Thursday, August 26, 2010

MAKAN-MAKAN DI WANG SOLO

Salam Kenkawan.

Petang ini kami merancang berbuka beramai-ramai di Restoran Wang Solo di Bandar Baru Bangi.Baru sekali ke sana dan ternyata kalau lewat sedikit memang sukar mendapat tempat duduk. Set nasi ayam penyetnya menurut review marvelous ! Petang ini akan mokcik buat kajian sama ada betul atau tidak dakwaan ini....hehehe Gambar2 akan menyusul yerr....heehehe

okay...nak berangkat ke destinasi pilihan petang ni...Bandar Baru Bangi...


 Gambar2  ayam penyet courtesy dari sini


Selamat berbuka puasa dan jangan lupa bertarawih malam nie...

Review makan-makan di Wang Solo.

Sampai2 sahaja kawasan di BBB sudah sesak. Rupanya ada PARAM kat sebelah PKNS. Have to make a long turn and along the way ternampak beberapa nama restoran...Kerisek, Mohamad Chan Abdullah, Bamboo etc..  Nak mendapatkan tempat letak kereta berdepan Wang Solo agak susah. Semua dah penuh. Tapi mudah dapat parking yang agak jauh sikit la...tak per la menapak sikit hehehe.

Tepat pukul 7 petang kami terpacak depan Wang Solo. Belum ramai orang tapi meja sudah penuh ditempah. Memang penuh la kedai makan ni...kalau tak tempah awal2, harus takde tempat duduk. Tapi jangan risau, banyak restoran di kawasan tu yang nampaknya banyak tempat duduk kosong.

Kami tempah nasi ayam penyet dengan air tembikai....huhuhu...ingatkan nak merasa jus alpukat atau jus poligami tu hahaha..tukang tempah dah tempah air tembikai. Sedap juga rasanya..

Ini bukan kali pertama makan di Wang Solo, so expectation agak tinggi atau sekurang2nya dapat merasa keenakan ayam penyet seperti pertama kali makan kat sini. 

Malangnya....

Entah dimana silap tukang masak...baru merasa sedikit sambal terung yang disertakan, terasa kepedasan yang menyengat! cepat2 meneguk air tembikai untuk menghilangkan kepedasan. Mula pula menjamah ayam penyet...sekali lagi terasa kepedasan yang bukan setakat pedas, tapi menyengat dan terus hilang keenakan ayam yang dihidangkan.

Mula2 mokcik ingatkan mokcik sorang sajork la yang merasa kepedasan. Mokcik memang tak tahn makan pedas.  Tapi nampaknya kesemua 16 orang yang sedang menikmati makanan berbuka kepedasan! 

Aduhai!

Terbantut selera. Air tembikai yang manis pun tak dapat menghilangkan kepedasan yang dirasakan. 

Anyway, macam yang mokcik katakan.. sebelum ini pernah makan kat situ dan makanannya agak enak juga. Tak tahu la bulan2 puasa ni tukang masaknya main campak2 lalu tercampak lebih cili padi agaknya...maka makanan untuk berbuka semalam terover ler pulak kepedasannya.

Walaubagaimanpun, jangan serik untuk mengunjungi restoran ini ya...sila la datang dan mencuba sendiri masakan kat sini ya.   


Daaa..... selamat berhujung minggu semua

Wednesday, August 25, 2010

POKCIK KAYOOO...!

Salam kenkawan.

entry pendek sekadar untuk update status mokcik.

"Pokcik kayooo.." Agaknya gitu la expresi syarikat penerbangan setiap kali ada penumpang yang terpaksa membatalkan penerbangan saat2 akhir.

Hari ahad lepas, sekurang2nya ada dua penumpang syarikat penerbangan itu yang terpaksa membatalkan penerbangan. Salah seorangnya mokcik. Seorang lagi kawan mokcik yang kena saspek denggi. Mokcik as usual, will take last flight on sunday to go back to Putrajaya. My friend was supposed to stay at my place for she was ordered to attend a course at HQ.

Hadi demam panas. Sampai 40 darjah celcius. Sejak malam sabtu lagi dah terasa badannya hangat. Masukkan ubat demam melalui t00t...tapi tak berkesan. Tak sampai hati meninggalkannya dengan babysitter, mokcik ambil keputusan bercuti dua hari. Pokcik kayooo...mokcik kayappp huhuhuhu...

