Showing posts with label MOKCIK SITU SANA SINI. Show all posts
Showing posts with label MOKCIK SITU SANA SINI. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

BIARKAN GAMBAR BERCERITA..


Salam dan selamat sejahtera kenkawan.

Pagi ini berkesempatan menjenguk blog. Namun cuma sempat memuat naik gambar2 ini sahaja. Nanti bila ada masa senggang Azwa akan update blog ini..




Muaz, masa baru lahir 18 bulan yang lalu






Muaz beberapa hari selepas menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama


Sebelum ini Azwa pasang baby carseatnya di depan sebelah pemandu.. pagi- pagi masa nak ke taska, kadang2 ambil gambar dia..


kadang-kadang ada kawan2 tumpang kereta. Agak leceh nak mengalihkan dan memasang semula  car seat ini..akhirnya Azwa cuba pasang di tempat duduk belakang sebelah kiri. Nampaknya, Muaz tak banyak karenah, elok jer dia duduk dalam car seat tu. Sekali sekala bila Azwa menoleh kearahnya, dia memberikan senyuman manisnya hehehe 


Hari sabtu dua minggu lepas, 15 Februari 2014. Kawan sekelas masa di kampus dulu mengadakan majlis Reunion kecil2an...sebelum itu pada 14 Januari 2014 Reunion besar2an kami telah adakan di Kelang. Kali ini, mungkin kerana masih dalam suasana CNY, tak ramai yang datang. Kami cuma 12 orang sahaja. Namun, sangat meriah dan puas bersembang dari jam 1 hingga 5 petang. Makanan yang disajikan juga memang tersangat istimewa dan sedapppppppp sangat sangat...

Lihatlah udang ni...

Nasi minyak beras panjang yang teramat sedap. Kari kepala ikan yang istimewa, gulai kambing dan acar..udang itu nak makan dua tiga ekor pun boleh... namun Azwa cuma berani makan dua ekor jer. Tu pun kongsi dengan anak2..takut BP naik hehehe


Ini pula kari atau gulai ketam..sedap sedap
Air yang dihidangkan air nanas. Dan selain buah2an, dihidangkan juga ais krim sorbet ini dalam kulit buah..yang ini perisa nanas dalam kulit nanas


Yang ini ais krim kelapa dalam tempurung kelapa

Terima kasih pada rakan kami itu. Lain kali belanja kami makan lagi ya...hehehhe

Oh ya. Venue makan2 ini ialah di Restoran Tom Yam Kung di Presint Diplomatik (15) Putrajaya. Bersetentang dengan Restoran Darus Salam, dekat area MYDIN Putrajaya.


Untuk pengetahuan bersama...semoga memberi manfaat kepada kawan2



Walau macammana pun elok belajar dengan guru yang boleh dipercayai

Dah kenyang..sedap nak tidur hehehe

Ok kenkawan..itu ajerlah update terkini dari Azwa. Semoga kita berjumpa lagi...jaga diri dan tingkatkan iman kita (macam Ustaz kat radio la pulak hehehe)

Friday, February 14, 2014

MISI MENCARI JELI KELAPA



Salam dan selamat sejahtera kenkawan...

cuaca panas panas nie teringin pulak nak makan Jeli Kelapa..

1 paket agar-agar serbuk 10 gm
2.6 liter air kelapa
gula ikut sedap rasa
daun pandan buat menambah keharuman jeli

Cara membikinnya:

Masak air, gula dengan agar2 hingga mendidih. Masukkan isi kelapa yang diparut dalam bekas. Tuangkan campuran agar2, air kelapa dan gula tadi. Sejukkan..simpan dalam peti sejuk..enak dimakan sejuk2..slurrppp

opss..jgn lupa baca Bismillah dahulu ya..


gambar jeli kelapa ehsan dari blog rumahkusyurgaku08.blogspot.com

Tuesday, February 11, 2014

SKEMA KATA MEREKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kenkawan..(ada lagi ker kawan datang melawat pondok yang jarang2 kena update ini hehehe)

Tu dia..skema sangatlah tajuk entry hari ini kan kan kan..

Agaknya sama dengan penampilan Mokcik sejak bertukar pejabat juga agaknya. *wink*. Baru2 ini Mokcik bertemu dengan bekas anak buah semasa di pejabat lama dan komen mereka..

