Friday, August 13, 2010

PERISTIWA DI BALING

Salam kenkawan.


Adakah puasa anda masih selamat? Mokcik percaya kawan2 semua tergolong dalam golongan yang baik-baik belaka dan tak pandai ponteng puasa hehehe...


Rentetan dari entry terdahulu. Kali ni mokcik nak berkongsi cerita bagaimana mokcik mendapat nama mokcik. Boring agaknya dok baca kisah mokcik...tapi ni blog mokcik, suka hati mokcik la nak citer apa pun hahaha...*sorry tergelak evil pulak dah*


PICC



Anyway, bagi mereka yang berumur seangkatan atau tua   senior daripada mokcik, mungkin masih ingat buku teks untuk pelajar Darjah 6 dolu2. Mokcik tak ingat buku teks untuk Bahasa Malaysia Kefahaman  atau Sejarah. Yang mokcik ingat dalam satu buku teks tu ada cerita bertajuk 'PERISTIWA DI BALING'. Bukan pasal kena baling, tapi ini berkenaan peristiwa perjumpaan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj dengan Chin Peng di Baling, Kedah. Dalam cerita itu, seorang kakak sedang bercerita kepada adiknya mengenai Peristiwa di Baling tersebut. Nak dijadikan cerita, arwah bapa suka sangat dengan nama karektor kakak dalam cerita tersebut, maka bila dicadangkan oleh arwah Guru Besar untuk mokcik diberikan nama yang lebih berbunyi Islamik, arwah bapa pun memilih nama karektor tersebut sebagai nama baru mokcik.  


Tasik Temenggor -Belum Rainforest





Rakan sekolah mokcik yang dah terbiasa memanggil mokcik dengan nama sejak lahir memang susah nak menukar nama panggilan hehehe. Bila mokcik masuk Tingkatan 1 baharulah nama baru itu digunakan sepenuhnya dan rakan-rakan baru kenal mula memanggil mokcik dengan nama itu. Nama lama masih mokcik kekalkan kerana ia memang tercatat dalam surat beranak, kad pengenalan dan sijil2 mokcik.  


Mari belajar memukul gong...





Waka waka...mokcik masih ingat muka confuse seorang pensyarah yang mahu menyoal mokcik dalam kelas. Dia telah memanggil semua nama-nama berunsur keMelayuan dalam senarai tetapi mokcik tetap tak menyahut juga hahaha. Akhirnya dia memanggil nama mokcik, baru mokcik menjawab. Pensyarah itu berkata "I have been meaning to call you looonnggg time ago, but each time i called the name it was not yours!" ...mana taknya nama tu ala ala omputih sedangkan tuannya takde rope omputih langsung waka waka...
Ok kita ke topik lain la pulak...mari kita berkongsi cerita bagaimana anda semua mendapat atau memilih nickname anda di alam siber ini?  Tentu ada macam2 cerita menarik bukan?


Putik Bunga Rafflesia - Belum Rainforest





Bagi mokcik, nama AZWA dipilih sebab bagi mokcik hidup kita ada mula dan akhirnya macam alpabet A,B, C...permulaannya A, pengakhirannya Z. WA pula merujuk kepada diri sendiri atau saya dalam loghat Cina. jadilah AZWA.  Sejak dua menjak [terasa diri dah tua pulak hehehe], bila ke kedai, kita tak dipanggil 'kakak' tapi kini dipanggil 'makcik'...ayoooo....maka mokcik pun tambah nickname jadi MOKCIK AZWA...hehehe

sekadar gambar hiasan saja. Jambatan dekat PICC, apa nama ntah hehehe
Sila kongsi cerita anda pulak....

Nota kaki:-  Gambar-gambar sekadar hiasan semata-mata dan tiada kaitan dengan cerita ini

21 comments:

  1. jadi nama kak azwa yg sebenar apa..jd curious lak saya nak tahu...dah la katanya nama seakan omputih...apa agaknya ya...maklumlah..saya x de buku teks yg ada citer 'peristiwa di baling' tu

    ReplyDelete
  2. Luna,

    Nama sebenar *toooot*...hehehe tak bleh disiarkan disini heheh. Nick akak di FB sebahagian daripada nama lama tu. Cuba tanya salwa..

