Tuesday, April 27, 2010

BILA SEORANG JAJA MENANGIS



Hari ahad lepas, seperti biasa beberapa jam sebelum berangkat balik ke Putrajaya, mokcik akan memulakan proses iron-mengiron baju2 sekolah anak2 dan baju kerja cik abe. Hari2 biasa, babysitter Hadi akan datang ke rumah untuk bantu membasuh, melipat dan iron baju. Bagi memudahkan beliau, mokcik letak iron kat dapur. Maka hari ahad itu mokcik sedang iron baju di dapur bila tiba2 Jaja datang dan duduk di satu sudut dapur.


"Umi..umi...kenapa umi kena balik ke Putrajaya?"

"Umi kena kerja la sayang."

"Tak boleh ker umi duduk sini lima hari, duduk Putrajaya dua hari?"


"Tak boleh sayang."


"Kenapa umi orang lain boleh? Umi orang lain semua hantar anak dorang pi sekolah. Tak pergi pun Putrajaya.."

Air matanya sudah berlinangan di pipi.


"Sebab umi orang lain tak kena kerja di Putrajaya."

"Umi minta la bos umi kasi balik umi kat sini.." Sambil teresak2 menangis.






Mokcik pun dah tak dapat menahan sebak. Terus mokcik berhenti iron baju dan peluk Jaja erat2.

"Jaja doa la pada Allah supaya bagi umi dapat balik sini."

"Jaja dah doa dah.."

Dalam pada kami dua beranak sedang bersedih, tiba2 datang hadi dengan Aini. Masing2 datang memeluk mokcik...alahai sedihnyaa...






Baru saja tadi cik Abe called...katanya ada kawannya memaklumkan Pengetuanya ada mengatakan sesiapa yang minta transfer bulan jun ni dia tak akan sokong...argghhhh... mokcik paling malas nak buka mulut tapi nampaknya kena la juga cari talian hayat huhuhuhu...

Wednesday, April 21, 2010

MEETING DI SECCOM


Salam semua.



Mokcik baru balik dari mesyuarat di Seccom. Wow manyak cantek itu tempat wooo...mokcik nak masuk pun nervous jugak. Tapi dapat la idea untuk selesaikan permasalahan yang sedang dihadapi, insyaAllah. Mulanya nak ofer mereka hadir ke pejabat mokcik untuk mesyuarat ni...bila fikir2 punya fikir...might as well pi ke tempat mereka. Lagipun mokcik belum pernah pergi ke sana...jumpa dengan bekas officer Chambers yang resign dan join SC... lantas kami berkongsi satu pengalaman baru yang menarik.



coconut shake yang mokcik order..


coconut shake plus banana plus dates plus plus ...



Balik pejabat dah pukul 12.15 apalagi...mokcik pun terus ke kantin dan menapau nasi kerabu...serta coconut shake kegemaran ku. This time no ice cream please...kena menjaga makan dah la ni.





nasi kerabu...dengan ayam goreng berempah...alahai camno nak kurangkan kalori ni huhuhu

Wokay, mokcik nak attack nasi kerabu nie...celamat menjamu selera kenkawan...

Tuesday, April 20, 2010

PERKONGSIAN

Salam kenkawan. Mokcik baru muncul kembali setelah berehat beberapa ketika dari dunia blog. Lepas kembali dari kursus tempohari, mokcik kurang selesa...kepala rasa sempit, berdenyut2, double vision, rasa nak muntah. Akhirnya mokcik mengunjungi doktor dan katanya tekanan darah meningkat. Mokcik sebelum ini pernah ambik medication untuk hypertension, norvasc. Di klinik ini katanya..,"much as i would like you to take norvasc, i dont have it in my klinik now". Doktor suggestkan perindopril. Side effectnya, lepas makan ubat ni mokcik akan terasa mengantuk gilerrr..



After like a week on this medication, feeling much better, but have to take care of my food.



Remember..health is important, so take care kenkawan.


