Friday, May 27, 2011

KOTOBIAN DO TADAU TAGAZO DO KAAMATAN..

 Salam and selamat hujung minggu kenkawan...

FOR THE BENEFIT OF  FRIENDS WHO WISH TO BE ANONYMOUS, I DAH UBAH SETTINGS TO ENABLE COMMENTS FROM ANON..  :)


Mungkin di sini tidak terasa tetapi kalau di Sabah ..hujung minggu ini adalah tadau tagazo do Kaamatan atau Pesta Menuai.

 Definition of Kaamatan by Wikipedia... i loikee...

The Kaamatan festival is an annual event in the cultural life of the Kadazandusuns of Sabah since time immemorial. In its deepest sense, Kaamatan festival is a manifestation of Creator and Creation relationship, as well as Inter-Creations relationship. It embodies the principal acts of invocation of divinities, appeasing, purification and restoration, re-union of benevolent spirits, and thanksgiving to the Source of All. It is part of a complex wholesome Momolian religious system centered on the paddy rites of passage and the life cycle of Bambarayon - the in-dwelling spirit of paddy.


Losimin Majanil is one of the few remaining bobohizan in Sabah, [Ihsan Thestar.com.my,June 6, 2009]
Perayaan Tadau Kaamatan [Ihsan : www.sabahtourism.com]




The Sabahan will be having a looongg holiday...30 and 31 May will be a holiday for them..wah sooo seronok.. Pada masa ini the highlight of the day will be the Unduk Ngadau competition.. a few years back, my sister in law used to join this competition at district level hehehe... Even after giving birth to 7 children, she's still pretty.  Agaknya tips2 yang beliau perolehi semasa mengikuti pertandingan tersebut membantunyan


Unduk ngadau [ Ihsan www.mysabah.com]


The only thing that i dislike about Kaamatan is the attitude of those who drink like a fish and cari gaduh bila dah mabuk.  haiyooo..kalau bukan Kaamatan pun, kalau hari rabu masa hari tamu di pekan Tamparuli, memang akan kelihatan mereka yang dah mabuk ini membuat bising di pasar. Masa dulu-dulu, sebelum mampu memiliki kenderaan sendiri, dan kena naik bas [atau dipanggil van kalau di kampung mokcik]...memang mengelak sangat naik dengan dorang ni. Sekali dia masuk jer dlm van, bau semerbak bau tapai memang akan memenuhi ruangan.. urghhh... kalau nasib baik, dia diam. Kalau nasib tak baik, adalah yang tak berhenti2 bercakap benda merapu2 sepanjang perjalanan..alahaiii...

Oklah...gotta go now. Selamat berhujung minggu. Mungkin ramai yang mengambil cuti sempena cuti sekolah ini.. selamat bercuti...Bulih bah kalau kau boss! hahahha...opss.. 

pada yang meraikan Kaamatan,  ramailah orang di kampung yang akan ber ' Aramai Tii' sampai merah2 muka...maka ramai yang kogutan [hang over].. maka diam2 sahajalah dalam rumah. jangan buat bising atau kekacauan ya.

Have a fabulous weekend everybody..





Thursday, May 26, 2011

...DALAM BOTOL

Salam and selamat pagi kawan-kawan..

CERITA SATU


Membaca berita ini, teringat kepada filem yang diarahkan oleh Raja Azmi. Memang bukan mudah untuk membuat keputusan dalam kes ini.


MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.
                                                    (Ihsan daripada Utusan Malaysia, 26.5.2011)

Berita Harian, 26.5.2011 pula menyiarkan bahawa Peguam Pempetisyen telah berhujah, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

 Peguam Kanan Persekutuan dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.


“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya.
 
Sungguhpun terselit juga rasa simpati terhadap pempetisyen, namun demi tugas, and until and unless, a clear law is enacted, we have to do what we have to do..


peace..


CERITA DUA


Kat kantin opis mokcik nie ada satu gerai nasi kandar. nasi kandar dia boleh tahan jugaklah kesedapannya. Yang tersohor menunya adalah ayam goreng berempah. Masa memula mokcik berpindah ke Putrajaya dulu, suka bangat beli ayam goreng gerai ini. Tuan dia pun peramah, kalau beli banyak, selalu dia kasi free seketul ayam hehehe. Tapi yang mokcik perasan, mula2 dulu, ayam dia sikit punya besar ker....serupa ayam kay ef cee tu..tapi lagi murah harganya.. 

Kemudian beberapa bulan lepas, ayamnya dah kecik sikit...masa tu dia ada buat remark..harga barang semua naik.. ok..mokcik masih boleh terima lagi la.

Tapi semalam...alahaii...ayamnya kecik bebenor..tapi seketul masih harga RM3.. Rasa macam tak berbaloi langsung nak membeli lauk kat luar dah. ye la..mokcik ni kan treler ramai. Kalau setakat seketul dua, memang tak cukup la. Lain la sebelum ni, beli 4 ketul, potong2, cukup utk 6 orang. yang bahagian sekarang ni, nak potong pun tak sampai hati.. memang kecik benor ler ayamnya.  Maka, mokcik ambil keputusan...baik beli jer ayam. Goreng sendirik...hah puas hati mokcik.. itu pun nak membeli kena keluar dari Putrajaya, sebab harga barang kat sini dua tiga ringgit lebih mahal daripada kawasan lain...alahaiii...

CERITA TIGA

Mokcik mengalami masalah gigi ler pulaks. Godek2...baca review klinik pergigian kat Putrajaya ni terus terbantut hasrat nak pergi. Nak ke klinik swasta..mahal giler...ayoyooo. Nampaknya kena tunggu balik ke KT la baru pi jumpa dentist...kat sana at least murah sikit berbanding kat sini.  

Bayangkan kat klinik biasa pun jauh benor beza harga ubatnya...ada satu klinik tu...ubat untuk Hadi.. ubat demam, selsema dan batuk..terkejut beruk mokcik.. Harganya RM60! Kalau di KT tak sampai pun RM30...separuh tu boleh jimatkan. Tapi dah sakit, takkan nak tangguh jumpa doktor pula nak tunggu balik KT kan kan kan...

Syukur setakat ini harga minyak Ron95 masih dikekalkan. Kalau tak lama lagi naik lagi...alamatnya harga barang naik lagi...memang segala perbelanjaan kena hadkan. Silap2 mokcik minta transfer balik ke KT huhuhuhu....

CERITA EMPAT

Esok last sekolah untuk pertengahan penggal...yeayyy... dapatlah berehat sebentar daripada aktiviti menghantar dan mengambil anak dari sekolah uhukkss....

Ada beberapa tetamu bercadang nak bertandang ke rumah...time to kemas rumah la nampaknya..

wokay...gotta go dulu.... babaiiii have a nice day all...  


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!


SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU YANG SEDANG BERTUGAS MAHUPUN YANG SUDAH BERSARA... ONCE A TEACHER, WILL ALWAYS BE CALLED " CIKGU " SAMPAI KE AKHIRNYA.   



P/s ... Memandangkan blogspot mogok beberapa hari yang lalu... jawapan Mokcik kepada komen-komen kenkawan dalam entry " Mokcik Taking A Break" telah hilang lenyap. Alahaii...  Mokcik still in the midst of reading and reading and digesting all the info. I will menimbulkan diri when my Mission Immpossible is over...