"Lawa tudung puan..." [ dengan nada sinis disitu hehehe]
"Skema betul la pakaian puan sekarang" 

"Sapa tu?"
"Itukan puan Mokcik Azwa.."
"Hampir tak kenal.."
"Maklumlah..sekarangkan dia Tim...toot..toot..toot.."

"Puan saya risaulah.."
"Kenapa"
"Tak apa ker kami ni tak pakai tudung Jabatan?"
"Selagi bos tak tegur ok kot.. tapi kalau ke Bangunan baru lebih elok pakai..*wink*"

Hah..itulah dia..sejak berpindah Bahagian, bertukar boss, penampilan setiap hari isnin memang kena skema..kena ikut arahan boss. Pakai tudung Jabatan, walaupun, Mokcik tak reti nak melilit bagai dah tudung sutera yang licin nie. Mujur ada inner magic yang memudahkan pemakaian tudung Jabatan hehehe..*sempat tolong promote untuk Irfa..*


Dah lama tak tepek gambar Muaz..dah makin besar anak Umi ni


Di Bahagian asal dulu, bossnya tak strict dan tak kesah langsung kalau kami ni pakai tudung Jabatan atau tidak. Dia sendiri gelak tengok Mokcik memakai tudung Jabatan setiap isnin. Bagi pegawai lelaki mudah sikit..cuma kena pakai tie Jabatan jer. 

Walaubagaimanapun, am not against pakai tudung Jabatan nie pun. Tapi kalau boleh pihak Kelab Jabatan prihatin la sikit. Bila keluarkan tudung tu ambil kira keperluan dan kemudahan ahli2nya...tudung tu dah la dari jenis kain licin, kecik pulak tu. Some of them yang kreatif sikit, bawa ke tailor dan minta jahitkan awning..senang nak pakai. tapi still pendek dan kalau ikut standard Cik abe "Masih tak menepati syariat" gitu. 


Ini pula gambar Hadi beri makan Rusa ker seladang ni kat Taman Buaya Tuaran Sabah

Bagi Mokcik, yang kaler coklat jer Mokcik selalu pakai sebab yang itu yang paling mudah nak pakai dan selesa serta ukurannya agak besar dan boleh diadjustkan.

Sebab tu bekas anak buah kata penampilan mokcik sekarang dah skema..hahahaha..dolu2, mana pernah pakai tudung Jabatan ni. Malah nak ngelat pakai batik setiap khamis pun masing2 mengaku ada kes pada hari tersebut [ kalau ada kes kena pakai black and white kan kan kan]..La nie..setiap kali ada mesyuarat, terutama melibatkan boss, Mokcik selesa berbaju batik hehehe..

apapun..yang penting kerja tetap jalan dan aurat tetap terjaga..jangan datang kerja tak berpakaian, sudah. Hah yang itu memang sah2 kena hantar ke Hospital Bahagia :)


Penampilan Yours Truly terkini yang dikatakan sangatlah skema oleh bekas anak buah Mokcik :)
p/s..boleh juga digunakan untuk iklan hasil pemakaian inner magic hehehe 
   
Oklah semua..have a nice day kenkawan..nak sambung kerja pulak dah ...

Friday, September 20, 2013

A PENNY FOR YOUR THOUGHT?




This posting is prompted by an entry i read in Happy Irfa's blog recently...




Quotation dicilok dari fb rakan..kredit kepada tuanpunya..


So, Apa pendapat korang?


Selamat berhujung minggu semua..

Wednesday, September 18, 2013

DIKETEPIKAN, DIKUTIP DAN DIKEMBALIKAN






Salam dan Selamat pagi semua kenkawan..


Pheww..musim2 yang agak sibuk sudah berlalu. Namun masih ada yang menunggu di hadapan. Sedang berusaha menyelesaikan secara damai satu kes tu...kalau tak berjaya, nampak gayanya sepanjang minggu depan dan dua minggu bulan Oktober ini akan menjadi minggu yang agak sibuk dan out of the office sepanjang minggu bagi Mokcik.

