
Malam ini, InsyaAllah, rombongan dari pejabat Azwa akan bertolak ke Langkawi. Rombongan Cik Kiah ini bertujuan untuk mengemaskinikan Fail Meja atas meja yang akan di simpan di bawah meja setelah diperiksa oleh unit naziran muahahaha...have any of you actually peruse thru your fail meja?? Rombongan ini disertai oleh semua staff pejabat Azwa disertai dua orang pegawai merangkap pengawas. Initially big boss nak join tapi dek kerana masa trip ini dekat sangat dengan sambutan di ambang merdeka, big boss kena gi join sambutan tu. Azwa pun mulanya tak jadi ikut memandangkan Aman akan menduduki exam UPSR tak lama lagi. However, big boss arahkan pergi kerana di khuatiri jika tiada pengawas maka anak2 buah akan melencong, nanti fail meja ntah ke mana, yang dibawa balik hanya lah pingan mangguk dan coklet2 sahaja...hehehehe
So, nampaknya blog ini pun akan bercuti juga buat beberapa hari sehingga tuan rumah kembali dari Langkawi. Semoga Allah akan melindungi perjalanan kami, mudah2an selamat pergi dan selamat kembali. Doakan keselamatan kami ya...Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 51 semua...jangan lupa kibarkan jalur gemilang anda....
Tak lupa juga Azwa ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua kenkawan..sama-sama kita bersiap siaga untuk mengerjakan ibadah puasa yang akan menjelang ini.

kredit kepada www.islam.com