It came earlier than planned.
Memang benar bagai dikata, manusia cuma mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
MAMA SUDAH BALIK KAMPUNG HUHUHU...
Earlier, last year, Mokcik send my mama back to KK after taking care of Muaz eversince i gave birth last August. However, Mama decided to came back with us to take care of Muaz until he reach one year old. Mom said, while she is still strong and able to take care of Muaz, she is willing. "Nanti dah tua sangat dah tak larat dah membantu.." My mom said. Ikut perancangan awal, my stepmom will take care of my little sister when she gave birth some time this year.
Muaz, at first few days of life.. |
However, things did not turn out as planned. Little sister was ordered by her gynae to 'give birth' last two weeks. Alasan doktor, air ketuban kurang. Alhamdulillah, my sister berjaya bersalin normal kali ini dan mendapat baby perempuan yang kedua. Mokcik sent mom to airport that saturday dengan perasaan sedih bercampur baur gembira.. sedih berpisah dengan mama dan gembira kerana mama pasti happy dapat balik kampung. Apa pun pengorbanan mama membantu mokcik pada masa mokcik betul2 memerlukan pertolongan mama memang mokcik sangat hargai. Sekurang2nya, Muaz dah masuk 7 bulan.
Nyenyaknya tido hehehe |
Misi mencari taska pada pertengahan tahun memang agak mengecewakan. Kesemua taska pilihan awal yang dihubungi, semuanya menjawab, "Tempat untuk baby dah penuh". Mokcik sengaja memilih taska yang berdekatan dan satu jalan ke tadika Hadi untuk memudahkan. Tiada kekosongan juga nampaknya. Pada hari jumaat seminggu yang lalu, tiba-tiba rakan sepejabat memberitahu, tempat dia menghantar baby di Presint 9 masih ada dua kekosongan. Segera mokcik pergi mengintai dan merisik tempat tersebut. Alhamdulillah, Hari isnin lepas sudah mula menghantar Muaz ke taska tersebut. Sungguhpun, nak menghantar Muaz ke sana, kena pusingan 360 darjah untuk ke tadika Hadi dan seterusnya ke pejabat. Setakat ini, keadaan dan layanan pihak taska sangat memuaskan. Muaz demam pada hari rabu pun cepat2 pihak taska menghubungi mokcik, lantas mokcik pun ambil Muaz untuk di bawa ke klinik.
Muaz at 7 months |
Mokcik pun sudah mula membiasakan diri dengan rutin baru harus menghantar Muaz dan Hadi ke taska dan tadika masing-masing. Syukurlah anak sulung yang masih menunggu panggilan selepas tamat SPM tempohari ada di rumah. Kalau dah terlewat sangat, mokcik ke pejabat untuk punch card dahulu baru menghantar Muaz ke taska... stress memanglah stress, tapi setakat ini alhamdulillah masih terkawal..
TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT
Transformasi la sangat kan...nak naik pangkat kena mohon dan kena hadir temuduga katanya. Sesiapa tidak memohon dan tidak menghadiri temuduga TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN untuk kenaikan pangkat. Fasa pertama, mokcik memang sengaja tidak memohon. Masa itu baru kembali bertugas selepas cuti bersalin. Mokcik malas mahu memeningkan kepala. Macam2 kisah mereka yang sudah melalui temuduga tersebut. Kebanyakannya..MENYERAMKAN!
Bagaimanapun, fasa kedua, apabila emel memanggil mana-mana pegawai yang berminat untuk memohon dan menghadiri temuduga kenaikan pangkat diedarkan, Mokcik mengambil keputusan mengisinya. Tidaklah berharap sangat memandangkan saingan yang sengit. Yang penting, lepas dah satu hurdles. Kalau ada rezeki, insyaAllah. Kalau belum lagi diperkenankan Allah SWT, sekurang2nya selepas ini tidak perlu melalui lagi temuduga yang MENYERAMKAN itu. Jujurnya, mokcik rela diarahkan mengendalikan kes sehingga ke Mahkamah Persekutuan sekalipun, Mokcik tak takut. Cukuplah sekali menghadapi temuduga kenaikan pangkat itu hehehhe...
MARILAH MARI KITA MENGUNDI
Katanya tambang murah sempena nak balik mengundi, tapi bila diklik, tak jumpa pulak tiket murah yang dikatakan. Yang ada tiket macam biasa jer...agaknya laju sangat rakyat Sabah dan Sarawak menempah tiket berkenaan sampai tambang yang diwar-warkan itu sudah habis ditempah..
Datuk Joniston Bangkuai... akan bertanding 5 penjuru di DUN 11
Mokcik masih berkira-kira nak balik ke tidak..masalahnya, hari isnin 6/5/2013 itu, boleh cuti rehat tanpa rekod atau tidak? Cuepacs dah minta, Apasal lambat sangat nak buat keputusan kan kan kan.. hehehe..almaklumlah cuti rehat kami dibekukan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak huhuhu...
courtesy of loseweight-chaiyok.blogspot.com |
Anyway, rutin kesibukan masih seperti biasa...cuma sekarang ni, tak dapat la mokcik nak balik lewat macam selalu. Kat taska ni lepas jam 6 petang kena bayar over time..alahaii..mujur ada cik abe jadi penyelamat..alhamdulillah.. hujung minggu pun sekali sekala jer terasa nak berjalan. kini mokcik sudah mula berjinak2 dengan dapur kuali periuk segala semula setelah agak lama 'berehat' dengan adanya mama hehehe..
Itu sahaja laporan kali ini..sayang anda semua..stay young always everybody...