Tuesday, May 28, 2013

BEE POLLEN, SIMPLYSITI NEW AGE, COOL BLOG & IPHONE 5

Salam Kenkawan.

Musim cuti sekolah ramai agaknya yang bercuti2 jalan-jalan kena makan hehehe..


KISAH BEE POLLEN DAN SIMPLYSITI NEW AGE

Mokcik pulak, memandangkan sudah bercuti sakit mata merah dekat dua minggu tempoh hari, rasa guilty la pulak nak mengambil cuti lagi. Tambahan pulak ada beberapa tugasan yang agak urgent menunggu.  Minggu ni terasa sunyi pulak, sebab tak ramai orang kat pejabat dan orang kanan mokcik pun bercuti sampai hari ini.  Kalau dia ni ada, memang havoc la pejabat kami sebab suara dia yang nyaring tu akan kedengaran dari hujung sayap kanan ke hujung sayap kiri. Baru meriah sikit pejabat hahahaha.. Bila dia takde, sunyilah pulak kami hahaha..


SRG..credit kepada blog suesusulemakmanis.


Citer pasal Bee Pollen, sejak Mokcik hingga lepas bersalin, memang telah mengabaikan penjagaan muka secara total. Bertukar gunakan SRG, tapi mungkin agak kurang serasi, hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Jangan maree Cik Ta yer..Cik Ta memang dah comel lote...pakai apa produk pun tetap menten. Sebulan lepas baru berpeluang menjejakkan kaki ke butik kecantikan dan buat facial. Lega sikit bila segala black heads whites head dibersihkan. Mokcik decided bertukar ke Simplysiti New Age range..nampak macam ada perubahan positif...nanti tungguuuu apa hasilnya. 



Cik Ta..sentiasa anggun walaupun tengah memasak hehehehe. Credit kepada tuanpunya gambar


Teruja dengan saranan kawan lama Uncle Al, Lee dari Toronto, Mokcik mencari-cari Bee Pollen sekitar pharmacy di Putrajaya dan BB Bangi tapi tak berjumpa pulak. Ker Bee Pollen ni cuma boleh dapat kat luar negara jer..ayooo..nanti kena import dari Lee pulak hahaha. anyway, thank you Lee for the info.. Mokcik pun jenis malas nak makan banyak2 jenis supplement nie..luaran dah dijaga, dalaman pun kena jaga juga kan. Apapun penjagaan muka tak sepatutnya diabaikan juga..nanti dah berkarat susah nak repair..biar menten masa ianya masih tak bermasalah.



Simplysiti New Age Range..credit kepada blog Ohpida.

KISAH COOL BLOG

Semalam, Mokcik ada kes di Jalan Duta. Pagi kena bertolak awal, dan lepas hantar Muaz ke taska, terus memecut vrooommmm ke Jalan Duta melalui MEX. Biasanya jam 7.30 pagi tu dah mula jem dah. Syukur semalam, jalan taklah jem giler seperti kebiasaannya. Trafik ada tapi alirannya lancar dan sebelum jam 8.30 pagi, Mokcik sudah tiba di perkarangan Mahkamah Jalan Duta.

Lepas habis kes, Mokcik balik ke Putrajaya. since it's already 12.30 pm, Mokcik decided to go for lunch. My daughter nak ikut sama, so bawa dia bersama. Semalam teringin nak makan Nasi Arab tapi malas nak ke Cyberjaya mengunjungi Saba' Restaurant. Last2nya menuju ke Presint Diplomatik ke Mr. Kabab. Mokcik memilih Nasi Mendy sementara anak dara memilih Nasi Mendy with Grilled Chicken.


Nasi Mendy Mokcik dan atas tu Nasi Mendy with Grilled Chicken anak dara Mokcik. Lepas makan memang kenyang giler sebab nasi dia sangat banyak. Yang pasti lauk mereka ini sangat simple, tak adalah macam orang ini kalau masak bermacam-macam jenis makanan ada.  Last2 yang anak dara punya kami tapau bawa balik sebab dia tak habis.. 
  


Petang balik dari opis, anak dara mengajak singgah ke Medan Selera Presint 8. Ada gerai baru buka iaitu gerai Cool Blog. Kami pilih perisa Cendol, Oreo dan Chocolate Fruitti.. Tak perlu la lagi nak ke Alamanda untuk merasai Cool Blog. Harganya pun ok lah tak semahal Tutti Frutti, so kalau anak-anak nak minum Cool Blog boleh di layan lagi hehehe


KISAH IPHONE 5

Memandangkan kami telah diarahkan untuk menukar hp BB kepada Iphone 5, maka Mokcik SYMP sahajalah. Lagipun Gomen sponsorkan..so, bayar the difference jer la ikut kelayakan. Dah godek2, baca testimoni sana sini, akhirnya Mokcik pilih Iphone 5 kaler hitam 32GB.. mula-mula dapat memang blur. Dahla nak cari tempat tekan keyboard pun tak jumpa hahaha. 