Apa pun, untuk keluarga mokcik tak berkira...tambahan pula hanya dihujung minggu dapat bersama mereka. Berat hati nak terbang semula semalam...insyaAllah hari jumaat mokcik balik semula bersama mereka.

wokay...kena buat operasi 'file attack'...banyak file atas meja..have a nice day all... daaa...  

Thursday, August 19, 2010

AWAK ADA KIRIM KAD KAT SAYA, KAN?

Salam kenkawan.

Meh sambung sikit pasal kisah Abang Syed tu hehehe.

Pada 3.2.1992, selepas meletak jawatan sebagai guru sandaran maka rasmilah mokcik menyertai perkhidmatan kerajaan. Eh..sebagai cikgu pun perkhidmatan kerajaan jugak kan...tapi masa tu guru sandaran sahaja. Sungguhpun sudah berpindah tempat kerja,  mokcik rajin juga menghubungi salah seorang kawan yang sama-sama mengajar di sekolah  dulu. Dia ni pula, setiap kali mokcik telefon, dia dok asyik sibuk-sibuk bertanya pada mokcik..




"Eh..mokcik..kau inda mau kah kirim salam sama cikgu Z tuuu?" [cakap kena ikut loghat orang Sabah]

"Nda mau lah.."

Sepanjang perbualan kami, dia akan balik2 bertanya perkara yang sama. Last2, mokcik pun jawab;

"nda maulah.. kirim salam sama semua cikgu2 disana. Tapi kalau mau sangat juga kirim salam tu, kirim salam sama cikgu Syed!"

Ntah kenapa, tiba2 nama Cik Abe pulak yang terlintas di kepala mokcik masa tu.

Mokcik tak memikirkan sangat tentang perkara tersebut sehingga beberapa hari kemudian, tiba-tiba satu petang tu mokcik menerima panggilan telefon dari jeng jeng jeng...Cikgu Syed! heehheh

"Awak ada kirim salam kat saya yer?"

"Iyeee..tapi saya main-main jer.."

"Main-main jer?"

Lamaaaa la juga orang disana terdiam di talian.  Terbayang mungkin merah padam agaknya muka sidia di sana.

"Jadi saya perasan la nie?" 

"Agaknya.. hehehe"  Kedua-dua kami ketawa geli hati.

I guess the chemistry is there, coz from then on, nearly everday we spent hours and hours talking on the phone. Kita tak pernah keluar berdating berdua hehehe.. sekali jer kuar bersama dengan adik mokcik dan bakal adik ipar yang pada masa itu sudah serius  bercintan cintun. Bakal adik ipar mokcik ini juga merupakan housemate kepada cik Abe hahaha.. Sesekali kalau Cik Abe nak jumpa mokcik, dia akan datang ke pejabat mokcik hahahah...Nak kata keluar berdua, berdating memang tak pernah la.



Setelah hampir tiga tahun menempuhi pelbagai cabaran dan halangan [MIL pada mulanya tidak bersetuju Cik Abe memilih orang jauh jadi isterinya, tambahan pula sudah ada Sharifah yang merisik2 Cik Abe jadi calon menantu huhu.  Di sebelah mokcik pulak, arwah bapa memang pada mulanya menentang hubungan kami.] ,  alhamdulillah pada 24.10.1994  hubungan kami dimeteraikan dengan akad nikah . 
"Kenapa awak tak terima cikgu Z? Dia suka kat awak"

"Tak tahu pun dia suka kat saya."

"Awak ada kirim kad kat saya, kan?"

"Hah? Tak pernah kirim kad kat awak"

"Saya selalu terima kad yang ditandantangani nama mokcik"

"Heyy...ahaha...mungkin peminat awak kut. Baru saya ingat masa pergi kursus ada cikgu *sama nama dengan mokcik* tanya tentang awak." Mokcik dah gelak.

"Betul awak takde kirim kad2 kat saya?" Dia pun dah mula gelak diseberang talian.

"Takde kerjanya saya nak kirim kad kat awak.." Brutal betul la mokcik ni kan... hahaha

Hingga hari ini Cik Abe masih akan tersipu2 bila kami bercerita kisah dia terperasan ini. ..hehehe [ suami perasan saya kirim salam kat dia dan kebetulan ada pulak dia terima kad2 dikirim oleh cikgu yang sama nama dengan mokcik...tu yg dia berani menelefon mokcik. ]  Hehehe...kesian juga cikgu yang hantar semua kad2 tu kan...silap sebab letak nama depan tak letak nama penuh hahaha... agaknya dia pun tak menduga, tiba2 datang pula seorang cikgu lain yang permulaan namanya sama dengan nama dia.. [Apa pun Cikgu sama nama itu sudah berkahwin juga dan mokcik doakan kebahagiaan dia sekeluarga]






Dah habisss  dah cerita.....Selamat berpuasa semua. Have a nice day all...

