Showing posts with label kisah baby. Show all posts
Showing posts with label kisah baby. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

KELAHIRAN YANG BERMAKNA

Salam semua.

Pagi tadi menerima sms ini:

"Alhamdulillah Muhammad Izz Khalif selamat dilahirkan pada pukul 9.19 pagi."

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.




Anak buah mokcik ni sudah lama menunggu kelahiran anak sulungnya. Kelahiran yang memang ditunggu2. Sementelahan pula agak lewat bertemu jodoh dan isteri pula semasa mengandung menghadapi berbagai cabaran.

Mokcik masih ingat, satu hari itu, anak buah mokcik minta cuti menemankan isterinya yang masuk wad kerana BP naik. Esoknya, isterinya dibenarkan keluar. Tiba-tiba pagi keesokannyaa anak buah mokcik telefon mengatakan dia masuk wad.

"eh, bukan baru keluar semalam?"

"Tu isteri saya puan, hari ni saya pulak masuk wad.."

"Laaa..apasal?"

"Bp naik.."

alahai...



"Kata doktor, stress kot sebab tak sabar nak tunggu baby keluar hehehe"

"Ha..take care. kalau you sakit sapa plak nak jaga isteri you.."




Memang kelahiran yang berharga kan...bila isteri asyik keluar masuk hospital semasa mengandung. Syukur sudah selamat bersalin secara pembedahan pagi tadi.



Petang tadi pula dapat sms dari abang mokcik.

"Mama jojo cakap bapa Diana dapat anak lelaki.."

Wah...sekali lagi syukur alhamdulillah. Adik lelaki mokcik sudah ada 6 orang anak dara! Mula2 dia sudah bercadang untuk 'tutup kedai'. Tapi kami menggalakkan mereka 'mencuba lagi' memandangkan umur adik ipar mokcik pun masih muda lagi. Kali terakhir kami berkumpul setakat ini iaitu masa hari kenduri kahwin adik bongsu mokcik tempohari, adik mokcik dengan gumbira mengumumkan kemungkinan mereka akan dapat anak lelaki.

"Tapi kalau dapat anak perempuan pun kami akan tutup kedai" katanya.

Alhamdulillah kini hasratnya mendapat anak lelaki tercapai.

Kami sedang menunggu2 siapakah nama akan diberikan. Adik beradik telah berpakat nama anak2 semuanya bermula dengan huruf "S" hehehe....ntah mana dorang dapat idea tu. Bagi pihak mokcik takde masalah sebab memang anak2 akan bermula dengan Syed atau Sharifah...hehehe




Tahniah kepada keduanya, semoga besar nanti anak2 itu akan menjadi anak yang soleh..aminnn

Monday, December 3, 2007