Monday, December 28, 2009

KERJA DAN CUTI

Assalamualaikum kenkawan..

Tu dia noo...lama bebenor mokcik tak berkesempatan mengupdate rumah mokcik nie. Pejam celik pejam celik dekat sebulan tak dapek nak jenguk rumah nie. Di kampung sana talian tenet memang lebih slow daripada kura-kura. Tak kira la apa streamyx ker, berukban ker..sama sajork tahap kelajuannya iaitu slow giler tahap gaban. Mokcik ingat zaman dolu2 masa masih guna talian dail up lagik laju walaupun selalu putus2.

Anyway, semasa di kampung tempohari aktiviti harian kami selain daripada duduk2 di rumah adalah berjalan2 meronda2 serta menghadiri jemputan kenduri kawen sanak sedara, serta rakan taulan.

Boleh dikatakan cuti kali ini agak pendek sebab tiga minggu sajork. Selalunya mokcik ambik cuti sebulan terus. Kali ini agak istimewa kerana adik bongsu mokcik melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya pada 14 Disember lepas. Alhamdulillah selepas beberapa kali hubungan terputus di tengah jalan, doa kami semoga kali ini berpanjangan jodoh adik mokcik. Nampaknya bulan Jun tahun depan kami akan balik lagi untuk majlis nikah dan kenduri kawennya, insyaAllah.

Pada 19 Disember pulak kami berkesempatan meraikan majlis perkahwinan bekas student cik abe dan mokcik sendiri...seronok gi majlis nie uolss.. teringat zaman muda2 masa baru berkenalan dengan cik abe hehehe...

Oleh kerana mokcik dalam bercuti2 pun sempat lagi ronda2 satu Malaysia seperti dalam posting terdahulu...maka pada 23 Disember tu kami menunaikan janji pada anak2 untuk berjalan2 ke Kolam Air Panas Poring, Ranau, Sabah.

Masa pergi baru suku jalan, Hadi muntah dua kali. Habis la baju mokcik basah lenjun dengan muntah dia. Sampai di satu kawasan dekat pekan Nabalu, baru la jumpa tempat untuk membersihkan muntah tersebut. Nama kawasan tu tak ingat, tapi ada sederetan gerai menjual kraftangan buatan tempatan. Kami meneruskan perjalanan ke Poring dan tiba di sana jam 11.30 pagi. Apa lagi makan time la dulu...dapat satu port yang cantek...yahuu..

Lepas makan kami pun mencari tempat nak mandi manda...nampaknya semua kolam pun agak penuh...makanya mokcik cadangkan pada cik abe ambik tempat mandi tertutup. Bayarannya untuk standard room...ada tandas dan dua kolam ( or more like a kolah) mandi kecik RM15 sejam. Mula2 nak ambik deluxe - RM20 sejam, tapi dah penuh dah. Standard pun standard laa...kami book untuk dua jam.

Yuhuuu...seronok juga mandi kat bilik tertutup nie...kami semua pakat berendam, dengan Hadi2 sekali masuk dalam kolah...cuma yang tak berapa best bagi yang suka nak berenang2 memang tak dapek la den nak menolong. Tapi kalau setakat nak berendam air panas memang best la sebab takde mata2 lain memandang dan tak perlu bersusah payah memikirkan soal nak bersalin pakaian.

On the way balik kami singgah di gerai pagi tadi...teruja sungguh melihat macam2 kraftangan buatan tempatan. Kami memborong tudung saji rotan, bakul rotan dan nyiru pada harga amat berpatutan....dapat la harga murah2 bila kita speaking bahasa tempatan kat Inan2 (makcik2) yang menjual di gerai tersebut.

Kami balik ke Terengganu pada 25 Disember...terus menuju rumah baru. Bestnya....masuk2 sajork, rumah dah kemas dah. Adik ipar mokcik bersusah payah bantu bersihkan dan angkut barang2 yang patut dari rumah sewa ke rumah baru. Katanya, kalau tak buat camtu, tak tentu lagi bila cik abe akan pindah katanya. Mokcik cuma senyum sajork...dorang tentu lagi arif tentang perangai abang sulung dorang tu kan kan kan...Apa pun mokcik berterima kasih bebanyak la pada adik2 ipar mokcik. Sepanjang ketiadaan kami, mereka tolong jaga dan bersihkan rumah. Kalau ada apa2 yang Tukang perlukan, mereka la yang pergi membelikan semua benda2 yang diperlukan ( of coz ongkosnya kami yang bayarkan hehehe). Pasang grill pun, adik ipar yang pasangkan...kebetulan salah sorang adik ipar memang tukang pasang grill...lagi la seronot...dapat harga istimewa gitu..

Part paling tak best sudah tentunya part nak mengangkat barang2 pindah dari rumah sewa ke rumah baru. Kami masih dalam proses angkut mengangkut...huhuhu...

Ok la...nanti mokcik sambung..gambar2 nanti i uploadkan kan wokay...ciao...

Thursday, December 17, 2009

BERSIARAN SEBENTAR, SALAM MAAL HIJRAH

Mokcik berkesempatan online sebaik sampai dari Kedah petang tadi.

Coti coti pun mokcik kena kerja uolss...jauh pulak perjalanan mokcik semalam...