Tuesday, August 17, 2010

KELAHIRAN YANG BERMAKNA

Salam semua.

Pagi tadi menerima sms ini:

"Alhamdulillah Muhammad Izz Khalif selamat dilahirkan pada pukul 9.19 pagi."

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.




Anak buah mokcik ni sudah lama menunggu kelahiran anak sulungnya. Kelahiran yang memang ditunggu2. Sementelahan pula agak lewat bertemu jodoh dan isteri pula semasa mengandung menghadapi berbagai cabaran.

Mokcik masih ingat, satu hari itu, anak buah mokcik minta cuti menemankan isterinya yang masuk wad kerana BP naik. Esoknya, isterinya dibenarkan keluar. Tiba-tiba pagi keesokannyaa anak buah mokcik telefon mengatakan dia masuk wad.

"eh, bukan baru keluar semalam?"

"Tu isteri saya puan, hari ni saya pulak masuk wad.."

"Laaa..apasal?"

"Bp naik.."

alahai...



"Kata doktor, stress kot sebab tak sabar nak tunggu baby keluar hehehe"

"Ha..take care. kalau you sakit sapa plak nak jaga isteri you.."




Memang kelahiran yang berharga kan...bila isteri asyik keluar masuk hospital semasa mengandung. Syukur sudah selamat bersalin secara pembedahan pagi tadi.



Petang tadi pula dapat sms dari abang mokcik.

"Mama jojo cakap bapa Diana dapat anak lelaki.."

Wah...sekali lagi syukur alhamdulillah. Adik lelaki mokcik sudah ada 6 orang anak dara! Mula2 dia sudah bercadang untuk 'tutup kedai'. Tapi kami menggalakkan mereka 'mencuba lagi' memandangkan umur adik ipar mokcik pun masih muda lagi. Kali terakhir kami berkumpul setakat ini iaitu masa hari kenduri kahwin adik bongsu mokcik tempohari, adik mokcik dengan gumbira mengumumkan kemungkinan mereka akan dapat anak lelaki.

"Tapi kalau dapat anak perempuan pun kami akan tutup kedai" katanya.

Alhamdulillah kini hasratnya mendapat anak lelaki tercapai.

Kami sedang menunggu2 siapakah nama akan diberikan. Adik beradik telah berpakat nama anak2 semuanya bermula dengan huruf "S" hehehe....ntah mana dorang dapat idea tu. Bagi pihak mokcik takde masalah sebab memang anak2 akan bermula dengan Syed atau Sharifah...hehehe




Tahniah kepada keduanya, semoga besar nanti anak2 itu akan menjadi anak yang soleh..aminnn

Friday, August 13, 2010

PERISTIWA DI BALING

Salam kenkawan.


Adakah puasa anda masih selamat? Mokcik percaya kawan2 semua tergolong dalam golongan yang baik-baik belaka dan tak pandai ponteng puasa hehehe...


Rentetan dari entry terdahulu. Kali ni mokcik nak berkongsi cerita bagaimana mokcik mendapat nama mokcik. Boring agaknya dok baca kisah mokcik...tapi ni blog mokcik, suka hati mokcik la nak citer apa pun hahaha...*sorry tergelak evil pulak dah*


PICC



Anyway, bagi mereka yang berumur seangkatan atau tua   senior daripada mokcik, mungkin masih ingat buku teks untuk pelajar Darjah 6 dolu2. Mokcik tak ingat buku teks untuk Bahasa Malaysia Kefahaman  atau Sejarah. Yang mokcik ingat dalam satu buku teks tu ada cerita bertajuk 'PERISTIWA DI BALING'. Bukan pasal kena baling, tapi ini berkenaan peristiwa perjumpaan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dengan Chin Peng di Baling, Kedah. Dalam cerita itu, seorang kakak sedang bercerita kepada adiknya mengenai Peristiwa di Baling tersebut. Nak dijadikan cerita, arwah bapa suka sangat dengan nama karektor kakak dalam cerita tersebut, maka bila dicadangkan oleh arwah Guru Besar untuk mokcik diberikan nama yang lebih berbunyi Islamik, arwah bapa pun memilih nama karektor tersebut sebagai nama baru mokcik.  


