Thursday, September 10, 2009

DARI PUTRAJAYA KE MUAR




Pagi semalam selepas sahur mokcik bertolak ke Muar. Keluar rumah jam 6.30 pagi. Alhamdulillah selamat tiba di Muar pada jam 9 pagi.

**************

Perjalanan mengambil masa panjang, tapi pendengaran kesnya sokojap sajork... Kebetulan bertemu kawan lama masa di kampus dulu di sana. Dah 18 tahun tak jumpa. Cuma sesekala berhubung melalui telefon. Dia jemput ke rumahnya...pejabatnya bersebelahan rumah. Wow...bestnya..working from home. Not far away from the court too. Bahagia hidup katanya, walaupun bisnes kurang mashyuk kalau kat bandar kecil macam Muar ni. Suaminya juga sama profesyen dan kebetulan kawan2nya juga kawan2 mokcik...maka rancak la kami bercerita. Sangat seronok bercerita kisah2 lama masa di kampus dulu. Memang dia rakan rapat mokcik susah dan senang masa di kampus dulu. Cuma bila masing-masing dah tamat belajar, berkerja, berkeluarga, dan jarak antara Laut China Selatan memisahkan .
***************
Masa bertolak balik jam 1 tengahari, dia bekalkan mokcik dengan sebalang kuih tart nanas yang sungguh yummylicious...
*********
Mokcik selamat tiba di Putrajaya jam dekat pukul 4 petang. Alhamdulillah.
****************
Petang ini bertolak balik ke kampung. Sedikit sedey kerana minggu ini mama akan balik ke Sabah. Hari ahad 13 September mokcik akan hantar dia balik ke KLIA dimana mama akan balik ke Sabah lewat petang bersama adik mokcik yang berkerja di Seremban. Lepas tu, petang itu juga mokcik terbang balik ke 'Ganu kerana ada kes di sana pada hari isnin.
**************
Oklah, nak uruskan all these things sebelum berangkat balik..take care all..selamat berpuasa ya.

Wednesday, September 9, 2009

OK LOOHHH

Assalamualaikum semua...semua apa khabar?? Ok kerr???

Mokcik? Ok loohhhhh....

Wah apa kena mokcik nie ek...tetiba ajer...hehehe

Petang semalam baru balik outstation dari satu lokasi yang dirahsiakan...wakaka..Lepas abes kes, still very early, so mokcik pun sambung lepak2 sambil menonton tv. Kat hotel nie banyak jugak channel so, kira ok loohhh... Sempatlah mokcik menonton rancangan buat pertama kalinya program Kelab Pop ker aper ker bendernyer...memang sakit perut jugaklah gelak bab peserta kena menyanyi ikut lagu popular tapi lirik ciptaan sendirik berdasarkan objek yang diberi. Hari tu peserta kumpulan 'meletop' diberikan petai untuk dinyanyikan ikut lagu asmaradana, sementara kumpulan 'ok lohh' diberikan selipar jepun dinyanyikan ikut lagu smooth...wakaka...memang kelakar gilerr..
******************
By 12 pm baru mokcik gerak balik dan sampai ke pejabat jam 4.15 petang, and stayed till 7.45 pm. Agak2 orang kat rumah dah abess buka posa baru mokcik gerak balik...huhuhu.
**********
Sebelum balik tu mokcik singgah Alamanda sokojap pi membeli apa-apa yang patut. Mokcik singgah di MPH membeli beberapa buah buku untuk santapan minda. Salah satunya buku animasi kisah hidup Tunku dan juga Lat and the Gang. Masuk bilik, mokcik pun bersantai2 membaca buku ni sampai tertidurrr...zzzzzz...
************
Setakat ini life is ok loohhh...ok lohhh nak buat kerja nie...selamat berpuasa uolsss..

Thursday, September 3, 2009

BILA KORANG TENSEN, APA KORANG BUAT?


Lain orang lain caranya kan.

Jadi, kalau korang tensen, apa agaknya korang akan buat untuk release kan ketensenan korang tu?

Mokcik pulak kalau tensen2...walaupun banyak kerja tapi untuk release tensen...ni la kerja mokcik. Menggodek sana sini..tukar perabut rumah ini...hehehe. Tu pasal sejak minggu lepas beberapa kali blogger template berubah2. Dah puas menggodek sana sini, baru la boleh concentrate dengan kerja. Kalau dah mula buat kerja pula, obssessi melanda...sambil buka posa mokcik still baca fail. Itu kalau mokcik kena berbuka sendiri2 la.. Kalau ada kawan, lain la ceritanya hahaha.

Malam kelmarin, mokcik stayed back kat office. Tapi mokcik malas nak inform pada guard kat bawah. Pasalnya, mokcik yakin ada beberapa officer lagi yang biasa stay back sampai malam kat office nie. Dorang ni selalunya dah inform guard awal2. However, hari tu takdok siapa inform guard kutss..