    Luna generasi muda lagi..buku teks tu rasanya takde dah digunakan zaman luna di sekolh kut

    ReplyDelete
  3. menarik citernya..mmmm..

    saya ingat azwa tu nama salah seorang anak akak..or sebahagian nama akak....kreatif.

    ReplyDelete
  4. bukanmokcik.. sebenarnya nak bagi nama AZ je kat mokcik, tapi sebab k=mokcikkecik2 selalunangis waaaa..waaaa..jadi dia bagi la nama azwa. hahahahhaa.... sorry.. gurau2 ramadhan.. eh, eh,,picc obek selalu pi sana lah.

    ReplyDelete
  5. Ijah,

    Memang suka nama tu..tapi tak dapat sebab nama anak kuasa veto dgn cik abe...huhuhu

    ReplyDelete
  6. azwa..kalau akak..nama yang diguna kat blog..nama masa sekolah dulu..akak ada 5 kawan rapat..masing2 ada namanya..akak di bagi nama erna..

    ReplyDelete
  7. mmg sedap nama azwa tu :)

    mike tyson kat sini, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/08/puasa-1-mendapat-hidayah.html

    ReplyDelete
  8. KaK Erna,

    Cantik nama tu..nama masa muda2 melekat sampai kini kan..

    ReplyDelete
  9. Maksu..

    nama mana satu tu, azwa bukan nama sebenar ker? hehehe

    ok..thanks...akan ku baca kisah itu.

    ReplyDelete
  10. azwa

    nama zareda tu tetiba po up masa nak buka blog tahun 2003.. hehehe. bagus juga topik ni...

    ReplyDelete
  11. fuyohh.. name mokcik sebenarnya elizabeth bahh?

    ReplyDelete
  12. Kak azwa...

    nak test komen dulu....yg entry lepas nak komen2 tak masuk2....

    ReplyDelete
  13. Kak azwa...

    Sebenarnya masa google nama akak dulu dah tertanya2 kenapa ada nama yg @ tu...mula2 saya syak kak azwa convert..pastu tengok nama ayah takde pulak abdullah, tengok dlm Fb nama adik beradik akak pun semua islamic jer,...so dalam hati tertanya2 jerlah...bila tengok FB nama akak tu saya taulah mana datang panggilan tu, sebab w.pun macam panggilan utk lelaki tp panggilan tu nama awal sebenar..so saya andaikan akak tukar nama kemudian cuma dari segi convert @ tidak tu saya tertanya2, sampai saya buat andaian mungkin akak sekeluarga masuk islam serentak...punyalah memikirkan isu nama akak nih (dah kata IO kan) ....bila baca entry sebelum ni barulah tau....


    Apapun syukur sangat bila tau cerita sebenar..memang keluarga akak terpilih oleh Allah lah..walaupun hidup dalam suasana kanak2 macam tu dulu, tapi masih terpelihara samai sekarang....dan alhamdulillah dapat pulak berjodoh dengan suami sekarang...kira selamat dalam peliharaan Allah s.w.t....banyak pengajaran ceriat akak ni...

    ReplyDelete
  14. lepas ni tukar nenek azwa pulak hehe

    ReplyDelete
  15. Hi MokCik, ha ha, sekarang saya da tau. Love the gambars you have here.
    I guess you just buka puasa? You have a pleasant day, keep well, Lee.

    ReplyDelete
  16. Zar,

    Dan walaupun dah tahu nama sebenar tetap melekat panggil nick name kan...hehe

    eh tapi setakat ni hanya kak erna ngan zar jer jawab camna dapat nick tu huhuhu

    ReplyDelete
  17. en_me,

    betoi tu elizabeth tu jeng jeng jeng ..bukan nama sebenar mokcik kuang kuang kuang...hahaha

    tak betoi tak dapat hadiah, betoi pun tak dapat hadiah gak...

    ReplyDelete
  18. Salwa,

    hehehe sebab tu sonang citer kita suh depa tanya salwa sajork. IO la katakan...sokojap sajork semua maklumat dah diketahui kan..

    ReplyDelete
  19. Zino,

    hehehe...tak tahu la masa tu larat lagi tak nak berblog hahaha

    ReplyDelete
  20. Lee,

    Glad you like the gambar..hehe..so is how did you chose your nickname, or is Lee your real name :)?

    ReplyDelete