Tasik Temenggor -Belum Rainforest





Rakan sekolah mokcik yang dah terbiasa memanggil mokcik dengan nama sejak lahir memang susah nak menukar nama panggilan hehehe. Bila mokcik masuk Tingkatan 1 baharulah nama baru itu digunakan sepenuhnya dan rakan-rakan baru kenal mula memanggil mokcik dengan nama itu. Nama lama masih mokcik kekalkan kerana ia memang tercatat dalam surat beranak, kad pengenalan dan sijil2 mokcik.  


Mari belajar memukul gong...





Waka waka...mokcik masih ingat muka confuse seorang pensyarah yang mahu menyoal mokcik dalam kelas. Dia telah memanggil semua nama-nama berunsur keMelayuan dalam senarai tetapi mokcik tetap tak menyahut juga hahaha. Akhirnya dia memanggil nama mokcik, baru mokcik menjawab. Pensyarah itu berkata "I have been meaning to call you looonnggg time ago, but each time i called the name it was not yours!" ...mana taknya nama tu ala ala omputih sedangkan tuannya takde rope omputih langsung waka waka...
Ok kita ke topik lain la pulak...mari kita berkongsi cerita bagaimana anda semua mendapat atau memilih nickname anda di alam siber ini?  Tentu ada macam2 cerita menarik bukan?


Putik Bunga Rafflesia - Belum Rainforest





Bagi mokcik, nama AZWA dipilih sebab bagi mokcik hidup kita ada mula dan akhirnya macam alpabet A,B, C...permulaannya A, pengakhirannya Z. WA pula merujuk kepada diri sendiri atau saya dalam loghat Cina. jadilah AZWA.  Sejak dua menjak [terasa diri dah tua pulak hehehe], bila ke kedai, kita tak dipanggil 'kakak' tapi kini dipanggil 'makcik'...ayoooo....maka mokcik pun tambah nickname jadi MOKCIK AZWA...hehehe

sekadar gambar hiasan saja. Jambatan dekat PICC, apa nama ntah hehehe
Sila kongsi cerita anda pulak....

Nota kaki:-  Gambar-gambar sekadar hiasan semata-mata dan tiada kaitan dengan cerita ini

Wednesday, August 11, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam kenkawan.

Selamat berpuasa pada yang berpuasa. Syukur alhamdulillah dapat kita bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Buat kesekian kalinya, mokcik rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk terus berpuasa di bulan Ramadhan ini. Bila terkenang kisah2 masa kecik2 dahulu, amat rasa bersyukur kerana sentiasa dipelihara dan dijauhkan dari unsur2 yang boleh menggugat kecintaan kepada Allah.

Masa kecik2 dahulu, sekitar umur 8 ke 9 tahun memang tak kenal langsung apa itu Ramadhan. Kawan baik mokcik ketika itu ialah jiran sebelah rumah. Mokcik memang rapat dengan keluarga jiran sampai makan minum pun kat rumah dorang. Bukan setakat itu sahaja, malah pada hari sabtu, mokcik akan mengikut keluarga tersebut ke Gereja dan bersama-sama mengikuti upacara sembahyang mereka. Mereka tidak menggalakkan sementelahan arwah bapa dan mama tidak pula melarang mokcik mengikuti mereka. Pada masa itu memang sangat naif dan tidak tahu pun apa-apa pasal agama. Jiran sekeliling masa itu semuanya beragama SDA yang mana hari sembahyangnya adalah pada hari sabtu. Kalau kenkawan kenal siapa Marsha (AF), hah sama dengan agama anutan keluarga dia. Mama mokcik dulunya beragama Kristian SDA, sementara arwah bapa beragama SIB. 

Mokcik masih ingat bila balik ke kampung arwah bapa, mokcik akan ikut pula mendiang nenek dan sepupu2 mokcik bersembahyang di Gereja mereka pada hari ahad. Masa itu yang mokcik tahu, seronok bersama-sama menyanyikan lagu2 rohani  mereka. Walaubagaimanapun, masa itu mokcik masih ingat, keluarga arwah bapa akan mengasingkan alat memasak dan pinggan mangkuk untuk kami sekeluarga.  Paling mokcik tak lupa, pernah sekali membuka periuk, tapi sempat diestopkan oleh makcik mokcik...kemudiannya mokcik diberitahu isi periuk adalah err...katak dan tupai! Adusss!