Tajuk corat coret Mokcik hari ini ada kaitan dengan kerja..secara ringkasnya, sebelum ini Mokcik ada berkerjasama dengan seseorang menyiapkan tugasan. Mokcik akui pada masa itu memang tidak dapat memberikan komitmen yang penuh kerana, it just so happened pada masa itulah baby Muaz menghidap demam campak. Seminggu jugalah tak boleh dihantar ke taska. Makanya, Mokcik terpaksa dengan berat hati terpaksa bercuti walaupun pada masa itu jugalah kumpulan Mokcik kena memfailkan hujahan untuk tugasan kami. Mokcik cuma dapat menyumbangkan idea dengan mengedit mana yang patut terhadap hujahan yang disediakan seorang ahli kumpulan lagi. Masa untuk memfailkan hujahan masih ada, namun ketua kumpulan bertegas mahu memfailkannya lebih awal. Apabila mokcik masuk kerja semula, Mokcik perasan pada setiap hujahan yang difailkan akan ditandatangani oleh ahli kumpulan, melainkan pada hujahan yang kumpulan Mokcik kena failkan. Ianya hanya ditandatangani oleh Ketua dan kawan yang seorang lagi itu. Tapi, Mokcik pun tak berkecil hati, jujurnya sebab Mokcik pun sedar diri, tak menyumbang banyak pun.

Semasa mengendalikan tugasan itu tempohari, pada mulanya Mokcik yang diberi kepercayaan mengendalikannya. Namun, saat akhir ketua kumpulan sendiri menawarkan diri untuk mengendalikannya. Lagilah kami seronok kan..lagipun, Mokcik sendiri merasakan, belum cukup ilmu didada untuk mengendalikan tugasan besar seperti itu.

Pada minggu lepas, Ketua kumpulan ada mengutus emel kepada boss dan meminta kebenaran boss untuk dua orang pegawai yang telah dinamakannya termasuk kawan Mokcik untuk membantunya mengendalikan tugasan itu diperingkat rayuan.   Mokcik faham dengan keputusan ketua mengapa dia ketepikan Mokcik dari tugasan tersebut. Mokcik dengan kesibukan itu ini memang agak sukar untuk memberikan komitmen penuh dan bersyukur sebenarnya bila dia tidak memilih Mokcik.

Nak dijadikan cerita, selepas menerima emel dari ketua tersebut, Mokcik pergi berjumpa dengan boss, mengenai perkara lain. Tiba-tiba boss bertanya..

**************************************************************************************************
" Which case you handle during the Election Petition?"

"For...*tooot* tuan, with..*ttooooottt*."

"I think, for the appeal, you might have to handle one."

Mokcik pun membulatkan mata sambil memandang boss Mokcik.

"Tuan, i dont think i have enough ilmu yet to handle one.." *sambil teringat emel yang baru diterima dari ketua kumpulan Mokcik*

"What?!!!..dont say that. In the near future, all of you will have to handle all these cases you know.." 

"No problem tuan, if you trust me, i will try my best.. i can learn.."

Dan pagi ini, Mokcik menyemak emel dan guess what? Boss menjawab emel Ketua kumpulan dan arahannya..

"*ttooottt*...sila kendalikan kes ini bersama-sama ...*toot*, Mokcik Azwa dan *toot*. Sila berbincang dengan saya berkenaan hujahan."

Mokcik tak tahu nak menangis atau nak ketawa..but i laughed...hahaha.. 

Maybe, i should go and see boss. Ask him to transfer me to another group to do another case. Mokcik rasa mesti ketua kumpulan tengah bengang bila dapat arahan tu...lalalala

********************************************************************************************


Apapun.. pagi ini memulakan hari dengan menikmati sarapan nasi goreng kosong dengan telur goreng mata kerbau yang sempat dimasak sendiri pagi tadi. Bubuh sedikit lauk ayam masak merah yang dibekalkan MIL sewaktu balik kampung hujung minggu lepas. Dan seketul ayam masak gulai, left over lauk semalam yang dipanaskan pagi ini. Kuah gulai yang dibekalkan SIL, cuma Mokcik menambahkan ayam sahaja semalam.  Dah jimatkan RM5..kalau makan di kantin, begitu lah harganya. Untuk info, Mokcik pencen makan makanan dari kantin pejabat selepas mendapat cerita daripada salah seorang pegawai yang terjumpa baby cockroach dalam mee goreng yang dibeli daripada kantin..euwwww...and to think that all the while, Mokcik sering menikmati mee goreng yang agak sedap jugak masakannya itu huhuhu.. 


