Monday, August 2, 2010

"KIRIM SALAM KAT CIKGU SYED"

Salam kenkawan.

Hari jumaat lepas, kami ke Taman Warisan. Dua rakan serumah masih berusaha membayar hutang puasa. So, berbuka puasa di sana la jawabnya. Kedua-dua rakan serumah mokcik ni masih bujang, biarlah mokcik gelarkan mereka A dan F. F bercerita, semasa menghadiri satu seminar baru-baru ini dia berpeluang bertemu dengan rakan2 dan pada suatu malam itu, topik perbualan antara mereka adalah kisah nostalgia bagaimana rakan2nya bertemu jodoh masing-masing.   

 Ada diantaranya, melihat wajah bakal isteri daripada 'buku tahunan kolej'..terberkenan, langsung menghubungi si dia dan berkunjung ke rumah berkenalan dengan keluarganya, terusss jadiii.

Kata F, "Saya topang dagu sajork la dengar cerita dorang. Saya takde cerita nak share...huhuhu"

"Tak apa la. Nanti dah kawen esok, hah ada la cerita untuk u share." Pujuk Mokcik.

"Camna puan boleh jumpa dengan husband puan?"

"oo..panjang ceritanya.."

Bila terkenang kisah lalu, mokcik memang akan tersenyum seorang diri...hahaha..Kisahnya begini:-

Lepas tamat belajar, mokcik tidak buat 'chambering' seperti kebiasaan dan kebanyakan law graduates lakukan. Mokcik tidak berminat. Mokcik lebih berminat jadi cikgu. Seperti arwah bapa, seperti mama, seperti abang mokcik, seperti adik-adik mokcik. Makanya, arwah bapa bantu mokcik jadi Guru Sandaran di sekolah berdekatan. Masa itu sekolah tersebut perlukan Guru Bahasa Inggeris dan juga Sejarah.  Itulah sabjek yang mokcik ajarkan. 

Masa mula-mula tiba di sekolah tersebut, mokcik perasan ramai juga guru2 yang masih bujang. Tapi as usual, mokcik takde la ambik hirau sangat pasal hal-hal jodoh ni. Takde langsung terlintas akan bertemu jodoh di sekolah ini. Entah kenapa Pengetua sekolah pulak, bila mesyuarat sahaja, suka bebenor nak kenenkan mokcik dengan anak buahnya hahaha...satu sekolah pun tahu.  Setiap aktiviti, memang Pengetua akan masukkan nama mokcik dalam kumpulan hmnnn...cikgu Z. [Cikgu Z telah melanjutkan pelajaran dan khabarnya kini bertugas di salah sebuah IPTA di utara tanah air]. Bila diusik, mokcik cuma tersenyum, sementelahan Cikgu Z pun tak pernah pulak menunjukkan apa-apa usaha. Hanya Pengetua yang beria-ia hahahaha...

Antara cikgu2 bujang yang ada masa tu termasuklah bakal adik ipar mokcik, cikgu J, cikgu K, cikgu Y dan juga Cikgu Syed...chewwahhh...Semuanya berjalan seperti biasa, tiada yang luar biasa sehingga mokcik mendapat tawaran mengikuti kursus KPLI dan pada masa sama mendapat tawaran sebagai Pegawai Undang-Undang.  Genap 6 bulan bertugas di sekolah tersebut, maka tiba la harinya untuk mokcik melapor diri ke tempat baru.

Seperti kata mokcik awal2 tadi, mokcik tidak berminat hendak menceburi bidang kepeguaman, walaupun itu lah yang mokcik pelajari selama 4 tahun. Mokcik lebih berminat mengikuti KPLI untuk mencapai cita-cita menjadi guru. Nak jadi cerita, hari untuk mengikuti peperiksaan lisan dan bertulis KPLI adalah hari yang sama dengan tarikh untuk mokcik melapor diri di Mahkamah KK.   


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu


Zaman dulu-dulu, mokcik memang tak reti berjalan ke mana-mana bersendirian. Kalau ada urusan, pergi dihantar, balik diambil. Sama juga masa masih mengajar di sekolah, pergi dihantar, balik diambil oleh adik mokcik. Adik mokcik pula, tinggi dan hensem orangnya [hehehe...ssapa lagi nak puji kalau bukan kakak sendirik kan...] Ramai juga la yang menyangka, adik mokcik tu tunang mokcik [puncanya sebab mokcik memakai sebentuk cincin di jari manis mokcik].  Moralnya, pada yang masih bujang, tak payah la pakai cincin, nanti orang tersilap anggap dah berpunya..melepas pulak hahaha...