Bila upacara pembaptisan kawan baik mokcik [yang dilakukan di sungai berdekatan dengan rumah kami], mokcik pun sama-sama sibuk mandi manda bersama mereka juga. Bila mereka makan [syukurnya penganut SDA pantang larang makannya hampir kepada agama Islam], mokcik pun akan makan bersama mereka, malah ikut berdoa macam mereka juga. Malah, malam2 sebelum tidur, mokcik akan membaca kitab Bible dan hafal cerita-cerita dalam kitab tersebut.

Apabila mokcik masuk Darjah 6, baharulah mokcik diperkenalkan dengan apa itu agama Islam, belajar mengaji dan mengenal solat serta puasa. Pada masa itu, arwah Guru Besar sekolah menyarankan agar mokcik menukar nama asal kepada nama yang lebih Islamik. Cerita bagaimana mokcik mendapat nama Islam  mokcik memang agak unik juga hehehe...nantilah mokcik ceritakan.

Semasa di Tingkatan 1 baharulah mokcik belajar apa itu dosa pahala dan sedar apa yang mokcik lakukan selama ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Apakan daya masa itu tiada siapa yang mengajar arwah bapa, mama dan kami adik beradik tentang ajaran agama Islam. Kerana itu mokcik memang bersyukur, walaupun dengan apa yang telah kami lalui, Allah masih memelihara kami dimana walaupun kami dikelilingi oleh berbagai2 dugaan, tetapi sampai kini keluarga mokcik masih lagi berpegang pada agama Islam yang dipilih oleh arwah bapa untuk menjadi pegangan hidup kami.

Satu lagi penyebabnya mungkin juga kerana sikap toleransi masyarakat di kawasan kampung mokcik...jiran2 mokcik tidak pernah pula menggalakkan atau cuba mempengaruhi mokcik untuk mengikuti agama mereka. Mereka cuma bersikap berdiam diri bila mokcik mengikuti mereka ke Gereja. [Mungkin juga kerana sikap ini, setakat ini belum pernah terdengar kes buang bayi di kampung mokcik! Disana, kalau terlanjur, cuma dikenakan sogit  (tanpa mengira apa agama anutan si pelaku). setelah mengadakan upacara keramaian yang dipanggil makan belanja, maka mereka dianggap sudah sah sebagai suami isteri! And nobody cares if a few months later a new baby is born.  anak itu akan dipelihara sebaiknya dan tidak pernah pula terdengar kata-kata ejekan mengatakan anak itu anak luar nikah. Life goes on as usual. Tiada timbul apa-apa masalah sehingga berlaku perceraian dan perebutan harta atau hak penjagaan anak....waduh...part yang ini pegawai kat Jabatan Bantuan Guaman memang poning kepala nak selesaikan huhuhu]   

Anyway, berbalik kepada kisah mokcik tadi, bila mokcik masuk Tingkatan 6, mokcik telah dibawa seorang kawan berjumpa Ustaz. Setelah Ustaz mendengar cerita mokcik, dia meminta mokcik mengucap dua kalimah syahadah. Kata Ustaz, memang bila arwah bapa masuk Islam, secara otomatik, anak-anak pun ikut sama. Tapi kata Ustaz, untuk lebih menguatkan lagi pegangan mokcik, dia sarankan mokcik mengucap bagi pihak diri mokcik sendiri. Masa itu, mokcik masih liat nak bersolat tapi sudah  berpuasa bila Ramadhan tiba huhuhu.  Rakan sekelas masa itu tiba2 semua berpakat memakai tudung, tapi mokcik belum terbuka hati pulak nak memakainya. Cikgu sindir macammana pun memang mokcik tak makan saman pun...bila terlintas nak solat, solat la mokcik. Kalau tidak, tak solat la mokcik.

Tapi itulah, Allah SWT memang sayangkan mokcik. Hari pertama mokcik menjejakkan kaki di Asrama Kinabalu di Universiti Malaya, tiba-tiba sahaja mokcik terdetik untuk menunaikan solat  sehingga kini, alhamdulillah... Tapiii...waktu itu tak tinggal lagi skirt ketat dengan rambut ditocang macam ekor kuda hahaha...Kesedaran untuk bertudung hanya tiba bila suatu malam mokcik bermimpi berada dalam satu bilik yang sangat gelap. Mokcik panik! Mokcik teraba-raba! Tiba-tiba mokcik ternampak sekilas cahaya di kejauhan dan mokcik menuju ke arah cahaya itu sambil teraba2. Tiba-tiba mokcik mendengar suara.. 
" Dik...dik...naper dik?"  . Apabila mokcik membuka mata, mokcik sedang menangis, meraba-raba mencari pintu...sleep walking ropenya mokcik. Room mate mokcik, Kak Faridah yang menepuk mokcik agar sedar dari igauan.  Beberapa lama selepas mendapat mimpi ini mokcik mulai berjinak2 memakai tudung.

