Friday, January 11, 2013

*UPDATED* TELUK CEMPEDAK, BUAH TARAP, BAMBANGAN DAN BOSOU


Salam semua kawan2.

Salam Tahun Baru Masehi 2013. Hari ke sepuluh tahun 2013 baharulah Azwa berkesempatan masuk menjenguk rumah yang sudah bersawang ditinggalkan.

Tsk..tsk..tsk..sibuk sangat ker Azwa sampai lupa nak menjenguk rumah sendiri nie...

As usual, kalau balik kampung, walaupun ada wi fi, tapi keseronokan menikmati ketenangan di kampung membuatkan Azwa tersangatttttlahhhhh malasnya nak bertenet. Setakat ber'mukabuku' sahajalah. Itupun sebab melalui BB..kalau tidak, memang tak sentuh laptop langsung la jawabnya. Hanya sekali dua sahaja Azwa menyentuh laptop masa bercuti. Itupun kerana berhutang satu laporan dengan bos dan selebihnya kerana menjawab soalan2 melalui emel yang dihantar oleh anak2 buah.  

Balik sahaja ke Putrajaya, rutin biasa bermula. Tambahan pula anak2 mula bersekolah, memang kesibukan berganda. Syukur sangat, mama Azwa yang telah dihantar balik ke kampung tempohari sudi menukar fikiran dan mengikut Azwa balik semula ke sini. Katanya dia merasa kasihan pula bila memikirkan Muaz yang akan terpaksa dihantar ke taska. Mama kata sementara dia masih kuat dan sihat, dia nak jaga Muaz sehingga sekurang2nya Muaz pandai berjalan. Aduhaiii...tersangat sayu mendengar kata2 mama...Azwa bersyukur sangat2 dengan kehadiran mama, banyak perkara menjadi mudah. Syukur alhamdulillah.

Oklah selebihnya biar gambar berkata-kata...




Pantai Teluk Cempedak in 2009... 



We did not have that much time to enjoy our stay in Hyatt Regency Hotel, Teluk Cempedak due to very tight schedule of my conference. The children juz stay in the room, went swimming in the swimming pool while i was occupied with work hehehe.. Anak2 juga tidak dapat berjalan2 sangat menikmati keindahan pantai kerana pada masa itu laut bergelora dan ombak agak kuat.






pokok TARAP dekat rumah my mom


Buah tarap yang sudah agak  masak akan bertukar kaler kekuning2an..nak melepaskan rindu kepada buah tarap puna pasal, dah agak ranum pun makannn lah jugak hehehe



buah tarap yang masih 'komut' kata orang Dusun..meaning baru nak masak, tidak terlalu ranum, so sedang elok untuk dinikmati





Beginilah rupanya isi buah tarap...boleh dimakan begitu sahaja, dijadikan tarap goreng seperti cempedak jugak atau masukkan dalam peti sejuk dan nikmatinya masa sejuk2, Angie's style begitu hehehe *wink*



*updated 15/1/2013* inilah rupa buah BAMBANGAN



BAMBANGAN yang sekejapan lagi akan dijadikan lauk maha sedap hingga menjilat jari..:)




Hasilnya, BAMBANGAN IKAN MASIN.. ditambah cili padi potong..makan pulak dengan nasi panas2.. memang walllahhhh



Another picture of BAMBANGAN IKAN MASIN ..memang heaven on earth!! Percaya atau tidak sekembalinya daripada kampung, masa fitting buat jaket, ukuran perut kena alter sikit..hahahaha...gara2 bambangan ikan masin..harus menambah pinggan demi pinggan nasi...


Ni lagi satu my favourite traditional cuisine..BOSOU! For Lee's info, one of the ingredient in this cuisine is the buah keluak (Indonesia) or buah kepayang (Malaysia) or famously known as Pangi in Sabah. Interestingly, the scientific name for Pangi is Pangium Edule. Been wondering dari mana dapat nama Pangi, rupanya dari scientific name pulak. 

Ingredients untuk bosou simple sahaja..Buah Pangi yang telah diproses, nangka rebus, nanas, tuhau, batang pisang, ikan sungai, nasi serta jantung pisang yang dihiris-hiris... yummyyy..yummyyy...kalau digoreng lagiiii la mengancam baunya tu hahaha...




Beginilah rupa Pangi yang belum diproses. Untuk membuat Bosou, buah Pangi akan dipecahkan dan isinya dikorek keluar. Isinya akan di tumbuk atau parut halus2 untuk dicampurkan dalam ramuan Bosou. The Pangi will add a distinctive flavour to the Bosou...seperti BUDU, walaupun baunya kurang menyenangkan tapi rasanya memang sedap..yummyyyy...



Syukur masa balik kampung tempohari, rezeki untuk merasa dari kebun sendiri..buah durian, rambutan dan tarap  


Wokey..durian kali ini memang menjadi sehingga tak habis makan. Walaupun durian jenis kampung tapi bagi Azwa tetap sedap berbanding durian musang king hehehe..


Inilah rupa durian RALIT yang baru dikutip dari  kebun




Ini durian kampung digandingkan dengan buah durian jenis  RALIT yang isinya berwarna merah. Rasanya tidak manis, tetapi berlemak. Durian Ralit ini agak ramai peminatnya..my brother sampai tak menang tangan nak melayan permintaan peminat2nya hehehe


Inilah rupanya RALIT, memang seksi kan kaler merah itu.. :) ..this one i ate  on  Lee's behalf...hehehe



Kami juga sempat ke Taman Buaya di Tuaran..sekali lagi..last two   four   years we went there without Hadi yang masih kecil ketika itu. so this time bagi dia chance berjalan2 hehehe..


Besarnya buaya nie...


Serammmm



we also went to visit Rumah Terbalik ..dekat jer dengan kampung Azwa. Tak putus2 orang melawat rumah ini..sayangnya cuma boleh ambil gambar di luar sahaja..




Ini pemandangan dari arah belakang rumah terbalik





Kampung Pulau Gaya


We went for a boat ride to three Islands.. Mamutik, Manukan and Sapi Island. Just went sightseeing, tak mandi manda pun. I learned one thing though..if you plan to have a picnic in one of these island, do come early.  On the way back to Kota Kinabalu we went by  Kampung Pulau Gaya.


Pulau Manukan.. 



Pulau Sapi. Pemandangan di sini sangat cantik, namun masa itu dah tengahari dan ramai orang di pantainya..dah jadi sesak pula sebab pantai kat sini agak pendek. Personally i prefer Manukan or Mamutik. Janji kena datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Bring along your kelengkapan renang and food..memang menarik menghabiskan weekend di salah satu pulau2 ini or, you can visit all three pulau in one day like we did hehehe..

Oklah peeps..itu sahaja laporan dari Mokcik kali ini..sampai jumpa lagi..have a nice weekend everyone..