Nak jadi cerita, lepas berbuka dengan secawan milo, mokcik pun keluar untuk ambil wuduk. Masa nak masuk balik tu, mokcik dah perasan dari celah bawah pintu ke unit mokcik dah gelap. Bila buka pintu memang sah...lampu di aras/bahagian mokcik dah ditutup. Alahai ...terbantut niat nak solat maghrib kat bilik. Teraba-raba mokcik menuju ke bilik mokcik dan menggunakan cahaya dari henpon sebagai sumber cahaya. Mokcik angkat beg dan cepat2 meraba-raba ke tempat punch card. mokcik perasan ada satu bilik kawan mokcik ada cahaya...ohoo..masih ada yang tak balik, tapi kenapa bilik dia boleh ada lampu, sedangkan bilik mokcik gelap gulita.

Turun ke bawah mokcik singgah kat surau untuk solat dulu. Lepas solat, baru teringat tertinggal dompet dalam bilik. Mokcik pun menuju ke tempat guard dan minta lampu dipasang semula untuk ambil dompet.

"Eh...baru tadi ada permintaan dah untuk buka lampu aras *toot*. Puan baru naik ker?"

"Tak saya baru turun."

Patutla masa ambil wuduk tadi mokcik ada terdengar derap bunyi kasut tinggi dalam keadaan tergesa-gesa menuju ke lif.

Pak guard call bahagian berkenaan dan confirmkan lampu dah dibuka semula. Mokcik pun naik semula ke bilik dan ambil dompet. Lega....

So moral of the story...jangan biasakan diri buat andaian semata-mata, kadang2 andaian kita tak betul, dan kita mungkin akan membuat kesilapan jika bertindak atas andaian tersebut...

selamat berbuka semua...nak keluar pi cari makan dah ni...daaaa..

ISTANA BUDAYA


  • Semalam mokcik berbuka puasa di Istana Budaya.
  • Buka posa bersama dua orang teman dan seorang bayi. We have a great time, tak hengat nak balik sampai baby dah mengantuk hehehe. Sesekali rushing untuk sampai ke tempat berbuka bersama kawan2 seronok juga...rushing bukan kerana driving..rushing dari satu tren ke satu tren hahaha. Balik mokcik menumpang kereta teman yang dok somewhere kat Selangor...kena ler dia hantar mokcik ke erl station sebab kereta mokcik tinggalkan kat sana.
  • So, anybody interested to have breaking fast session together? Last nite proved that we still can have fun on weekdays. Even after a long, tiring, difficult day... :)
  • So seronok makan-makan sampai lupa nak snappy2 gambar makanan. Pilihan makanan kat kafe tu boleh tahan juga. Rasanya pun boleh dikatakan sedap. Cuma laksanya ajer terlebih masin sikit tapi still sedap juga la sebab kuahnya pekat. I loved the otak2... and of coz, the company...hehehe
**************
  • Mokcik tiba di rumah jam 10 malam. Terus turun basuh kain. Masa mokcik memasukkan pakaian dalam mesin basuh, ibu landlady masuk dapur membasuh pinggan. Mokcik terus sapa dia.
  • " Saya ada bawa keropok lekor. Ada dalam peti. Nanti minta la bibik masak. Budak2 kan suka makan keropok lekor."
  • Ibu landlady senyum sajork.
  • Dalam pukul 11.30 mokcik turun semula. Nampak ibu landlady sedang duduk dalam gelap di ruang tamu sambil menggosok lututnya ( siibu sakit lutut).
  • "Tak tidur lagi opah?"
  • "Belum..tengah gosok minyak kat lutut nie."
  • Hmnn...cucian tak siap lagi. Mokcik masuk semula ke dalam. Baru nak naik, siibu menegur.
  • " Suami puan dulu mengajar kat sekolah dot dot kan?"
  • "Saya, opah."
  • " Kenal tak dengan dot dot dot? Tu adik makcik tu. Nie ( sambil menunjuk ke arah bilik bawah) anak dia la ni."
  • "Oh ye ker? Memang kenal dengan dot dot dot. Ada jumpa dia masa gi beraya rumah landlady kat Ipoh dulu. "
  • "Adik makcik tu pendiam jer. Bukan macam makcik nie"
  • Mokcik senyum.
  • "Anak dia ni baru dapat kerja. Sementara ni la katanya duduk di Putrajaya ni. Tak tahu lagi kena posting ke mana nanti."
  • "Oh gitu. kat mana dia kerja tu opah?"
  • "Tak pasti la pulak...JPJ, SPRM..ke gitu."
  • "SPRM? sama ofis dengan dot dot ( kawan sorang lagi)"
  • "Tak tahu lerr..makcik bukannya faham sangat. Ni anak dia la. Mak dia tu kerja bahagian rumahtangga kat sekolah dot dot tu. Pengetua sekolah tu pula kawin dengan kakak landlady."
  • "Oo..nanti saya ceritakan kat suami..saya naik dulu opah."
(perbualan yang berwarna hijau hendaklah digayakan dengan loghat orang Perak bercakap...hehehe)
**********
  • Cik abe kata " Kak dot dot tu baik sangat orangnya. Kira dah ok la awak kat situ tu? Saya tahu awak boleh handle keadaan ni. Awak tu kan sentiasa cool jer. Tapi yang tak ok sebab awak jauh dari saya. "
  • wakakaka...kesitu pulak dia... tapi ada juga benarnya kata2 cik abe. Lagipun keadaan tak setegang minggu lepas. I can feel the changes, though they still dont pelawa me to join them makan sahur or berbuka hahaha. But, mokcik pun dah tak kesah dah. Mungkin mokcik akan tensen semula kalau berlaku keadaan macam hari tu dimana tinggal sepupu landlady dgn mokcik ada kat rumah....maunya tak tensen.. Tapi for the time being, things slowly beginning to get better and am thankful for that.