Breakfast dulu, baru memulakan kerja.. barulah kerja ada umph bila perut happy... hehehe

Hujung minggu lepas, kami balik KT. I was expecting that the house will be in a mess since hubby have asked a tukang to come and do some renovation. Surprisingly, the tukang and his team must have clean up whatever mess they have made during the renovation, coz the house was clean. Legaaaa...! So, Mokcik only have to sweep the floor and rearrange some furniture only la..So, taklah segan sangat kalau ada tamu tergempar datang bertandang hehehe.. kadang2 kalau ada kawan2 cik abe yang kebetulan berkunjung ke KT, even when we were not there, cik abe akan tawarkan dorang stay kat rumah. Buat renovation sikit tu kononnya ada plan nak jadikan rumah tu jadi homestay. Nak disewakan, sayang pulak. Dan mana pulak nak letak barang2 kat rumah tu kan. Sekurang2nya kalau dijadikan homestay, bila2 masa nak balik tak jadi masalah.
Cik abe suka sangat letak kerusi rotan ni kat luar rumah, kat beranda..tapi takkan nak diletak diluar masa ketiadaan kami, last2 Mokcik susun kat dekat pintu masuk, senang dia nak angkut keluar masuk hehehe

Sapu dan susun sikit2, cuma habuk kat celah tangga tu jer la tak sempat Mokcik nak merajinkan diri mengelapnya hehe


Budak nie merajuk sebab umminya dok sibuk berkemas, dia tak kena layan..hehehe



Muaz baby lagi, belum boleh keluar main kat luar. Muaz cuma boleh tengok dari dalam melalui pintu grill sajorkk..

Muaz tengok apa tu??
OOO... Muaz teruja tengok sprinkler yang abahnya pasang kat luar tu. Sprinkler dipasang untuk memudahkan anak saudara cik abe membantu menyiram pokok2 kat taman depan rumah...cuma pasang sprinkler and let it do the job..



Over the weekend, mokcik dan anak-anak dara Mokcik mencuba memasak sherperd pie. Kononnya teruja nak mencuba memasak sendiri selepas merasa sherperd pie dihidangkan rakan setugas semasa open housenya tempohari. Isterinya kata..mudah saja memasak pie nie. Google jer resepinya, katanya.

Mokcik pun google resepi sherperd pie and choose the simplest and easiest, no fussy methods hahaha..

hasilnya, alhamdulillah..licin.. cuma ini sengaja Mokcik simpan untuk anak bujang yang dok ralit menghadap laptop kat bilik sampai tak sedar orang dok panggil untuk makan pie sebelum habis dikerjakan adik2 dan sepupunya.

Lesson learned..kurangkan butter semasa menggoreng bawang besar, sayur2 cuma guna carrot dan cendawan butang. Kacang peas dan jagung  telah direject dari resepi oleh cik abe dan anak-anak. Cheese pulak, cukup bila dah melt jer, terus angkat, tak perlu tunggu sampai jadi brown hehehe..almaklumla saya budak baru belajar masak.. belajar thru trial and error..

Last but not least...sebagai peringatan diri...

 

Semoga kita mati dalam Husnul Khatimah, insyaAllah...


Have a great day ahead dear all....

Friday, September 13, 2013

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 50

Salam dan selamat sejahtera semua kenkawan,

Baru sahaja merayakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2013 tempohari, kini pejam celik dah masuk hari ketigabelas dalam bulan September 2013. Pada hari ahad, 16 September 2013 Malaysia akan merayakan hari pergabungan negeri-negeri dari Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Tanah Air kita yang tercinta ini.
Jalur Gemilang


Mengikut Arkib, persetujuan untuk membentuk Malaysia pada mulanya ditetapkan pada 31 Ogos 1963. Walaubagaimanapun,  laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.  Akhirnya upacara pengisytiharan penubuhan Negara Malaysia telah dibuat di Stadium Merdeka pada 16 September 2013.