Hari ini bila mokcik kenang2kan semula kisah lalu, tiba2 terasa sebak. Baru terasa sebenarnya Allah SWT banyak memberi peluang kepada mokcik...kenkadang mokcik terlalai. Tapi Dia tidak pernah jemu memberi peluang kedua kepada mokcik...syukur alhamdulillah...

Tuesday, August 10, 2010

RAMBUT HADI DAH HILANG!

Salam kenkawan.


Update yang bergambar untuk hari ini...




Amboi...gumbiranya dia...siap lambai2 lagik..



Macam YB melawat kawasan jer...apa agaknya yang menarik perhatian YB ni?



 



OOO..nampak ikan rupanya. Memang pantang Hadi ni nampak ikan...dia bukannya takut dengan ikan keli, belut segala tu...kalau tak larang lammaaa dah dia pi pegang...huhuhu






ikan patin

Cik abe dan anak2 sedang tengok aper tuu??Amvooiii pokcik senyum lebar...'yeay aku masuk belog..'



Tengok orang jual ayam ropenya dorang ni...kusyuk betoi nengok ayamnyer waka waka...




Senyum pokcik...saya nak masukkan gambor pokcik dalam belog.. kueh gapo tu pokcik??






Ini santan sedia perah...tinggal dicampur dalam masakan sajork..



Ini tapai..bungkus dalam daun getah...harummm jer baunya dan manisss. Letak dalam peti sejuk...wallaahhh...mabeles sungguh rasanya. 


Biasa tak tengok kueh nie? Memang sedap makanan tradisional kann..






Sate ayam....






Gambar2 masa kami mengunjungi pasar tani hari sabtu lepas dekat Giant KT.  Lepas ke pasar tani kami pun bawa Hadi ke satu tempat.  Tepi jalan dekat rumah tokki jer. Alhamdulillah takde orang, erkk...tukangnya ada lerr...hehehe.  Tujuannya...jeng..jeng..

Baik betul Hadi ni... dia diam jer masa pokcik tu 'hilangkan'semua rambut dia...





Okes..hadiah untuk good boy...belon kapal terbang!

malam tu, masa dia nak tidur, dia kata..'Ummi, nak pegang' sambil buat aksi nak pegang kepalanya. 'tajam la miii...'.  Bila ditanya, 'mana rambut Hadi?'...dia jawab "Rambut Hadi dah hilang!"


gambar dipinjam dari blog Kak Anie

Akhirul kalam untuk hari ini...dicopy pastekan email yang diterima...



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "  Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA  dengan rendah hati  memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang  tersengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

Friday, August 6, 2010

MARI JAWAB TAG

Jawab tag dari Irfa yang dah dekat dua bulan tak jawab2 lagik hehehe...

1.   Apa yang anda akan buat jika anda tahu member anda tikam dari belakang anda?
       Tikam dia balik? Kalau sempat la hahaha...

2.  6 orang di hati anda
     Cik Abe, Mama, arwah bapa dan 6 orang power rangers dan power puffs girl mokcik...ooppss terlebih  sudah!

3. Anda rasa anda comel?
    Sangat comel! waka waka...

4. Single or taken
    Single but not available on weekdays.  Taken during weekend :) 


5. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
    Pada pemandangan mata mokcik yang kabur2 ini, memang kemas..
   
6.  Lagu terakhir yang anda dengar
     Tak pasang lagu pulaks hari ni...lagu Jabatan yang dorang pasang setiap pagi adala hehehe

7.  Last text message
     Belum hantar mesej kat sapa2 setakat ni

8.  Last phone call setakat ini?
     Semalam, kepada Cik Abe

9. Hari terakhir anda menangis?
    Semalam, bila mendengar Hadi mengamuk..."jom ambil ummiii!" dalam telefon...huhuhu

10. 5 kaler feberet anda
      Black n White, maroon, purple, pink, coklat 

11.  Blog yang anda suka?
       Blog yang ada tersenarai dalam bloglist mokcik yeszaa..      


12. org terakhir yg anda ber YM
      oooo....dengan seseorang, lebihkurang 8 tahun yang lalu masa bertugas di Ipoh Perak. Lepas tu tak pernah ber YM dah sebab tak dapat open YM hehehe

13. adakah anda peminat MCR?
      Sapa or apa dia tu?  orang ker makanan ker mainan...ayayayai...

