Salam dan selamat sejahtera semua kawan-kawan..
Pejam celik pejam celik, Syawal pun sudah hampir ke penghujungnya. Puasa sunat Syawal dah selesai ker semua?? hehehe Azwa masih berusaha melunaskan...seperti biasanya di penghujung Syawal ini, jamuan makan sempena Aidil Fitri rancak diadakan..itu yang kadang2 tergugat iman tu..cadang nak puasa, tapi..hmnnn tarikan jamuan yang dihidangkan lagi kuat.. Oleh itu sejak semalam, azwa memang menguatkan hati untuk meneruskan berpuasa hehehe..terpaksalah menolak beberapa jemputan ..jangan marah kawan2 yang menjemput tu ya..
Jumaat, 30.8.2013 - 18 tahun lalu, pada 30.8.1995 adalah hari kelahiran anak sulung Azwa, Syed Md Yusuf Putra. Syukur alhamdulillah.. sayangnya, Usop tak dapat balik untuk meraikan bersama-sama hari tersebut kerana perlu bersedia untuk menghadapi exam..Tak mengapalah Usop, nanti bila Usop balik, kita raikan bersama-sama sekeluarga ya. Apa yang penting, Usop belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat..insyaAllah.. Umi doakan agar Allah SWT sentiasa melindungi, memberkati dan merahmati kehidupan Usop, mudah2an akan menjadi seorang anak yang soleh, taat kepada perintah Allah SWT dan RasulNya, berbakti kepada kedua orang tua dan adik beradik, berguna kepada agama dan negara, insyaAllah... amin amin amin
My no. 1 and no. 2 |
Sabtu , 31.8.2013 - mendapat lima jemputan jamuan hari raya dan juga kenduri doa selamat. Yang menariknya, rakan-rakan kami itu telah menyusun masa agar kami semua dapat hadir ke majlis mereka. Bermula, jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari, kami mengunjungi rumah A di Kota Warisan. Ini jemputan sempena hari kelahiran anak sulungnya dan juga jamuan raya. Cempedak goreng isterinya memang yummyyy...
gambar hiasan - Muaz |
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke rumah rakan B di Kajang. Dia mengadakan kenduri doa selamat. Dia dan suami bertuah mendapat jemputan menjadi tetamu Allah tahun ini. Kedua-duanya masih muda..mudah2an giliran kita akan tiba tak lama lagi, insyaAllah. Menu yang dihidangkan katerer pilihannya bertemakan makanan kampung..memang sedapppp..
gambar hiasan - menu berbuka puasa semasa mengendalikan kes di Sabah.. ini di Le Meridien Kota Kinabalu |
Seterusnya, jemputan minum petang dengan menu istimewa laksa Sarawak dan kek lapis Sarawak dari rakan C. Dekat saja di Putrajaya. Tertarik dengan hiasan dalaman rumahnya yang dibuatnya sendiri. Rajin sungguh..dalam kesibukan kerja, masih sempat dia menghias dan bercucuk tanam kat luar rumahnya..kagum Mokcik. When will i have the same energy..huhuhu..
Seterusnya, giliran jemputan rakan cik abe kat Desa Pinggiran Putra. Tapi last minute, rakan yang sepatutnya pergi sama, tak jadi pergi. Maka cik abe pun membatalkan hasratnya kerana dia sendiri tak tahu mana rumah kawan itu.
Lepas maghrib, mengunjungi rumah rakan D. Juga di area Putrajaya. Jemputannya dari jam 5.30 hingga 11 malam. Ada bbq dan cendol yang sedappp..
Dalam jam 10 baru balik rumah dengan kekenyangan. anak2 dah mula mengantuk hehehe.. Kami pun kena tidur awal juga kerana esoknya ada Sports Day sekolah Hadi di Bandar Baru Bangi.
My no. 1 dalam bot ke Pulau Manukan 2012 |
Ahad, 1.9.2013 - Bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari berada di Kompleks Sukan Bangi menghadiri acara sukan tahunan tadika Hadi. Petang sudah kepenatan, bersantai2 sambil menunggu kain siap dibasuh. Lepas Maghrib, Azwa tiba2 terajin nak bersihkan bahagian loteng rumah. Dengan bantuan dua anak gadis, berjaya mengemaskan bahagian loteng dan memujuk dua anak gadis menggunakannya sebagai bilik tidur. Kasihan juga, yang kakak lebih rela tidur di ruang tamu, sementara yang adik pulak mengendeng tidur kat bilik Azwa...kacau daun sahaja...hahahaha..
Anak2 bujang dah besar2, masing2 nak duduk dalam bilik masing2. Sebaik saja mama Azwa balik kampung, Bujang no. 2 terus parking kat situ. Memandangkan dia nak exam SPM tahun ini, kami pun tak nak kacau dia. Bagi la privasi kepadanya. Bujang no. 3 pulak terus duduk kat bilik yang asalnya bilik dua anak gadis kat tingkat atas. Bilik satu lagi dihuni oleh anak saudara sepupu cik abe. Sudahnya, anak gadis takde bilik. Sebagai motivasi bagi memujuk mereka menggunakan loteng sebagai bilik, Azwa mengemasnya dan menghiasnya.. setakat ini baru satu malam mereka tidur kat situ. Semalam, si kakak tidur balik depan tv di ruang tamu, sementara adiknya tidur kat bilik Azwa memandangkan Cik abe berkursus di Seremban.