Bendera negeri Sabah




Bendera Negeri Sarawak


Selamat Hari Malaysia yang ke 50 semua..semoga negara Malaysia kita tetap aman damai dan sentosa serta sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya... Pada yang rajin tu, silalah datang menyaksikan pertandingan Bunga api di Putrajaya. 

Pada hari kemerdekaan tempohari, kami sekeluarga kononnya nak menyaksikan dari jauh sahaja. Cik abe kata, kita tengok dari Jambatan jer...hahaha..imagine our shock when we reached there, there were hundreds of cars on the bridge and along the road heading to Kuala Lumpur and to PICC..apparently, everybody also have the same idea as my husband did hahaha...seronok jugalah bersesak2 atas jambatan menyaksikan bunga api tersebut..

Selamat berhujung minggu semua...

Wednesday, September 4, 2013

SYAWAL SUDAH HAMPIR MELABUHKAN TIRAINYA..

Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan..

Pejam celik pejam celik, Syawal pun sudah hampir ke penghujungnya. Puasa sunat Syawal dah selesai ker semua?? hehehe Azwa masih berusaha melunaskan...seperti biasanya di penghujung Syawal ini, jamuan makan sempena Aidil Fitri rancak diadakan..itu yang kadang2 tergugat iman tu..cadang nak puasa, tapi..hmnnn tarikan jamuan yang dihidangkan lagi kuat.. Oleh itu sejak semalam, azwa memang menguatkan hati untuk meneruskan berpuasa hehehe..terpaksalah menolak beberapa jemputan ..jangan marah kawan2 yang menjemput tu ya..


Jumaat, 30.8.2013  -  18 tahun lalu, pada 30.8.1995 adalah hari kelahiran anak sulung Azwa, Syed Md Yusuf Putra. Syukur alhamdulillah.. sayangnya, Usop tak dapat balik untuk meraikan bersama-sama hari tersebut kerana perlu bersedia untuk menghadapi exam..Tak mengapalah Usop, nanti bila Usop balik, kita raikan bersama-sama sekeluarga ya. Apa yang penting, Usop belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..insyaAllah.. Umi doakan agar  Allah SWT sentiasa melindungi, memberkati dan merahmati kehidupan Usop, mudah2an akan menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada perintah Allah SWT dan RasulNya, berbakti kepada kedua orang tua dan adik beradik, berguna kepada agama dan negara, insyaAllah... amin amin amin 



My no. 1 and no. 2


Sabtu , 31.8.2013 - mendapat lima jemputan jamuan hari raya dan juga kenduri doa selamat. Yang menariknya, rakan-rakan kami itu telah menyusun masa agar kami semua dapat hadir ke majlis mereka. Bermula, jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari, kami mengunjungi rumah A di Kota Warisan. Ini jemputan sempena hari kelahiran anak sulungnya dan juga jamuan raya. Cempedak goreng isterinya memang yummyyy...

gambar hiasan - Muaz


 Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah rakan B di Kajang. Dia mengadakan kenduri doa selamat. Dia dan suami bertuah mendapat jemputan menjadi tetamu Allah tahun ini. Kedua-duanya masih muda..mudah2an giliran kita akan tiba tak lama lagi, insyaAllah. Menu yang dihidangkan katerer pilihannya bertemakan makanan kampung..memang sedapppp..



gambar hiasan - menu berbuka puasa semasa mengendalikan kes di Sabah.. ini di Le Meridien Kota Kinabalu  

Seterusnya, jemputan minum petang dengan menu istimewa laksa Sarawak dan kek lapis Sarawak dari rakan C. Dekat saja di Putrajaya. Tertarik dengan hiasan dalaman rumahnya yang dibuatnya sendiri. Rajin sungguh..dalam kesibukan kerja, masih sempat dia menghias dan bercucuk tanam kat luar rumahnya..kagum Mokcik. When will i have the same energy..huhuhu..

Seterusnya, giliran jemputan rakan cik abe kat Desa Pinggiran Putra. Tapi last minute, rakan yang sepatutnya pergi sama, tak jadi pergi. Maka cik abe pun membatalkan hasratnya kerana dia sendiri tak tahu mana rumah kawan itu.



