Wednesday, September 18, 2013

DIKETEPIKAN, DIKUTIP DAN DIKEMBALIKAN






Salam dan Selamat pagi semua kenkawan..


Pheww..musim2 yang agak sibuk sudah berlalu. Namun masih ada yang menunggu di hadapan. Sedang berusaha menyelesaikan secara damai satu kes tu...kalau tak berjaya, nampak gayanya sepanjang minggu depan dan dua minggu bulan Oktober ini akan menjadi minggu yang agak sibuk dan out of the office sepanjang minggu bagi Mokcik.

Tajuk corat coret Mokcik hari ini ada kaitan dengan kerja..secara ringkasnya, sebelum ini Mokcik ada berkerjasama dengan seseorang menyiapkan tugasan. Mokcik akui pada masa itu memang tidak dapat memberikan komitmen yang penuh kerana, it just so happened pada masa itulah baby Muaz menghidap demam campak. Seminggu jugalah tak boleh dihantar ke taska. Makanya, Mokcik terpaksa dengan berat hati terpaksa bercuti walaupun pada masa itu jugalah kumpulan Mokcik kena memfailkan hujahan untuk tugasan kami. Mokcik cuma dapat menyumbangkan idea dengan mengedit mana yang patut terhadap hujahan yang disediakan seorang ahli kumpulan lagi. Masa untuk memfailkan hujahan masih ada, namun ketua kumpulan bertegas mahu memfailkannya lebih awal. Apabila mokcik masuk kerja semula, Mokcik perasan pada setiap hujahan yang difailkan akan ditandatangani oleh ahli kumpulan, melainkan pada hujahan yang kumpulan Mokcik kena failkan. Ianya hanya ditandatangani oleh Ketua dan kawan yang seorang lagi itu. Tapi, Mokcik pun tak berkecil hati, jujurnya sebab Mokcik pun sedar diri, tak menyumbang banyak pun.

Semasa mengendalikan tugasan itu tempohari, pada mulanya Mokcik yang diberi kepercayaan mengendalikannya. Namun, saat akhir ketua kumpulan sendiri menawarkan diri untuk mengendalikannya. Lagilah kami seronok kan..lagipun, Mokcik sendiri merasakan, belum cukup ilmu didada untuk mengendalikan tugasan besar seperti itu.

Pada minggu lepas, Ketua kumpulan ada mengutus emel kepada boss dan meminta kebenaran boss untuk dua orang pegawai yang telah dinamakannya termasuk kawan Mokcik untuk membantunya mengendalikan tugasan itu diperingkat rayuan.   Mokcik faham dengan keputusan ketua mengapa dia ketepikan Mokcik dari tugasan tersebut. Mokcik dengan kesibukan itu ini memang agak sukar untuk memberikan komitmen penuh dan bersyukur sebenarnya bila dia tidak memilih Mokcik.

Nak dijadikan cerita, selepas menerima emel dari ketua tersebut, Mokcik pergi berjumpa dengan boss, mengenai perkara lain. Tiba-tiba boss bertanya..

**************************************************************************************************
" Which case you handle during the Election Petition?"

"For...*tooot* tuan, with..*ttooooottt*."

"I think, for the appeal, you might have to handle one."

Mokcik pun membulatkan mata sambil memandang boss Mokcik.

"Tuan, i dont think i have enough ilmu yet to handle one.." *sambil teringat emel yang baru diterima dari ketua kumpulan Mokcik*

"What?!!!..dont say that. In the near future, all of you will have to handle all these cases you know.." 

"No problem tuan, if you trust me, i will try my best.. i can learn.."

Dan pagi ini, Mokcik menyemak emel dan guess what? Boss menjawab emel Ketua kumpulan dan arahannya..

"*ttooottt*...sila kendalikan kes ini bersama-sama ...*toot*, Mokcik Azwa dan *toot*. Sila berbincang dengan saya berkenaan hujahan."

Mokcik tak tahu nak menangis atau nak ketawa..but i laughed...hahaha.. 