Paling tak boleh tahan, masa kat mahkamah satu hari tu, Mokcik dah puas cari camna cara nak silentkan hp tu. Tak jumpa juga, last2 Mokcik decide untuk 'off'kan sahaja hp tu. Ingatkan dengan menekan butang off ia akan off..ropenya tidak hehehe..kena unlock dulu alahai. Semasa menunggu giliran kes dipanggil tiba2 terdengar bunyi mesej masuk. Mujur sebelum itu dah belajar cara memperlahankan nada dering hahaha.. kalau tak memang kena tegur dengan Hakim. 

Tapi kan, selepas berjaya offkan hp Mokcik tu, tiba2 kedengaran bunyi hp dalam mahkamah. Masing2 berpandangan. berdasarkan bunyinya, sudah pasti Iphone yang berbunyi itu. Kawan disebelah pandang Mokcik. Mokcik kata dah pasti, hp dah off.  Tiba2 kelihatan bailif mengambil hp Hakim untuk disilentkan hahahha...oopsss...

Balik pejabat dan berjumpa dengan seorang rakan yang menggunakan Iphone 4, baru la perasan butang silentnya kat tepi hp..hahaha

Lagi satu, bila guna touch screen memang asyik eja salah sebab tekan huruf lain, keluar huruf lain....geram juga dibuatnya. memang tak boleh dah curi curi nak bersms masa driving...kalau guna keyboard tu boleh lagi..larikkkkk...

Tapi yang bestnya berfb dan mengambil gambar dengan gajet baru ini memang seronok kerana gambarnya memang sangat jelas..cuma dah terbiasa dengan BB tu..ada beberapa perkara yang ada kat BB tapi takda kat Iphone..jadi masih lagi membiasakan diri dengan gajet baru ini..


Ni apa punya pesen tido nie hehehe...
hahaha..orang lain dah lamaaaa cerita pasal Iphone, kita ni baru ler nak bercerita kan...ketinggalan betul...hehehe..



Pejam celik pejam celik, Muaz dah 9 bulan... masa kami balik klinik dua minggu lepas, kami singgah kedai gunting rambut yang kebetulan bersebelahan dengan klinik. Terus botakkan kedua beradik Hadi dengan Muaz..ni dah mula tumbuh semula dah rambut dia.  

Wokayla.. nak sambung kerja sikit..Have a great day all...

Saturday, May 25, 2013

GAJET IMPIAN

Masih terkial-kial hehe.. still trying to get used to it.      
One thing for sure, i prefer menaip guna keyboard berbanding guna touchscreen.  Memang sakit hati betul. mana taknya nak taip mesej sikit punya susah. Asyik keluar huruf lain jer. Tapi yg bestnya, klu tangkap gambar memang cantik teran benderang hehe... Mokcik is talking about my new smartphone yangbaru sampai jumaat minggu lepas. Oklah itu aja laporan tengahari ini... have a nice weekend.


Tuesday, May 14, 2013

MATA MERAH MACAM IKAN KAT PASAR

DEAREST FRIENDS,

I AM SORRY I HAVE NOT BEEN ABLE TO UPDATE MY BLOG NOR BEEN VISITING YOUR PONDOKS RECENTLY.

FOR THE PAST THREE WEEKS MUAZ HAS NOT BEEN WELL.. THE USUAL ON OFF FEVER, RUNNY NOSE AND COUGHING.  HE CANT EVEN OPEN HIS EYES...EYE INFECTION! CONJUNCTIVITIS! 

ALHAMDULILLAH BY MONDAY, 6/5/2013, MUAZ RECOVERED.

HOWEVER.

ANOTHER ORDEAL WAITING.

ONE BY ONE, THE CHILDREN FELL SICK. SOME ARE HAVING FEVER, SOME, COLD.

THEN, MOKCIK ALSO DEMAM.

LAST KENA...CIK ABE

NOW, EVERYONE IN THE FAMILY, EXCEPT MUAZ, ARE SUFFERING FROM CONJUNCTIVITIS...SEMUA MATA MERAH MACAM IKAN KAT PASAR!! 

AYOOO....

DOC GAVE US MC FOR ANOTHER FIVE DAYS..

I AM SORRY I HAVEN'T BEEN ABLE TO RESPOND TO ALL YOUR COMMENTS YET. THANK YOU FOR DROPPING BY. 

I WILL BE BACK ONCE EVERYTHING IS BACK TO NORMAL..INSYAALLAH.

TAKE CARE DEAR ALL...