Lepas maghrib, mengunjungi rumah rakan D. Juga di area Putrajaya. Jemputannya dari jam 5.30 hingga 11 malam. Ada bbq dan cendol yang sedappp..

Dalam jam 10 baru balik rumah dengan kekenyangan. anak2 dah mula mengantuk hehehe.. Kami pun kena tidur awal juga kerana esoknya ada Sports Day sekolah Hadi di Bandar Baru Bangi.


My no. 1 dalam bot ke Pulau Manukan  2012 

Ahad, 1.9.2013 - Bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari berada di Kompleks Sukan Bangi menghadiri acara sukan tahunan tadika Hadi. Petang sudah kepenatan, bersantai2 sambil menunggu kain siap dibasuh. Lepas Maghrib, Azwa tiba2 terajin nak bersihkan bahagian loteng rumah. Dengan bantuan dua anak gadis, berjaya mengemaskan bahagian loteng dan memujuk dua anak gadis menggunakannya sebagai bilik tidur. Kasihan juga, yang kakak lebih rela tidur di ruang tamu, sementara yang adik pulak mengendeng tidur kat bilik Azwa...kacau daun sahaja...hahahaha.. 



Anak2 bujang dah besar2, masing2 nak duduk dalam bilik masing2. Sebaik saja mama Azwa balik kampung, Bujang no. 2 terus parking kat situ. Memandangkan dia nak exam SPM tahun ini, kami pun tak nak kacau dia. Bagi la privasi kepadanya. Bujang no. 3 pulak terus duduk kat bilik yang asalnya bilik dua anak gadis kat tingkat atas. Bilik satu lagi dihuni oleh anak saudara sepupu cik abe. Sudahnya, anak gadis takde bilik. Sebagai motivasi bagi memujuk mereka menggunakan loteng sebagai bilik, Azwa mengemasnya dan menghiasnya.. setakat ini baru satu malam mereka tidur kat situ. Semalam, si kakak tidur balik depan tv di ruang tamu, sementara adiknya tidur kat bilik Azwa memandangkan Cik abe berkursus di Seremban.  

Gambar hiasan - cuti cuti Malaysia di Taman Buaya Tuaran 2012


Malam isnin tu, dah nak beradu, baru buka fb dan terperasan ada jemputan dari Zareda..alahaiii..memang takde rezeki nak merasa hidangan istimewa di rumah Zar... tahun depan jemput lagi Zar yer..hehehe..

Isnin, 2.9.2013 -  jamuan Aidil Fitri bagi Jabatan kami... setiap Bahagian dikehendaki menyiapkan menu istimewa masing-masing. Bahagian kami menyediakan nasi briyani..macam2 hidang lain pun ada..syukur alhamdulillah, kenyang..


Gambar hiasan - Nasi Mandy dari Mr. Kabab Restaurant Putrajaya



Oh ya memandangkan semalamnya sports' day, sekolah Hadi cuti peristiwalah hari isnin itu. Tapi disebabkan bos besar nak juga kanak-kanak bagi persembahan, maka, mana2 ibubapa yang bersedia membawa anak-anak ke jamuan tersebut untuk membuat persembahan telah dihubungi. Azwa yang dok pening mana nak letak Hadi bersetuju jer la. Pagi2 ikut umi ke pejabat dahulu. sekitar jam 11 hantar kepada pihak penganjur yang akan menjaga dan melatih anak2 tersebut buat persembahan. Selamat dari pening...hehehe..selepas persembahan dan selepas makan2, Azwa hantar Hadi balik ke rumah..by afternoon kakaknya dah balik sekolah dan boleh menjaganya.


Hadi semasa persembahan tadikanya tahun lepas.. jadi bunga hehehehe

Selasa, 3.9.2013 dan hari ini Azwa menyiapkan kerja2 kat pejabat ..tak kemana2 sebab dok menunaikan misi untuk menghabiskan juga puasa yang belum selesai hehehe..



OK semua..cuba selesaikan....

Ok semua...itu sahajalah update aktiviti mokcik minggu lepas dan minggu ini...hehehe..   


Tuesday, July 9, 2013

SYURGAKU RAMADHAN

Assalamualaikum kenkawan...

Salam Ramadan, maaf zahir batin ya semua kawan-kawan..


