BKI - SDK - BKI -KLIA- ALOR SETAR

Pagi2 buta pukul 3. 50 pagi mokcik bangun bersiap2 dan dihantar oleh cik abe ke airport untuk ke SDK. Pehtu dalam pukul 2 petang mokcik naik flight balik ke BKI. Pukul 4.30 naik flight ke KLIA. Sipi2 pukul 7.30 tiba di KLIA. Flight ke Alor Setar pukul 8 malam. Kebetulan flight delayed...makanya tersenguk2 mokcik menunggu di KLIA. Akhirnya tiba di Alor Setar jam 10 malam dan selamat tiba di hotel penginapan jam 10.30 malam. Sempat menonton dua episod Sex and The city 2..ntah apa2 citer nie. Lepas tepon cik abe, terus ZZZZZZZZZZZZZZZZ....

Around 7.30 tadi, pi bekfes dan jam 8 pagi pemandu dari pejabat yang dituju telah menunggu. Ada 70 fail semua untuk disemak...dengan bersungguh2 kami bertiga bertungkus lumus dan berjaya menghabiskan semuanya by 1.30 pm tadi. Bos di sana belanja kami lunch...dan tengah sedap2 bercerita by 2 pm kami kena beredar untuk catch flight balik ke KLIA.

Mokcik singgah di pejabat menyemak apa2 yang patut. Esok baru balik ke KK semula untuk sambung cuti sampai 25/12 nie.

Ok la..mokcik ucapkan SALAM MAAL HIJRAH kepada semua kenkawan. Have a nice weekend everyone.

Tuesday, December 1, 2009

SUDAH BULAN DISEMBER...CEPATNYA..

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Disember 2009. 2009 sudah hampir ke penghujungnya. Masa berlalu sangat pantas, dan umur kita juga makin meningkat huhuhu....hahaha.


Cuti tempohari, alhamdulillah cuaca di KT cerah dan tak hujan langsung masa raya tu. Tetapi semalam hujan berterusan walaupun tak lebat. Syukur penerbangan mokcik kembali ke Putrajaya tepat pada waktunya dan walaupun hujan, takde la turbulance. Mokcik balik sensorang. Cik abe dan anak2 akan menyusul hari jumaat nanti dan sabtu pagi kami akan bertolak balik ke Sabah.



Sepanjang cuti raya, kami habiskan dengan membersihkan rumah. Mula2 angkat semua sisa2 kayu keluar dan sapu dalam rumah. Lepas tu bersihkan tandas dan ruang dapur. Masalahnya di ruang tamu belum siap lagi pasang tiles, maka kami cuma sapu sampah saja dulu. By yesterday, tukang datang pasang paip dan sinki. Tiles pun dah siap kecuali ada sedikit di bahagian tangga. Cuma tukang letrik sajork yang masih bercuti sakan. Dah ler datang kerja lewat, balik awal...pasang pulak tak pandai jaga hati pelanggan. Mokcik panas sebab kipas kat ruang tamu dia pasang tak center...dan banyak soket dipasangnya senget..huhuhu. Mokcik berkali2 ingatkan cik abe supaya minta dibetulkan kedudukan kipas di ruang tamu kelak. ye la kita buat rumah bukannya selalu kan...nak kena buat elok2 biar puas hati dan berbaloi dengan apa yang kita bayar.



Semalam berbual2 dengan cik abe...tentang sistem pendidikan di negara kita ni. Kebanyakan sekolah agama sekarang telah diambil alih oleh kerajaan pusat. Yang mokcik kurang setuju tu mengapa sekolah agama pun mengamalkan polisi mengambil pelajar dengan keputusan 5A sahaja? MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh sudah tentunya hanya ambil pelajar 5A. Sekarang sekolah agama pun nak amalkan polisi serupa. Pada mokcik, budak2 yang dapat kurang A masa UPSR bukan bermakna dorang tak bagus. Dan juga, kalau betul cikgu cikgi kat MRSM, sekolah berasrama penuh serta sekolah agama tu cemerlang, gemilang dan terbilang, sudah tentu inilah cabaran buat mereka untuk mendidik anak-anak murid ini menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang pelajaran jugak kan??? Kalau ambik murid dapat 5A sajork, takde la cabaran...yg bagus murid, cikgu belum tentu bagus. Tu pasal yang takmo terima budak2 yg dpt kurang A. Tujuannya tak lain tak bukan takut sangat hilang status...

Dulu2 klau kita lihat budak2 yang dianggap kurang berjaya dalam akademik, diberi peluang masuk sekolah vokasional, belajar kemahiran bertukang etc. Yang agak bagus kononnya masuk maktab, lebih bagus lagi masuk U. Sekarang ni, siapa lebih berjaya? Mereka yang keluaran vokasional ni la yang lebih kaya raya dari yang masuk maktab, jadi cikgu. Yang masuk U pun belum tentu dapat kerja bagus. Sekarang ni nak pilih2 pulak budak2 yang boleh masuk sekolah agama...ni la masalah kalau pendidikan dan agama dicampuraduk dengan politik. Yang ruginya rakyat juga.

Apa pendapat korang pulak?



Ok la mokcik nak siapkan beberapa perkara sebelum pi bercuti panjang ni...daaa...



Wassalam.