Thursday, August 19, 2010

AWAK ADA KIRIM KAD KAT SAYA, KAN?

Salam kenkawan.

Meh sambung sikit pasal kisah Abang Syed tu hehehe.

Pada 3.2.1992, selepas meletak jawatan sebagai guru sandaran maka rasmilah mokcik menyertai perkhidmatan kerajaan. Eh..sebagai cikgu pun perkhidmatan kerajaan jugak kan...tapi masa tu guru sandaran sahaja. Sungguhpun sudah berpindah tempat kerja,  mokcik rajin juga menghubungi salah seorang kawan yang sama-sama mengajar di sekolah  dulu. Dia ni pula, setiap kali mokcik telefon, dia dok asyik sibuk-sibuk bertanya pada mokcik..




"Eh..mokcik..kau inda mau kah kirim salam sama cikgu Z tuuu?" [cakap kena ikut loghat orang Sabah]

"Nda mau lah.."

Sepanjang perbualan kami, dia akan balik2 bertanya perkara yang sama. Last2, mokcik pun jawab;

"nda maulah.. kirim salam sama semua cikgu2 disana. Tapi kalau mau sangat juga kirim salam tu, kirim salam sama cikgu Syed!"

Ntah kenapa, tiba2 nama Cik Abe pulak yang terlintas di kepala mokcik masa tu.

Mokcik tak memikirkan sangat tentang perkara tersebut sehingga beberapa hari kemudian, tiba-tiba satu petang tu mokcik menerima panggilan telefon dari jeng jeng jeng...Cikgu Syed! heehheh

"Awak ada kirim salam kat saya yer?"

"Iyeee..tapi saya main-main jer.."

"Main-main jer?"

Lamaaaa la juga orang disana terdiam di talian.  Terbayang mungkin merah padam agaknya muka sidia di sana.

"Jadi saya perasan la nie?" 

"Agaknya.. hehehe"  Kedua-dua kami ketawa geli hati.

I guess the chemistry is there, coz from then on, nearly everday we spent hours and hours talking on the phone. Kita tak pernah keluar berdating berdua hehehe.. sekali jer kuar bersama dengan adik mokcik dan bakal adik ipar yang pada masa itu sudah serius  bercintan cintun. Bakal adik ipar mokcik ini juga merupakan housemate kepada cik Abe hahaha.. Sesekali kalau Cik Abe nak jumpa mokcik, dia akan datang ke pejabat mokcik hahahah...Nak kata keluar berdua, berdating memang tak pernah la.



Setelah hampir tiga tahun menempuhi pelbagai cabaran dan halangan [MIL pada mulanya tidak bersetuju Cik Abe memilih orang jauh jadi isterinya, tambahan pula sudah ada Sharifah yang merisik2 Cik Abe jadi calon menantu huhu.  Di sebelah mokcik pulak, arwah bapa memang pada mulanya menentang hubungan kami.] ,  alhamdulillah pada 24.10.1994  hubungan kami dimeteraikan dengan akad nikah . 
"Kenapa awak tak terima cikgu Z? Dia suka kat awak"

"Tak tahu pun dia suka kat saya."

"Awak ada kirim kad kat saya, kan?"

"Hah? Tak pernah kirim kad kat awak"

"Saya selalu terima kad yang ditandantangani nama mokcik"

"Heyy...ahaha...mungkin peminat awak kut. Baru saya ingat masa pergi kursus ada cikgu *sama nama dengan mokcik* tanya tentang awak." Mokcik dah gelak.

"Betul awak takde kirim kad2 kat saya?" Dia pun dah mula gelak diseberang talian.

"Takde kerjanya saya nak kirim kad kat awak.." Brutal betul la mokcik ni kan... hahaha

Hingga hari ini Cik Abe masih akan tersipu2 bila kami bercerita kisah dia terperasan ini. ..hehehe [ suami perasan saya kirim salam kat dia dan kebetulan ada pulak dia terima kad2 dikirim oleh cikgu yang sama nama dengan mokcik...tu yg dia berani menelefon mokcik. ]  Hehehe...kesian juga cikgu yang hantar semua kad2 tu kan...silap sebab letak nama depan tak letak nama penuh hahaha... agaknya dia pun tak menduga, tiba2 datang pula seorang cikgu lain yang permulaan namanya sama dengan nama dia.. [Apa pun Cikgu sama nama itu sudah berkahwin juga dan mokcik doakan kebahagiaan dia sekeluarga]






Dah habisss  dah cerita.....Selamat berpuasa semua. Have a nice day all...

9 comments:

  1. padan muka cikgu elizabeth tewww kanns.. ahaha

    salamm ramadhan mokcik ittewww

    ReplyDelete
  2. Kenangan manis mengusik jiwa...hehehe...

    ReplyDelete
  3. azwa

    alahai melepas lah cikgu siti tu kan.. tu lah moral of the story, kalau suka terus jer kirim salam bagi nama penuh.. hehhehehe

    ReplyDelete
  4. Hi Mokcik, I enjoyed your this posting, and the meeting of old friends and the beginning of a beautiful friendship.
    Some people come into our lives for a reason, some come for a season....and some....a lifetime.

    Glad you doing fine now.....you keep well and have a pleasant puasa, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  5. en_me,

    tu la..len kali letak la terus nama elizabeth perkins tu..kan dah silap..dia ingatkan elizabeth taylor yang comel lote ni yg kirim semua kad2 tu hehehe...

    ReplyDelete
  6. kak anie,

    memang sentiasa mengusik jiwa bila bercerita dgn cik abe kisah ini hahaha

    ReplyDelete
  7. Zar,

    hahaha...Cikgu tu kan senior azwa masa di sekolah menengah. Baik orangnya dan putih melepak..masa dia bertanyakan tentang Cikgu Syed itu tak terasa apa2 sebab masa tu takde apa2 lagi hehehe...cuma bila cik abe tanya baru kami put two and two together...ooo...baru tahu ceritanya..

    ReplyDelete
  8. Lee,

    How very true. we dont know what God has planned for us..i sure was glad that hubby mistakenly thought it was me who sent all the cards to him coz that encouraged him to call me...hahaha

    You take care too Lee.

    ReplyDelete
  9. tak sangka ek, kesilapan juga membuahkan hasil... kira orait ler tu :)

    ReplyDelete