Gambar hiasan - cuti cuti Malaysia di Taman Buaya Tuaran 2012 |
Malam isnin tu, dah nak beradu, baru buka fb dan terperasan ada jemputan dari Zareda..alahaiii..memang takde rezeki nak merasa hidangan istimewa di rumah Zar... tahun depan jemput lagi Zar yer..hehehe..
Isnin, 2.9.2013 - jamuan Aidil Fitri bagi Jabatan kami... setiap Bahagian dikehendaki menyiapkan menu istimewa masing-masing. Bahagian kami menyediakan nasi briyani..macam2 hidang lain pun ada..syukur alhamdulillah, kenyang..
Oh ya memandangkan semalamnya sports' day, sekolah Hadi cuti peristiwalah hari isnin itu. Tapi disebabkan bos besar nak juga kanak-kanak bagi persembahan, maka, mana2 ibubapa yang bersedia membawa anak-anak ke jamuan tersebut untuk membuat persembahan telah dihubungi. Azwa yang dok pening mana nak letak Hadi bersetuju jer la. Pagi2 ikut umi ke pejabat dahulu. sekitar jam 11 hantar kepada pihak penganjur yang akan menjaga dan melatih anak2 tersebut buat persembahan. Selamat dari pening...hehehe..selepas persembahan dan selepas makan2, Azwa hantar Hadi balik ke rumah..by afternoon kakaknya dah balik sekolah dan boleh menjaganya.
Hadi semasa persembahan tadikanya tahun lepas.. jadi bunga hehehehe |
Selasa, 3.9.2013 dan hari ini Azwa menyiapkan kerja2 kat pejabat ..tak kemana2 sebab dok menunaikan misi untuk menghabiskan juga puasa yang belum selesai hehehe..
Ok semua...itu sahajalah update aktiviti mokcik minggu lepas dan minggu ini...hehehe..
baca sampai abis,tak tahu nak komen part mana
ReplyDeletehehe..happy bday buat hero ;)
hensem orgnya,putih mcm ummi jugak
hehehe biasalah tu Irfa..sekali update rangkumkan cerita ceriti sekali gus hahaha
Deletetersipu2 Usop..tengkiu tengkiu..hehehe
assalam azwa..akak pun tak dapat kerumah zar..
ReplyDeleteWa'alaikumusalam Kak Erna.. kalau tak mungkin kita dapat berjumpa kan kak..hehehe..tak apa tahun depan insyaAllah ada jemputan lagi hehehe
DeleteAssalam..
ReplyDeleteBest nengokk foto anak2 bergembira dan bahagia..
Salam Mamawana..gambar2 ini untuk kenang2an..bila anak2 dah besar nanti hehehe..yang no. 2 tu bila azwa kata, "hah, aman dulu masa kecik macam ni la"..dia jawab, "mana ada..umi tipu " hehehe..kalau ada gambar dia tak boleh nak kata uminya tipu hehehe
DeleteLepas ni legalah sikit dah tak ada makan-makan raya Azwa. Hari ini dah 3 zulkaedah pun...
ReplyDeleteHappy belated birthday buat abang Long. Moga terus berjaya dan jadi anak soleh.
Utk last gambar tu kakak rather leave it blank... siapalah nak isi yes/no tu... tak rela hihi...
Salam Kakzakie..hahaha..lepas ni tunggu Hari Raya Haji pula.. kalau kat KT raya Haji lagi meriah dari raya puasa ..
Deletehahaha..memang kreatif kan orang yang buat soalan tu hehehe
Hi Mokcik.....Holy Smoke! You already have 2 big sons? Both boys? And all the time I thought baby Muaz your first child, ha ha. I must say they all great looking kids. And having a wonderful mom like you....
ReplyDeleteI love your humour, that last picture......ha ha ha.
I have not been to that Pulau in Sabah.....but been to all the Islands in Malaysia.
That cute baby of yours has a smile can melt any mother's heart!
Wait till he reaches 18. Habis cherita, kesian tu SYTs....malam tidur susa datang, ha ha ha. One smile from him...habis cherita!
Have a great week mokcik. Go bang the table! Buat tu defence lintang pukang!
Lee.
hahaha Lee...you and your sense of humour hahaha..ya, mokcik ada three big sons, all boys, plus Hadi and Muaz, five boys altogether..
Deleteoopss...Lee must have forgotten la, Mokcik is a mother of seven hahaha, i got another two daughters, both girls :) and Muaz is the youngest.
The three islands we wen visiting during our last trip to KK were very beautiful..next time around we plan to go and mandi manda, insyaAllah.
Thank you Lee for your compliment..hehehe..yeah hope he will grow up to be a gentleman but not a buaya hahaha..
Ok you too Lee, have a nice day.
Hi Azwa, thanks for sharing your wonderful pictures. You ada 7 children? So number 8 bila, try for another girl?
ReplyDeleteLove the English test. LOL
Best regards.
Hi dear..hahaha..wish i have energy to have more..if am any younger, wouldn't mind to have ten!! hahaha.. now, dah antic, sakit sana sini, have to think satu juta kali before embarking on a new journey one more time hahaha
Deleteenglish test tu, you can never win kan hahaha..clever..
have a nice day dear..