Maybe, i should go and see boss. Ask him to transfer me to another group to do another case. Mokcik rasa mesti ketua kumpulan tengah bengang bila dapat arahan tu...lalalala

********************************************************************************************


Apapun.. pagi ini memulakan hari dengan menikmati sarapan nasi goreng kosong dengan telur goreng mata kerbau yang sempat dimasak sendiri pagi tadi. Bubuh sedikit lauk ayam masak merah yang dibekalkan MIL sewaktu balik kampung hujung minggu lepas. Dan seketul ayam masak gulai, left over lauk semalam yang dipanaskan pagi ini. Kuah gulai yang dibekalkan SIL, cuma Mokcik menambahkan ayam sahaja semalam.  Dah jimatkan RM5..kalau makan di kantin, begitu lah harganya. Untuk info, Mokcik pencen makan makanan dari kantin pejabat selepas mendapat cerita daripada salah seorang pegawai yang terjumpa baby cockroach dalam mee goreng yang dibeli daripada kantin..euwwww...and to think that all the while, Mokcik sering menikmati mee goreng yang agak sedap jugak masakannya itu huhuhu.. 


Breakfast dulu, baru memulakan kerja.. barulah kerja ada umph bila perut happy... hehehe

Hujung minggu lepas, kami balik KT. I was expecting that the house will be in a mess since hubby have asked a tukang to come and do some renovation. Surprisingly, the tukang and his team must have clean up whatever mess they have made during the renovation, coz the house was clean. Legaaaa...! So, Mokcik only have to sweep the floor and rearrange some furniture only la..So, taklah segan sangat kalau ada tamu tergempar datang bertandang hehehe.. kadang2 kalau ada kawan2 cik abe yang kebetulan berkunjung ke KT, even when we were not there, cik abe akan tawarkan dorang stay kat rumah. Buat renovation sikit tu kononnya ada plan nak jadikan rumah tu jadi homestay. Nak disewakan, sayang pulak. Dan mana pulak nak letak barang2 kat rumah tu kan. Sekurang2nya kalau dijadikan homestay, bila2 masa nak balik tak jadi masalah.
Cik abe suka sangat letak kerusi rotan ni kat luar rumah, kat beranda..tapi takkan nak diletak diluar masa ketiadaan kami, last2 Mokcik susun kat dekat pintu masuk, senang dia nak angkut keluar masuk hehehe

Sapu dan susun sikit2, cuma habuk kat celah tangga tu jer la tak sempat Mokcik nak merajinkan diri mengelapnya hehe


Budak nie merajuk sebab umminya dok sibuk berkemas, dia tak kena layan..hehehe



Muaz baby lagi, belum boleh keluar main kat luar. Muaz cuma boleh tengok dari dalam melalui pintu grill sajorkk..

Muaz tengok apa tu??
OOO... Muaz teruja tengok sprinkler yang abahnya pasang kat luar tu. Sprinkler dipasang untuk memudahkan anak saudara cik abe membantu menyiram pokok2 kat taman depan rumah...cuma pasang sprinkler and let it do the job..



Over the weekend, mokcik dan anak-anak dara Mokcik mencuba memasak sherperd pie. Kononnya teruja nak mencuba memasak sendiri selepas merasa sherperd pie dihidangkan rakan setugas semasa open housenya tempohari. Isterinya kata..mudah saja memasak pie nie. Google jer resepinya, katanya.

Mokcik pun google resepi sherperd pie and choose the simplest and easiest, no fussy methods hahaha..

hasilnya, alhamdulillah..licin.. cuma ini sengaja Mokcik simpan untuk anak bujang yang dok ralit menghadap laptop kat bilik sampai tak sedar orang dok panggil untuk makan pie sebelum habis dikerjakan adik2 dan sepupunya.

Lesson learned..kurangkan butter semasa menggoreng bawang besar, sayur2 cuma guna carrot dan cendawan butang. Kacang peas dan jagung  telah direject dari resepi oleh cik abe dan anak-anak. Cheese pulak, cukup bila dah melt jer, terus angkat, tak perlu tunggu sampai jadi brown hehehe..almaklumla saya budak baru belajar masak.. belajar thru trial and error..

Last but not least...sebagai peringatan diri...

 

Semoga kita mati dalam Husnul Khatimah, insyaAllah...


Have a great day ahead dear all....

11 comments:

  1. kisah pertama,sy pun gelak

    kisah ke2,akak sama cam saya
    makan asal kenyang je
    belen dinner pun sy boleh makan sbg sarapan
    hehe

    kisah 3..wah ada homestay,baguslah dr xde sapa duduk
    nanti rumah rosak..sesekali ada penyewa dpt gak $$ buat bayar bil letrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa..itulah..kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan kan..

      biasalah tu Irfa..tak kesah sangat pasal makan2 nie..asalkan ada..leftover semalam pun jadi, asalkan tak basi lagi.