Masa nak pergi melapor diri pun, adik mokcik inilah yang menghantar dan menunggu hingga selesai segala urusan. Arwah bapa pada masa itu bagi kebebasan sepenuhnya untuk mokcik memilih mana satu hendak dituju. Pagi itu, mokcik memilih untuk menghadiri ujian bertulis KPLI di Maktab Perguruan Gaya. Sekitar pukul 2 petang, adik mokcik memujuk mokcik untuk pergi melapor diri ke Mahkamah. Setelah puas dia memujuk, akhirnya mokcik bersetuju.  Mokcik pergi dengan berbaju kurung moden warna hijau muda, bertudung putih. [ pakaian mokcik ini jadi isu masa melapor diri!]  Pakaian ini memang sesuai untuk seorang guru, tapi nampaknya kurang disukai oleh pegawai atasan di mahkamah. Pada masa itu, sangat kurang kakitangan mahupun pegawai yang bertudung. Maka sesiapa yang bertudung, jadi alien bagi mereka disana. Dahler bertudung, datang pula berbaju kaler, bukan hitam putih sebagaimana pakaian seragam untuk peguam!

Mokcik merasa sangat tidak dialu-alukan masa melapor diri tersebut. Dalam hati menyesal melapor diri ke Mahkamah...mahu saja terbang ke Maktab untuk menyiapkan ujian lisan sebelah petangnya. [ Mokcik dimaklumkan kemudian, pihak Maktab tertunggu2 kedatangan mokcik petang itu untuk ujian lisan...kalau sudah bukan rezeki kan].  Adik mokcik la yang memberikan kata-kata semangat untuk mokcik menerima hakikat...mokcik memang ditakdirkan akan bertugas sebagai Pegawai Undang-undang huhuhuhu...

eh...ni kan patutnya cerita tentang bagaimana mokcik bertemu dengan Cik abe...camno boleh melencong pulak hehehehe..

Hah...mokcik mula-mula bertemu Cik Abe kat sekolah tu lah...tapi dipihak mokcik pada masa itu belum timbul pulak apa2 perasaan terhadap Cik Abe.  Di pihak Cik Abe? Mokcik dapat tahu, Cik Abe masa itu dah memang ada berkenan sikit2 kat mokcik. Tapi segan sebab mokcik jual mahal dan Cik Abe ingatkan mokcik sudah bertunang! [Maklumat ni semua mokcik tahu lepas kahwin...bila mokcik dan Cik Abe bertukar-tukar cerita hahaha]    

OOoo..baru perasan sudah gelap rupanya diluar.  Ada lagi ker orang kat pejabat nie??? Nampaknya kena sambung esoklah pulak...nak pi makan...laparrr...

Jaga diri semua...daaa...  

8 comments:

  1. salam mok cik..amboi..dah pandai nak buat cerita bersiri pulak ni..sempat ke nak menyambung ni..buat kawan2 suspen je..nanti bila kesibukan dah melanda.tinggal terus la jawabnya..

    ReplyDelete
  2. Baru nak khusyuk baca, tergantunglah pulak!

    ReplyDelete
  3. cerita ni macam tak lengkap je.. ngelat je bercerita hehe

    ReplyDelete
  4. Kak erna,

    atas permintaan akak, mokcik gigihkan diri buat cerita bersiri waka waka..

    ReplyDelete
  5. Salwa,

    Sabarrr...mokcik cuma dapat idea menulis di blog pada jam 5.30 petang...sedar2 dah maghrib..hahaha

    ReplyDelete
  6. Zino,

    memang sengaja digantung citer ni...ala..nak ikut stail sapa pengarah yg suka buat citer sedih meleleh2 time raya tu...dah ler sedih, tergantung pulak...hehehehe

    ReplyDelete
  7. baru aje nak ambik feel, tergantung pulak :)

    last weekend pergi rumah rakimi, ambil kucing sebab kucingnya beranak 4 ekor, so dia bagi seekor kat ummi, wifenya tengah pregnant anak no 3, tu yang malas nak jaga kucing...

    ReplyDelete
  8. Ummi,

    hehehe...kalau panjang2 sangat nanti tak larat kenkawan nak baca hahaha..

    oo..alhamdulillah menambah seorang lagi ya. Dorang still dok kat kuarters ker?

    ReplyDelete