Friday, January 21, 2011

I AM SAILING....I AM SAILING...TO THE SEA...

Salam kenkawan dan hello semua..


Lama mokcik tak sempat update. Sejak isnin 17/1/2011 mokcik terikat dengan tugasan menyiapkan hujahan dan afidavit untuk kes di Kuching minggu depan. Fail atas meja juga sudah bertimbun tak sempat nak belek. 18/1/2011 tu seharian mokcik berkampung di bilik bos, membantu dia menyediakan hujahan dan menyumbang idea [sebenarnya sebahagian besar hujahan idea bos, yang bahagian akhir baru mokcik sediakan, tapi bos kata 'put your name'... hehehe].  


Oklah...mokcik nak sambung menelaah nie. Mokcik kena terbang ke Kuching hari isnin nie...


Have a nice weekend everbody....

Tuesday, January 11, 2011

BERJEDA PART 3

Salam kenkawan.


Mokcik berhibernasi dari berblogging barang sebentar. Semenjak cik abe dan anak2 berpindah ke sini, agak hectic sikit. Kena menyesuaikan jadual untuk hantar hadi ke taska pepagi, ambil anak2 dari sekolah tengahari dan balik awal setiap petang hehehe. No more waking up at 6.30 am and going back home, ISA [ikut suka aku] hahahaha...untuk dinner pun kenalah merajinkan diri memasak yang simple2. Anak2 pulak mujur lebih suka makan nasi dengan sup ayam dari yang bergoreng2...legaaa...




Masalah yang belum diatasi, tempat transit untuk Aini dan Jaja serta tempat untuk mengaji. Masih berusaha mencari.

Wokay...gotta go now...have a nice day all....ceria2 selalu..