Salam kenkawan..
Bulan Jun ini, jadual Mokcik taklah berapa sibuk. Kebanyakan masa Mokcik kat pejabat. Sekali sekala keluar menghadiri kes ke Jalan Duta ataupun mesyuarat. Pegawai2 dalam Unit Mokcik pun kebanyakannya jarang berada di pejabat. Masing-masing mempunyai tugasan masing-masing untuk dilunaskan. Biasanya kalau mereka ada di pejabat, jarang sunyi bilik Mokcik kerana mereka sentiasa akan keluar masuk untuk berbincang dengan Mokcik. Mulai minggu ini, mereka sangat sibuk kerana Petisyen Pilihanraya sudah mula difailkan dan diserahkan kepada Jabatan.
Setakat ini Mokcik belum terjebak dengan mereka. Dari awal lagi bos Mokcik sengaja tidak memasukkan nama Mokcik dalam kumpulan yang akan mengendalikan kes-kes EP ( Election Petitions). Syukur alhamdulillah... hehehe. tugasan Mokcik adalah menjaga hal ehwal pejabat sementara bos sibuk dengan EP.
kredit kepada tuanpunya katun |
Tetapi, semalam bos bertanyakan kepada Mokcik, "Would you like to be in the EP team?"...alahaii...takkan nak jawab "No." kan.. tapi, secara berlapik Mokcik menjawab, "No..but I don't mind if you include me sir."
kredit kepada tuan punya kartun |
Setakat ini, Mokcik masih belum dikerah menyertai mereka..bagus jugak hehehe. Walaupun seronok juga mengendalikan kes EP..boleh dapat pengalaman kan..tapi kalau kena join jugak..nampaknya kenalah mokcik bersungguh2 lagi mengamalkan makan Bee Pollen ini.. macam sis Q kata, pertama kali menjamah Bee Pollen..Mak oiii...dia punya rasa, sungguhlah tak sedapnya. Hampir2 nak terkeluar isi perut Mokcik tapi ku tahan juga dan gagahkan mengunyah dan menelan Bee Pollen itu..
Hari kedua, macam tak sanggup nak menjamah Bee Pollen lagi, tapi kena kuatkan semangat juga...demi untuk kesihatan kannnn...[sambil mata terkulat2 menelan Bee Pollen] hahaha...
Bee Pollen..Malaysia mari..sabar jer la Mokcik nak menelannya hehehe |
Minum dengan Mango juice baru hilang rasa yang kurang menyenangkan itu hehehe.. tapi mula-mula ajer..dah lama2 ok dah.. |
Oklah..Mokcik nak membelek fail-fail atas meja nie..selamat berkerja uols...jerebu sudah makin kurang, thanks to hujan yang turun semalam... ok untuk hiburan korang semua....tadaaaa.....
Apa pendapat korang tentang kata-kata ini hahahaha.... |
assalam azwa..he he..yang last faham bebeno
ReplyDeleteWa'alaikumusalam kak Erna..heheh..kan kan hehe
Deleteolloooo...makin bolat siMuaz nih! arini ngan mata ngan mulut sekali...owh, suka menggigit ya, meh sini bagi kat mak Q, siapa yg gigit siapa! ahahah
ReplyDeletesis, bee pollen tu sedap la....manis2 pahit manja gitu hahaha...anak sulung akak ada masalah sinus, jangan tak caya, makan seminggu dah nampak perubahannya! takder sinus lagi.
yg last tu hahah...teringat salah sorang cikgu akak dulu, masa masuk sebuah restoren, lama dia membelek makanan tapi tak pilih2 jugak, sampai kita lenguh menunggu, sorang lagi cikgu tegur, apa yg dia nak pilih lagi tu? sekali tu dia jawab, "ini semua bakal2 taik!"
terus akak kensel nak makan sis, sebab kebetulan rendang daging dia dah sebijik macam benda tu...kuang asam betoi cikgu tuh!
ok sayang, dah maghrib nih! salam....
Salam sis Q..hah itulah makin bolat dah Muaz ni.. sejak dah pandai merangkak ni kerja dia ialah merangkak kesana kemari sambil mengutip segala benda yang dia jumpa masuk ke dalam mulut..memang kena berlumba lari la dengan dengan dia hahaha.. pastu suka benor menggigit..hah kalau jumpa sis memang ngam la tu kita tengok siapa lagi kuat menggigit hahaha..
DeleteMula2 memang pelik benor rasa bee pollen tu kan sis..hari kedua pun masih rasa semacam, sampai azwa terfikir, 'adakah bee pollen Canada lebih sedap rasanya dari bee pollen Giant B ni, sebab tak dengar pulak sis Q dgn Amelia komplen..' hahaha..mana nak dengar pun sebab di luar kawasan kan hehehe..
haiyooo..itu cikgu pun..kalau buat statement macam tu langsung putus selera hahaha..anti klimaks betul la cikgu tu hahaha..
ok take care dear sis
Bagusker bee
ReplyDeleteSalwa..kena try makan sendiri baru tahu kebaikannya kot..sebab ada setengah orang mungkin mengalami alahan.
Deletearahan dari bos takkan nak kata taknak pulak kan.. ;)
ReplyDeleteKalau kena involve dgn politik macam terjerat juga ye Azwa. Tapi kalau itu ditugaskan nak tak nak kena galas juga. Bee Pollen apa yg Azwa telan tu hihi... sampai terkulat-kulat nak menelannya:)
ReplyDeleteHi dear Azwa, adui punya lah me busy the last few days. Tu lah, baru skrg dapat singgah your pondok. After balik dari short break, ada pula tugasan menunggu.. jadi pengurus tu unduks for National Pesta Kaamatan..hahaha. Last minute arrangement, so kalangkabut kumpul the top 7 girls untuk buat persembahan as requested by Kementerian Kesenian for the function. Approval for our budget request from Kementerian pun baru dapat on Friday 28th, the function on 30th..atuukoi! But luckily, everything went well and I think the function went well. Was launched by the TPM, unlike previous years done by PM. Naahh.. saya pula yang sibuk bercerita lebih lebih...hahaha..siou. :)
ReplyDeleteIshh, punya cepat masa berjalan kan, tengok Muaz, dulu baby now toddler..eeehhh gerigitan me..rasa mau carry and kish kish.. muah muah.. :)
Talking about bee pollen, susah juga mau cari di KK. Last time, I bought mine when I went to Bangkok. Macam kamu juga, first time makan macam lain rasa haha.. lama juga the benda on my shelf tidak kena sentuh then, I thought of the money I spent buying.. quite mahal juga cos big bottle. Then slowly makan sampai habis. Then I also bought some during my travel to New Zealand last year.. Tapi sekarang sudah habis makan :(. Ada dulu I saw Amway punya but in capsule form..not sure if still being sold. But I don't like lah if in capsule form.
Hahaha.. that last pic so funny..
Hi Mokcik, that header pic of your boy is really fantastic! Love his eyes....that boy when reach 17 will buat SYTs kelang kabote, lintang pukang, ha ha ha.
ReplyDeleteYou stay easy Mokcik, have fun.....
hugs to baby.
Lee.
Mokcik, tu link to my pondok suda out of date! Ha ha....
ReplyDeleteLee.
Hi my dear, how you doing? Aiyoh... your boy look so cute and charming, esok... girlfriend beratur 1Km panjang. muaaahhhhh....
ReplyDeleteThe last picture...muaaahhh
Have a nice day, regards. Hugs to you and baby.