Tentang Score A. Okay, sebelum mokcik kempen gila gila kat kenkawan, mokcik kena cuba try test dulu produk ini. So, last weekend, dengan jayanya telah mengaktifkan akaun untuk anak2. On jer, terus mokcik minta Usop dan Aman cuba trial exam paper Sejarah yang menjadi minat mereka. Usop dapat 56.75% dalam tempoh 35 minit. Aman around 50% dalam tempoh 21 minit. Mokcik tanya, paper ni kalau exam betul berapa lama? Jawabnya sejam. So, okay...try to do it following the exam time.



Kebaikannya guna programe ini, soalan pada kali kedua berbeza dengan soalan pada percubaan pertama tadi. Ini untuk mengelakkan anak2 kita dari menghafal jawaban. Kalau sama tentu takde maknanya kan. Alhamdulillah, cubaan kedua mereka, markah melonjak ke 80%.



Seperti kita sedia maklum, anak2 memang suka main game komputer kan? Sama dengan program ini, jika anak2 dapat mencapai 80% ke atas, maka mereka akan naik ke peringkat lebih mencabar dengan soalan lebih sukar. Mereka semakin seronok dengan cabaran ini. Yang best bagi ibu bapa, kita boleh memantau dari tempat kerja sama ada mereka benar mengulangkaji. Masa diperuntukkan untuk membuat trial exam juga dinyatakan. Maka kita dapat mengetahui sama ada mereka main2 atau bersungguh2.



Dengan menggunakan produk ini, nampaknya seronok anak2 kita nak studi. Program Score A adalah rahsia kejayaan Nor Amalina dan beberapa sekolah seperti TKC.



Ok itu untuk anak2. Untuk ibubapa, jika kita mengambil pakej produk ini, kita berpeluang mendapatkan kembali modal yang kita laburkan. Hanya dengan mendapatkan 4 orang rakan kongsi, kita sudah dapat kembali modal yang kita laburkan, sama ada pakej A, B atau C. Usaha rajin dlam membantu rakan kongsi lain menambahkan rakan kongsi mereka kepada 4 orang setiap seorang rakan kongsi maka dalam tempoh 3 bulan bergantung kepada pakej, kita mampu mencapai pendapatan sebanyak RM30k sebulan!


Wow, nampak menarik dan tak perlu jual produk pun sebab produk itu kita boleh guna untuk anak2 sendiri. Tiada tarikh luput macam produk makanan. Apa salahnya mencuba. Seorang majistret telah berhenti kerja lepas berjaya menjadi usahawan Score A. Kak Jah yang anda boleh baca kejayaannya di laman web BISNESJAYA bekas ahli korporat bergaji RM17k sebulan. Kini dengan Score A, pendapatannya RM100k.



Tapi, yang lebih mengujakan seorang bekas Pengawal Keselamatan di Universiti Malaya kini telah menjadi jutawan hasil Score A! Seorang Pencari Fail kini memang top earners dalam program ini. Terbaru dan sedang dalam proses menjadi jutawan dengan setakat ini mencapai RM70k sebulan adalah hanya bekas pekerja kilang!

Mungkin masanya untuk kita buat anjakan paradigma tambahan pula taim2 gawat macam ni...tapi untuk pendidikan? Semua orang tetap akan mengutamakan pendidikan walau macammana pun keadaan ekonomi dunia kan...Jadi kenkawan jom sertai mokcik :))

)
Berminat untuk mendengar prebiu Score A? jommmss...

Tuesday, April 13, 2010

KURSUS LAGIIII DAN LAGIII

Salam kenkawan.

Mokcik berkursus cara-cara mengendalikan penyelesaian kes melalui Mediasi atau Alternative Dispute Resolution (ADR) di Bangi.

