belum dikerah menyertai mereka..bagus jugak hehehe. Walaupun seronok juga mengendalikan kes EP..boleh dapat pengalaman kan..tapi kalau kena join jugak..nampaknya kenalah mokcik bersungguh2 lagi mengamalkan makan Bee Pollen ini.. macam sis Q kata, pertama kali menjamah Bee Pollen..Mak oiii...dia punya rasa, sungguhlah tak sedapnya. Hampir2 nak terkeluar isi perut Mokcik tapi ku tahan juga dan gagahkan mengunyah dan menelan Bee Pollen itu..
Hari kedua, macam tak sanggup nak menjamah Bee Pollen lagi, tapi kena kuatkan semangat juga...demi untuk kesihatan kannnn...[sambil mata terkulat2 menelan Bee Pollen] hahaha...
Bee Pollen..Malaysia mari..sabar jer la Mokcik nak menelannya hehehe |
Minum dengan Mango juice baru hilang rasa yang kurang menyenangkan itu hehehe.. tapi mula-mula ajer..dah lama2 ok dah.. |
Oklah..Mokcik nak membelek fail-fail atas meja nie..selamat berkerja uols...jerebu sudah makin kurang, thanks to hujan yang turun semalam... ok untuk hiburan korang semua....tadaaaa.....
Apa pendapat korang tentang kata-kata ini hahahaha.... |