      Ya la..sayang juga rumah tu..elok jadikan homestay. tapi masih dalam proses nak complete jadi homestay..hehehe betul tu, sekurang2nya ada juga mashyuk walaupun sikit kan..

      Delete
  2. Azwa...gambar kat header atas tu...comel2 betul! semua tu anak Azwa? untungnya...
    kempunan akak nak ada anak pompuan huhuhu...

    KT tu apa Azwa? Kuala Terengganu? Azwa ada umah kat sana? waa...kalau akak pi sana boleh la sewa homestay tu, boleh?

    dah la, gagap akak nak ckp byk2 kat sini, nak enjoy gambar bebudak tu dulu..hehe

    neway gambar last tu aduhaiii...berenti kejap napas akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Q..terima kasih hehehe..tu baru tiga dari 7 orang treler Azwa sis..hahaha..tak aper sis, ada anak lelaki pun dah cukup bersyukur dengan pinjaman Allah bagi kan.

      KT tu betul la Kuala Terengganu sis..boleh boleh no problem kalau ke KT, bagi tahu lah, boleh dirunding kalau nak nak dok rumah azwa di KT hehehe

      wkaakaka..apa yang gagapnya tu hahaha..

      hehehe..gambar last sebagai peringatan hehehe

      Delete
  3. Tapi tak salah cara pendekatan boss Azwa sebab tugasan kena pikul sama. Lagi pula kakak rasa boss Azwa tahu kewibawaan setiap org staff dia... ketua kumpulan mesti merah mukalah ye...

    Mee dia sedap sebab ada anak lipas itulah kot hihi.... biasa bila dah terkena itulah yg kecut nak makan lagi.

    Muaz dah besar dah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kakzakie..itulah kakzakie, pemikiran boss tu tak sama dengan pemikiran orang lain. Azwa pun tak sangka juga dia akan beri keprcayaan kepada azwa..mula2 dulu memang tak rapat pun dengan dia, lepas beberapa ketika dia dah nampak yang kita boleh dan mahu belajar melakukan tugasan yang baru, dia dah mula percayakan kita. Bengang jugalah agaknya ketua kumpulan tu hehe

      alahai anak lipas hahahhaa..setakat ini masih bertahan lagi tak nak ke kantin nie hahaha

      Muaz dah setahun sebulan..minggu ini dia dah boleh berjalan dah..seronok tengok perkembangan dia..

      Delete
  4. Hi dear Azwa.. eehh love your header pic. Must be your budak2..so comel. Talking about work or office politics, ada2 saja kan. Sometimes if ikut hati mesti geram tension pun ada. Nasib baik you positive saja and also you have a fair boss.. hehe.. I love your garden esp with that sprinkler. No wonder lah Muaz teringin nak keluar. Nampak air tu macam salji berjatuhan hahaha..Love the palm trees too...sejuk mata memandang. Wahhh, bukan main rajin masak ah..kobiiss me nampak shepherd pie tu...yummmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. helloo Angie..thanks..yup, ni baru tiga..ada 4 lagi di rumah hahaha..

      yup..office politics macam tu la..but i always look at the positive side, that's the way to survive here. sometimes one has to be low profile and let the work we do make the boss see us hehehe

      Tu garden, hubby yang punya buah tangan tu Angie..he loves gardening..i only watch and give ideas ja hahaha..tell me about it, the sprinkle..not only Muaz, my girls pun purposely pigi jalan2 dekat tu sprinkler supaya basah hahaha..

      tu sherperd pie..am not a great cook but kalau tu kerajinan datang mulalah rajin menerai masak itu ini hahaha..

      Bah you have a nice weekend too kio Angie..

      Delete
  5. Bab kerja tu mmg berlaku kat mana mana aje ye..yerlah namanya pun manusia..mcm mcm kerenah

    Babakan tu pepagi skrg zar lebih suka roti lgpun pepagi x semoat nak pegang sudip kuali pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zar..tapi itulah, kadang2 ianya tidak berjalan seperti dirancang hehehe..

      hahaha..azwa selalu beli roti gak, tujuannya untk breakfast pepagi, tapi, selalunya tak dan sampai ke pagi, malam dah diperabiskan oleh anak2 hahaha..tu yg rajinkan diri juga masak pagi2 hehe..

      Delete