Semua gambar didapati daripada posting di fb. Kredit kepada tuanpunya.


Semoga urusan kita dipermudahkan sepanjang bulan Ramadan ini..

Wednesday, June 26, 2013

'WOULD YOU LIKE TO BE IN THE TEAM?"


Salam kenkawan..

Bulan Jun ini, jadual Mokcik taklah berapa sibuk. Kebanyakan masa Mokcik kat pejabat. Sekali sekala keluar menghadiri kes ke Jalan Duta ataupun mesyuarat. Pegawai2 dalam Unit Mokcik pun kebanyakannya jarang berada di pejabat. Masing-masing mempunyai tugasan masing-masing untuk dilunaskan. Biasanya kalau mereka ada di pejabat, jarang sunyi bilik Mokcik kerana mereka sentiasa akan keluar masuk untuk berbincang dengan Mokcik. Mulai minggu ini, mereka sangat sibuk kerana Petisyen Pilihanraya sudah mula difailkan dan diserahkan kepada Jabatan.

Setakat ini Mokcik belum terjebak dengan mereka. Dari awal lagi bos Mokcik sengaja tidak memasukkan nama Mokcik dalam kumpulan yang akan mengendalikan kes-kes EP ( Election Petitions). Syukur alhamdulillah... hehehe. tugasan Mokcik adalah menjaga hal ehwal pejabat sementara bos sibuk dengan EP.


kredit kepada tuanpunya katun


Tetapi, semalam bos bertanyakan kepada Mokcik, "Would you like to be in the EP team?"...alahaii...takkan nak jawab "No." kan.. tapi, secara berlapik Mokcik menjawab, "No..but I don't mind if you include me sir."


kredit kepada tuan punya kartun


Setakat ini, Mokcik masih belum dikerah menyertai mereka..bagus jugak hehehe. Walaupun seronok juga mengendalikan kes EP..boleh dapat pengalaman kan..tapi kalau kena join jugak..nampaknya kenalah mokcik bersungguh2 lagi mengamalkan makan Bee Pollen ini.. macam sis Q kata, pertama kali menjamah Bee Pollen..Mak oiii...dia punya rasa, sungguhlah tak sedapnya. Hampir2 nak terkeluar isi perut Mokcik tapi ku tahan juga dan gagahkan mengunyah dan menelan Bee Pollen itu..

Hari kedua, macam tak sanggup nak menjamah Bee Pollen lagi, tapi kena kuatkan semangat juga...demi untuk kesihatan kannnn...[sambil mata terkulat2 menelan Bee Pollen]  hahaha...

Bee Pollen..Malaysia mari..sabar jer la Mokcik nak menelannya hehehe

Minum dengan Mango juice baru hilang rasa yang kurang  menyenangkan itu hehehe.. tapi mula-mula ajer..dah lama2 ok dah..

Oklah..Mokcik nak membelek fail-fail atas meja nie..selamat berkerja uols...jerebu sudah makin kurang, thanks to hujan yang turun semalam... ok untuk hiburan korang semua....tadaaaa.....  

Apa pendapat korang tentang kata-kata ini hahahaha....
  

Friday, June 14, 2013

TERIMA KASIH KERANA MASIH MEMBERIKAN PELUANG..

Salam dan selamat sejahtera kenkawan.

Syukur berjaya menyelesaikan tugasan-tugasan yang diamanahkan... Alhamdulillah.

 Hari ini baru boleh menulis entry pendek untuk update rumah yang dah bersawang ini.



Been very busy lately, but, syukur, berjaya mengharungi segalanya..

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan peluang untuk terus menikmati kehidupan hari ini.


Alhamdulillah. Setiap pagi ini rutinnya kini, pagi-pagi hantar Muaz ke Taskanya dahulu. Lepas itu hantar Hadi ke Tadika baru sampai ke pejabat. Kiranya kena buat satu pusingan dalam Putrajaya setiap hari untuk menyempurnakan rutin ini. Penat, namun, syukur kerana masih diberi kekuatan menghadapinya.


Masa memang sentiasa mencemburui. So, pandai-pandaila kita membahagikan masa yang dipinjamkan.


Ok kenkawan. Selamat berhujung minggu semua.