Meantime, anyone interested nak membaca sila mengunjungi website ini . Kalau nak dengar2 cerita pasal Score A, boleh bergeder2 dengan Mokcik malam esok di Pusat Kejiranan Presint 16 jam 9 malam. Sila datang at least 15 minutes early supaya dapat tempat duduk. Nanti mokcik kenalkan dengan Puan Jah kita... :)

Uikss....macam tak bestnya nak kempen kat sini kan, tapi kat mana lagi nak kempen hahahaha...

Ok lah, Mokcik tak malu nak kongsi sebab ini pasal Pendidikan, betul tak. Bukannya rugi pun kalau kita cuba. Kalau tak jadi jutawan pun, sekurang2nya anak2 kita score A..alahaiiii...

(mencubit diri sendiri...betul ker Mokcik yang tengah bercakap ni hahaha. Ni mesti dah kena rasuk ni, kena rasuk semangat usahawan Score A...)

Sunday, April 11, 2010

TERJEBAK!


Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan.

Mokcik baru balik dari menghadiri NDO atau New Distributor Orientation programme di Kampus Kota UM. Entah macammana mokcik boleh terjebak dan berada disitu! Sedangkan mokcik juga salah seorang seperti kawan-kawan yang sudah taubat nasuha dengan MLM ini. Cik abe yang pernah terjebak dipujuk kawannya menyertai Syarikat Hai Hai Bye Bye tak balik modal, sebaliknya rakannya itu pulak yang masih berhutang dengan Cik abe sampai sekarang... juga sudah taubat dari menyertai MLM. Tapi mungkin waktu itu, mokcik juga sama-sama bersalah kerana tidak memberi galakan kepada Cik abe. Kalau la mokcik memberikan galakan kepadanya, mungkin Cik abe boleh berjaya.

Well...mokcik sebenarnya cuma berhasrat untuk membeli program Score A untuk anak2. Terutama untuk Usop yang akan mengambil PMR tahun ini. Sejak hidup secara PJJ dengan famili ini, pelan untuk hantar Usop ke kelas tuisyen selalu sahaja tertangguh. Setelah membaca testimoni tentang program Score A, maka mokcik pun mengambil keputusan untuk menghubungi Puan Jahlilawati yang nombornya mokcik dapati dari laman web.. Puan Jah terus sahaja menghubungi mokcik dan menyarankan untuk hadir program prebiu Score A di Presint 16 keesokan malamnya. Kebetulan mokcik free, maka mokcik setuju untuk pergi.

Wah tak sangka prebiu ini mendapat sambutan hangat juga. Sampai tak cukup kerusi tempat nak duduk. Puan Jah terus introducekan mokcik untuk join dan belajar cara2 untuk menjadikan anak jadi pandai, dengan peluang kepada ibu bapa untuk menambahkan pendapatan. Ilmu nya dimulakan dengan dengan menghadiri NDO. Wah...mokcik memang tak yakin boleh buat perkara ini. Tambahan pulak mokcik memang alergik dengan MLM ni...kalau suruh jual barang memang mokcik kompom cakap terus terang..mokcik memang fail. Suruh la mokcik gi berhujah depan hakim kat mahkamah tertinggi, mokcik sanggup...tapi jangan suruh mokcik jual barang ye...memang tergagap2 mokcik dibuatnya.

Tapi yang seronoknya program ini, tak perlu pun menjual barang. Kita cuma berkongsi niaga sahaja dengan minima 4 orang kawan2, kita dapat modal kita semula. Terdapat 3 pilihan jenis biz untuk dipilih, yang penting, ukur baju di badan sendiri! Tak perlu bergolok-bergadai, pilih yang sedang2 sahaja. Yang penting....anak2 dapat Score, kita pun dapat score..score RM katanya.

Wah...berkobar2 pulak mokcik hahahaha...tapi tak per, tak salah memasang impian kan. Impian paling utama tentunya untuk kebaikan keluarga. Kalau anak2 boleh mendapat manfaat dari program ini, alangkah bersyukurnya mokcik. Kalau dapat meningkatkan pendapatan, alhamdulillah, itu satu bonus yang terpaksa kita terima...aminnn.

