Tuesday, August 17, 2010

KELAHIRAN YANG BERMAKNA

Salam semua.

Pagi tadi menerima sms ini:

"Alhamdulillah Muhammad Izz Khalif selamat dilahirkan pada pukul 9.19 pagi."

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.




Anak buah mokcik ni sudah lama menunggu kelahiran anak sulungnya. Kelahiran yang memang ditunggu2. Sementelahan pula agak lewat bertemu jodoh dan isteri pula semasa mengandung menghadapi berbagai cabaran.

Mokcik masih ingat, satu hari itu, anak buah mokcik minta cuti menemankan isterinya yang masuk wad kerana BP naik. Esoknya, isterinya dibenarkan keluar. Tiba-tiba pagi keesokannyaa anak buah mokcik telefon mengatakan dia masuk wad.

"eh, bukan baru keluar semalam?"

"Tu isteri saya puan, hari ni saya pulak masuk wad.."

"Laaa..apasal?"

"Bp naik.."

alahai...



"Kata doktor, stress kot sebab tak sabar nak tunggu baby keluar hehehe"

"Ha..take care. kalau you sakit sapa plak nak jaga isteri you.."




Memang kelahiran yang berharga kan...bila isteri asyik keluar masuk hospital semasa mengandung. Syukur sudah selamat bersalin secara pembedahan pagi tadi.



Petang tadi pula dapat sms dari abang mokcik.

"Mama jojo cakap bapa Diana dapat anak lelaki.."

Wah...sekali lagi syukur alhamdulillah. Adik lelaki mokcik sudah ada 6 orang anak dara! Mula2 dia sudah bercadang untuk 'tutup kedai'. Tapi kami menggalakkan mereka 'mencuba lagi' memandangkan umur adik ipar mokcik pun masih muda lagi. Kali terakhir kami berkumpul setakat ini iaitu masa hari kenduri kahwin adik bongsu mokcik tempohari, adik mokcik dengan gumbira mengumumkan kemungkinan mereka akan dapat anak lelaki.

"Tapi kalau dapat anak perempuan pun kami akan tutup kedai" katanya.

Alhamdulillah kini hasratnya mendapat anak lelaki tercapai.

Kami sedang menunggu2 siapakah nama akan diberikan. Adik beradik telah berpakat nama anak2 semuanya bermula dengan huruf "S" hehehe....ntah mana dorang dapat idea tu. Bagi pihak mokcik takde masalah sebab memang anak2 akan bermula dengan Syed atau Sharifah...hehehe




Tahniah kepada keduanya, semoga besar nanti anak2 itu akan menjadi anak yang soleh..aminnn

10 comments:

  1. azwa..tahniah pada yang dapat baby..asek cerita orang aje ni..diri sendiri bila lagi..he he..
    akak masa pregnant..mesti masuk wad.tiga2 macam tu..

    ReplyDelete
  2. owch kak...hahaha mokcik pun nak tutup kedai dah.. 6 orang dah tu. Alhamdulillah masa pregnant mokcik langsung takde apa masalah kesihatan. bila tak peknen yang mula la segala penyakit mendatang huhuhu..

    ReplyDelete
  3. wahh keturunan rasulullah nih.. hebatnyerr

    ReplyDelete
  4. azwa
    ucap tahniah kepada kedua duanya... rezeki di bulan ramadhan..

    ReplyDelete
  5. Hello Mokcik, looks like you going to be pretty busy....you just stay easy....
    and congrats to the families.
    You keep well, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  6. Zar,

    Ya rezeki di bulan Ramadan..
    Teringat dulu anak ke-3 n ke-5...
    bersalin di bulan puasa
    aduh..nak bayar puasa sebulan, seksa hehehe

    ReplyDelete
  7. Hi Lee,

    yeah pretty busy
    but still manageable
    Happy to see both families are happy the new bundle of joy.

    Good nite Lee. Sweet dreams too :)

    ReplyDelete
  8. Hi Mokcik, bila pulak you nak have your turn....I mean have another baby. Good year too, as tahun harimau.
    Semalam saya just about to klik off nak tidur saw you at my Immigration checkpoint.....really nice of you datang pondok saya.....and I love your lively sense of humour.

    Old days ahemmm, I dated more Malay ladies than others as love their humour.....I mean apart from ha ha, dia pakai sarong kebaya and pandai masak ikan asam, mee soto ayam, etc.

    Anyway, apa you masak buka puasa?
    Ikan terubok bakar with sambal belachan, and chinchaloke.
    Jaga jangan buka botol dia meletup! Habis cherita tu, haha.
    You have a nice day, stay young....Lee.

    ReplyDelete
  9. Ayoyo Lee...sudah tutup kedai already lorr...hahaha. Six is enough. Now concentrating on raising and giving proper education for them.

    Hahah...i dont know how to cook ikan asam, but have learn how to cook mee soto ayam last year hahah. very easy, hubby just buy the ready made perencah for soto. Put everything in the periuk, and it will be ready in a zippy heheh

    am not a fan of ikan terubok sebab banyak tulang, but i sure loveee cencalok hahaha...ayoo...now i think am craving for cincalok oredi for buka puasa this evening hahaha

    thanks for dropping by Lee.

    ReplyDelete