Thursday, August 9, 2012

MOKCIK TAKING A LONG BREAK...

DEAR ALL,

STARTING FROM 2.30 PM TODAY, MOKCIK WILL BE TAKING A LONG BREAK FROM WORK. HOWEVER, I WILL BE BACK AS SOON AS I CAN IN THE BLOGGERS' WORLD AND TRY TO UPDATE FROM TIME TO TIME, IF TIME PERMITS.

TO ALL MY MUSLIM FRIENDS, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

DOAKAN AGAR SEGALA URUSAN MOKCIK DIPERMUDAHKAN, INSYAALLAH BERTEMU KEMBALI SETELAH SEGALA URUSAN SELESAI.

TILL THEN, TAKE CARE ALL AND REMEMBER THAT I LOVE YOU ALL... 

Monday, August 6, 2012

MOKCIK KE SANA KE MARI LAGI

Dear friends,

Last week was a hectic week for mokcik again. After coming back from KK, Mokcik have a another case in POJ.

POJ courtesy of izlanruslanphotography.com.

While waiting for the case to start, i noticed an old friend of mine. Tapi tak sempat nak menegur coz she's busy talking with he colleagues.. so i just sat and read my files.

Tak lama kemudian, she came to me and said.."haiiii...i saw your name but i have to come nearer to make sure it is you. Why look so young?? And you lost weight too..look at your face... why look so young aaa?"

hahahaha..memang dia pandai ambil hati ini kawan lama kan. we were classmate more than 20 years ago. We read our law together in UM. Memang seronok jumpa kawan lama sesekali dalam mahkamah. Coz that will be our chance to catch up with each other. Unfortunately jumpa masa bulan puasa, kalau tidak mesti boleh pergi makan2 together heheehehe..

on friday pulak, ada mesyuarat dengan big boss. It's about some new development which will affect us in the near future...there will be changes. That's why he wanted us to be prepared to it...

Saturday... cik abe bawa the whole family  shopping for raya.  Mokcik berdasarkan pengalaman dua tahun lalu dah serik ke jualan mega Metrojaya di PICC tu..but my hubby nak pergi pulak. So, turutkan dia. Jualan bermula jam 11 pagi tapi Ya Allah memang ramai manusia membanjirinya sehingga teramat sesak dalam tu. Cik abe la kena beratur membayar sebab kebanyakan yang dibelinya adalah barang cik abe..kami semua keluar ikut pintu exit secepat mungkin dan duduk melepak kat luar dewan menunggu cik abe.  Mujur tak la lama sangat menunggu..

Petang dah penat, tak larat nak ke mana-mana. Melepek kesemuanya depan tv. Lepas solat asar baru menjenguk dapur, tapi yang bestnya cik abe dah start memasak sup tulangnya. Katanya dah jerang sejak dua jam yang lepas tapi daging masih liat lagik. Tiba2 teringat petua yang diberi biras Mokcik. Minta cik abe masukkan sebiji kurma ke dalam sup yang sedang mengelegak itu. Alhamdulillah, memang sekejap saja daging dah menjadi lembut dan sedap di makan.

Sunday..sambung sessi shopping.. kena perabiskan shopping minggu ni juga atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan  *wink* hehehehe...biarlah rahsia dulu.... Kami menuju ke warta seawal jam 9.30 pagi...pusing2 dari aras bawah sampai ke atas ...selesai membeli segala barang keperluan anak2 dan cik abe. Mokcik sehelai baju raya pun tak sentuh dan tak beli.. pakai jer la mana2 baju yang sesuai nanti ehehehe...

Malamnya, bawa anak dara dua orang ke PKNS BBB..dapatlah dua helai baju raya untuk anak2 dara. Sambil shopping tu, telinga dok dipasang sebab pihak PKNS BBB pasang tv berhampiran escalator bagi pengunjung, terutama yang lelakinya menonton perlawanan akhir antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan... TAHNIAH Lee Chong Wei..walaupun kalah tetapi kalah dengan bergaya..semoga akan berjaya di masa hadapan menewaskan Lin Dan...

Hari ini, berusaha menyelesaikan tugasan2 sebelum akan bercuti panjang mulai minggu depan...

Have a  nice day all.... daaaa...