Ok la...boring ker baca? Terima kasih. Kalau tak nak jadi usahawan Score A pun, takde masalah, dapatkan ia sebagai hadiah paling berharga kepada anak2. Hadiah ini lebih bernilai daripada emas...tepuk dada tanyalah poket.... :)

Friday, April 2, 2010

CORAT CORET HARI JUMAAT








Salam dan hello semua kenkawan.

First of all, salam takziah pada keluarga Allahyarham Din Beramboi. Al Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya bukan peminat beliau, malah saya tak pernah buka saluran Era sejak K N K ( Khairil n Kiran) ditukarkan/bertukar ke stesen lain. Tetapi, apa yang dapat kita sama-sama pelajari, maut datang tanpa salam, bila-bila masa sahaja. Sama-sama kita peringatkan diri kita, perbaiki kelemahan kita dan bersiap siaga menghadapi jemputan yang tidak terjangka.

Semalam juga, pejabat mokcik adakan majlis tahlil untuk arwah anak kepada pilot boss yang meninggal beberapa hari sebelum itu. Dalam kami sibuk2 nak ke surau, masa itu lah kami dikhabarkan bahawa berlaku rombakan besar-besaran di bahagian mokcik. Ramai yang gagau kerana tiba-tiba tanpa angin, tanpa ribut, tiba-tiba kena transfer. Ada yang para isteri sudah menangis di rumah bila mendengar suami kena pindah hingga ke Johor. Persoalannya, banyak sangat ker kekosongan jawatan di sana tu sampai semua orang nak kena hantar ke sana?

Masing-masing kalut. Ada yang terus naik menyerbu bilik boss! Mokcik yang sedang menyemak apa-apa yang patut dalam internet pun kena panggil sama. Sebabnya, ramai anak buah mokcik ditukarkan tanpa perbincangan, tanpa pengetahuan mereka!

"hah, mokcik, why suddenly all your officer being transferred at the same time?"

"How do i know puan? entah2 i pun kena sekali ni.." Biasa la mek cool menjawab pada boss.

Dua anak buah mokcik sudah menangis, nasib baik tak mengamuk...hahaha

"I am very sorry ya, i want to help but am helpless. maybe you should help them write an appeal letter ah *ratu*"

"Puan, am willing to go if i have to. I just hope this is not an april fool." kata anak buah mokcik.

"Yesss....what date is today?" Kata si ratu.

"Haaa...puan??"

"yess...you people never look at the calendar ka?"

"Puannnnnnnnnn...i dont believe you conspired with her on this.." Mokcik akhirnya bersuara pada BOSS mokcik tau...Boss mokcik sama-sama bersekongkol dengan ratu april fool mengenakan kami sepejabat.

"Hey you also conspired together in this with your cool attitude..hahaha" kata boss pulak.

Habis takkan la mek cool ni nak mencemarkan imej keanggunan ku untuk bising-bising tak tentu arah kan...dengar kabarnya rakan mokcik yang dikenakan april fool yang serupa datang menyerang boss dan ratu, mengamuk bila tahu anak-anak buahnya kena transfer hahaha...









... Salah seorang anak buah mokcik yang diaprilfooledkan mempunyai perasaan untuk melakukan ini ke atas ratu april fool hehehehe....








Ntah la, apa ke faedahnya dorang buat kisah april fool ni. Takkan nak marah pulak...dah boss bahagian sendirik ikut berlakon...haiyooo...

Tapi yang nyatanya, ini cara depa release tension...hehehe









Lepas tahlil kami dihidangkan ini...yummy...terima kasih..








*My breakfast. Untouched. No appetite to eat yet.*







*As usual on friday, dah siap-siap bawa beg galas ini untuk balik KT*





*This is the files that i have to clear before going off for the weekend..*







*Looking forward to be with the family...windu kat Hadi, kabarnya dia demam hari ni...cian anak umi.*



*Roses and *





*Coconut shake for all of you out there. Have a nice weekend everybody*