14.  game anda paling suka
      Game over...huhuhu

15.  Apa perasaan anda jawab tag ini
       Selagi tak jawab rasa berhutang pulakss hehehe

16.  anda rasa tag ini best tak?
      Kena jawab tag tak berapa best, tapi tag orang memang best, betoi takkk???

17. tag lagi 10 orang
     Okes....mokcik nak tag....hmnnn...nasib korang memang baik, sebab mokcik not in the 'tagging' mode hari ni harhahhar...

Sekian terima kasih...

Thursday, August 5, 2010

KEEP IN VIEW

Salam kenkawan.

Nak sambung citer dari posting terdahulu, tapi idea tak nak mari huhuhu.  Mokcik tak berapa bizi pun minggu ni, tapi setiap kali menghadap skrin komputer ini, jari jemari bersedia untuk mencoret namun tak menjadi.
Oleh itu kita KIV dulu la sambungan citer itu yach ibu-ibu bapa-bapa...jangan mareee.  Ini ajer la idea yang ada buat masa ini...gambar2 Hadi masa balik dari Sabah tempohari...



Dalam flight masih ceria lagi



siap boleh posing lagi tu




Dalam shuttle ke Putrajaya...dah terlentok hehehe

 Sekian terima kasih.

Monday, August 2, 2010

"KIRIM SALAM KAT CIKGU SYED"

Salam kenkawan.

Hari jumaat lepas, kami ke Taman Warisan. Dua rakan serumah masih berusaha membayar hutang puasa. So, berbuka puasa di sana la jawabnya. Kedua-dua rakan serumah mokcik ni masih bujang, biarlah mokcik gelarkan mereka A dan F. F bercerita, semasa menghadiri satu seminar baru-baru ini dia berpeluang bertemu dengan rakan2 dan pada suatu malam itu, topik perbualan antara mereka adalah kisah nostalgia bagaimana rakan2nya bertemu jodoh masing-masing.   

 Ada diantaranya, melihat wajah bakal isteri daripada 'buku tahunan kolej'..terberkenan, langsung menghubungi si dia dan berkunjung ke rumah berkenalan dengan keluarganya, terusss jadiii.

Kata F, "Saya topang dagu sajork la dengar cerita dorang. Saya takde cerita nak share...huhuhu"

"Tak apa la. Nanti dah kawen esok, hah ada la cerita untuk u share." Pujuk Mokcik.

"Camna puan boleh jumpa dengan husband puan?"

"oo..panjang ceritanya.."

Bila terkenang kisah lalu, mokcik memang akan tersenyum seorang diri...hahaha..Kisahnya begini:-

Lepas tamat belajar, mokcik tidak buat 'chambering' seperti kebiasaan dan kebanyakan law graduates lakukan. Mokcik tidak berminat. Mokcik lebih berminat jadi cikgu. Seperti arwah bapa, seperti mama, seperti abang mokcik, seperti adik-adik mokcik. Makanya, arwah bapa bantu mokcik jadi Guru Sandaran di sekolah berdekatan. Masa itu sekolah tersebut perlukan Guru Bahasa Inggeris dan juga Sejarah.  Itulah sabjek yang mokcik ajarkan. 

Masa mula-mula tiba di sekolah tersebut, mokcik perasan ramai juga guru2 yang masih bujang. Tapi as usual, mokcik takde la ambik hirau sangat pasal hal-hal jodoh ni. Takde langsung terlintas akan bertemu jodoh di sekolah ini. Entah kenapa Pengetua sekolah pulak, bila mesyuarat sahaja, suka bebenor nak kenenkan mokcik dengan anak buahnya hahaha...satu sekolah pun tahu.  Setiap aktiviti, memang Pengetua akan masukkan nama mokcik dalam kumpulan hmnnn...cikgu Z. [Cikgu Z telah melanjutkan pelajaran dan khabarnya kini bertugas di salah sebuah IPTA di utara tanah air]. Bila diusik, mokcik cuma tersenyum, sementelahan Cikgu Z pun tak pernah pulak menunjukkan apa-apa usaha. Hanya Pengetua yang beria-ia hahahaha...