Tuesday, September 1, 2009

SEPTEMBER


Pejam celik sudah masuk 1 september 2009 hari ini.
************
Rasa macam baru sahaja masuk ke tahun 2009, tup tup sudah nak hampir sampai ke akhir tahun.
************
Salam merdeka semua. Kalau di Sabah, keraian ini sampai 16 september sempena memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Di Terengganu semalam, mendung sepanjang hari. Sudahnya kami anak beranak menghadap tv sajork la. Yang mokcik perasan iklan yang dok asyik keluar kat tv sekarang ni ialah iklan pasal PLKN yang ada pelakon cilik yang baru sajork mendapat anugerah dalam pesta filem baru-baru ini. Tak tahu la itu untuk bulan kemerdekaan atau untuk promote PLKN. Tapi memang tak boleh lawan lagi iklan2 untuk kemerdekaan buah tangan arwah Yasmin Ahmad. Di bulan ramadhan ini juga terasa juga kehilangannya bila mendengar alunan suara arwah Ustaz Asri. Semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya.
***************
Berada di kampung selama tiga hari terasa amat bahagia sekali. Sempat meraikan secara amat sederhana hari lahir Yusuf, putera sulung mokcik yang jatuh pada 30/8/2009. Sekejap sajork dah berumur 14 tahun anak umi nie. Umi doakan semoga Yusuf akan jadi anak yang soleh dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala kejahatan di dunia dan akhirat serta menjadi manusia yang berguna kepada Agama dan negara. Untuk Yusuf sempat mokcik masak mee goreng basah kegemaran sekeluarga dan kari ayam versi mokcik hehehe...Hassan request untuk ayam masak merah versi mokcik juga. Yang ni punya request kena adjourn ke minggu depan. Ni penting juga untuk menaikkan moral Hassan yang akan menduduki UPSR minggu depan. Umi wish Hassan all the best dalam peperiksaan kelak.
************
Mokcik kembali ke Putrajaya semalam dengan bekalan bersahur masakan mama...paru goreng dan ikan masin hehehhe. Mokcik tiba di rumah jam 12 malam. Tengok semua orang dah tidor...kat ruang tamu! Ibu landlady, bibik dan anak sulung landlady. Di luar nampak kereta cousin landlady.. so he must be sleeping in the room below. Somehow, mokcik tak rasa tertekan sangat buat masa ini. Sekurang2nya ada orang lain di rumah..cuma rasa guilty melihat ibu landlady tidur di ruang tamu ( walaupun memang biasanya dia dan anak2 landlady memang tido kat situ...sejuk kata mereka, dlm bilik panas).
*************
Sebentar tadi terima panggilan dari cik abe. Katanya Aini tak ke sekolah hari ini. Puas dipujuk, dia enggan. Hmnnn...memang agak manja skett anak dara sulung mokcik nie. Hari ahad lepas masa cik abe nak angkat dia ke bilik air dia protes! Mula2 mokcik pujuk2 dia masih membatukan siri. Akhirnya mokcik buat2 merajuk....maka keluarla kata2 berbaur ugutan..."ok kalau aini tak nak gi sekolah takper...petang nanti umi bawa azza jer gi beliii kek Yusuf."
*********
Diam.
**********
Beberapa minit kemudian mokcik pergi ke tempat dia berbaring. Cium dahinya dan ajaknya gi mandi. Alhamdulillah dia mengikut. Cik abe yang baru keluar dari kamar mandi tersenyum kambing melihat Aini mahu pula mengikut kata mokcik.
********
"Nanti petang nanti awak telefon dia suruh gi sekolah. Tak kuasa dah nak pujuk dia."
*********
Kesian cik abe. Ye la dah la pepagi nak berkejar nak ke sekolah dia yang jauh ya amat tu...anak dara ni pulak buat perangai.
*********
Kalau la mokcik ada bersama mereka kan senang...hmnn...nak buat camana...gini la keadaan buat waktu ini. Kena la bersabar banyak2...