Antara cikgu2 bujang yang ada masa tu termasuklah bakal adik ipar mokcik, cikgu J, cikgu K, cikgu Y dan juga Cikgu Syed...chewwahhh...Semuanya berjalan seperti biasa, tiada yang luar biasa sehingga mokcik mendapat tawaran mengikuti kursus KPLI dan pada masa sama mendapat tawaran sebagai Pegawai Undang-Undang.  Genap 6 bulan bertugas di sekolah tersebut, maka tiba la harinya untuk mokcik melapor diri ke tempat baru.

Seperti kata mokcik awal2 tadi, mokcik tidak berminat hendak menceburi bidang kepeguaman, walaupun itu lah yang mokcik pelajari selama 4 tahun. Mokcik lebih berminat mengikuti KPLI untuk mencapai cita-cita menjadi guru. Nak jadi cerita, hari untuk mengikuti peperiksaan lisan dan bertulis KPLI adalah hari yang sama dengan tarikh untuk mokcik melapor diri di Mahkamah KK.   


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu


Zaman dulu-dulu, mokcik memang tak reti berjalan ke mana-mana bersendirian. Kalau ada urusan, pergi dihantar, balik diambil. Sama juga masa masih mengajar di sekolah, pergi dihantar, balik diambil oleh adik mokcik. Adik mokcik pula, tinggi dan hensem orangnya [hehehe...ssapa lagi nak puji kalau bukan kakak sendirik kan...] Ramai juga la yang menyangka, adik mokcik tu tunang mokcik [puncanya sebab mokcik memakai sebentuk cincin di jari manis mokcik].  Moralnya, pada yang masih bujang, tak payah la pakai cincin, nanti orang tersilap anggap dah berpunya..melepas pulak hahaha...

Masa nak pergi melapor diri pun, adik mokcik inilah yang menghantar dan menunggu hingga selesai segala urusan. Arwah bapa pada masa itu bagi kebebasan sepenuhnya untuk mokcik memilih mana satu hendak dituju. Pagi itu, mokcik memilih untuk menghadiri ujian bertulis KPLI di Maktab Perguruan Gaya. Sekitar pukul 2 petang, adik mokcik memujuk mokcik untuk pergi melapor diri ke Mahkamah. Setelah puas dia memujuk, akhirnya mokcik bersetuju.  Mokcik pergi dengan berbaju kurung moden warna hijau muda, bertudung putih. [ pakaian mokcik ini jadi isu masa melapor diri!]  Pakaian ini memang sesuai untuk seorang guru, tapi nampaknya kurang disukai oleh pegawai atasan di mahkamah. Pada masa itu, sangat kurang kakitangan mahupun pegawai yang bertudung. Maka sesiapa yang bertudung, jadi alien bagi mereka disana. Dahler bertudung, datang pula berbaju kaler, bukan hitam putih sebagaimana pakaian seragam untuk peguam!

Mokcik merasa sangat tidak dialu-alukan masa melapor diri tersebut. Dalam hati menyesal melapor diri ke Mahkamah...mahu saja terbang ke Maktab untuk menyiapkan ujian lisan sebelah petangnya. [ Mokcik dimaklumkan kemudian, pihak Maktab tertunggu2 kedatangan mokcik petang itu untuk ujian lisan...kalau sudah bukan rezeki kan].  Adik mokcik la yang memberikan kata-kata semangat untuk mokcik menerima hakikat...mokcik memang ditakdirkan akan bertugas sebagai Pegawai Undang-undang huhuhuhu...

eh...ni kan patutnya cerita tentang bagaimana mokcik bertemu dengan Cik abe...camno boleh melencong pulak hehehehe..

Hah...mokcik mula-mula bertemu Cik Abe kat sekolah tu lah...tapi dipihak mokcik pada masa itu belum timbul pulak apa2 perasaan terhadap Cik Abe.  Di pihak Cik Abe? Mokcik dapat tahu, Cik Abe masa itu dah memang ada berkenan sikit2 kat mokcik. Tapi segan sebab mokcik jual mahal dan Cik Abe ingatkan mokcik sudah bertunang! [Maklumat ni semua mokcik tahu lepas kahwin...bila mokcik dan Cik Abe bertukar-tukar cerita hahaha]    

OOoo..baru perasan sudah gelap rupanya diluar.  Ada lagi ker orang kat pejabat nie??? Nampaknya kena sambung esoklah pulak...nak pi makan...laparrr...

Jaga diri semua...daaa...