Showing posts with label KISAH SEMALAM. Show all posts
Showing posts with label KISAH SEMALAM. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

AWAK ADA KIRIM KAD KAT SAYA, KAN?

Salam kenkawan.

Meh sambung sikit pasal kisah Abang Syed tu hehehe.

Pada 3.2.1992, selepas meletak jawatan sebagai guru sandaran maka rasmilah mokcik menyertai perkhidmatan kerajaan. Eh..sebagai cikgu pun perkhidmatan kerajaan jugak kan...tapi masa tu guru sandaran sahaja. Sungguhpun sudah berpindah tempat kerja,  mokcik rajin juga menghubungi salah seorang kawan yang sama-sama mengajar di sekolah  dulu. Dia ni pula, setiap kali mokcik telefon, dia dok asyik sibuk-sibuk bertanya pada mokcik..




"Eh..mokcik..kau inda mau kah kirim salam sama cikgu Z tuuu?" [cakap kena ikut loghat orang Sabah]

"Nda mau lah.."

Sepanjang perbualan kami, dia akan balik2 bertanya perkara yang sama. Last2, mokcik pun jawab;

"nda maulah.. kirim salam sama semua cikgu2 disana. Tapi kalau mau sangat juga kirim salam tu, kirim salam sama cikgu Syed!"

Ntah kenapa, tiba2 nama Cik Abe pulak yang terlintas di kepala mokcik masa tu.

Mokcik tak memikirkan sangat tentang perkara tersebut sehingga beberapa hari kemudian, tiba-tiba satu petang tu mokcik menerima panggilan telefon dari jeng jeng jeng...Cikgu Syed! heehheh

"Awak ada kirim salam kat saya yer?"

"Iyeee..tapi saya main-main jer.."

"Main-main jer?"

Lamaaaa la juga orang disana terdiam di talian.  Terbayang mungkin merah padam agaknya muka sidia di sana.

"Jadi saya perasan la nie?" 

"Agaknya.. hehehe"  Kedua-dua kami ketawa geli hati.

I guess the chemistry is there, coz from then on, nearly everday we spent hours and hours talking on the phone. Kita tak pernah keluar berdating berdua hehehe.. sekali jer kuar bersama dengan adik mokcik dan bakal adik ipar yang pada masa itu sudah serius  bercintan cintun. Bakal adik ipar mokcik ini juga merupakan housemate kepada cik Abe hahaha.. Sesekali kalau Cik Abe nak jumpa mokcik, dia akan datang ke pejabat mokcik hahahah...Nak kata keluar berdua, berdating memang tak pernah la.



Setelah hampir tiga tahun menempuhi pelbagai cabaran dan halangan [MIL pada mulanya tidak bersetuju Cik Abe memilih orang jauh jadi isterinya, tambahan pula sudah ada Sharifah yang merisik2 Cik Abe jadi calon menantu huhu.  Di sebelah mokcik pulak, arwah bapa memang pada mulanya menentang hubungan kami.] ,  alhamdulillah pada 24.10.1994  hubungan kami dimeteraikan dengan akad nikah . 
"Kenapa awak tak terima cikgu Z? Dia suka kat awak"

"Tak tahu pun dia suka kat saya."

"Awak ada kirim kad kat saya, kan?"

"Hah? Tak pernah kirim kad kat awak"

"Saya selalu terima kad yang ditandantangani nama mokcik"

"Heyy...ahaha...mungkin peminat awak kut. Baru saya ingat masa pergi kursus ada cikgu *sama nama dengan mokcik* tanya tentang awak." Mokcik dah gelak.

"Betul awak takde kirim kad2 kat saya?" Dia pun dah mula gelak diseberang talian.

"Takde kerjanya saya nak kirim kad kat awak.." Brutal betul la mokcik ni kan... hahaha

Hingga hari ini Cik Abe masih akan tersipu2 bila kami bercerita kisah dia terperasan ini. ..hehehe [ suami perasan saya kirim salam kat dia dan kebetulan ada pulak dia terima kad2 dikirim oleh cikgu yang sama nama dengan mokcik...tu yg dia berani menelefon mokcik. ]  Hehehe...kesian juga cikgu yang hantar semua kad2 tu kan...silap sebab letak nama depan tak letak nama penuh hahaha... agaknya dia pun tak menduga, tiba2 datang pula seorang cikgu lain yang permulaan namanya sama dengan nama dia.. [Apa pun Cikgu sama nama itu sudah berkahwin juga dan mokcik doakan kebahagiaan dia sekeluarga]






Dah habisss  dah cerita.....Selamat berpuasa semua. Have a nice day all...

Monday, August 2, 2010

"KIRIM SALAM KAT CIKGU SYED"

Salam kenkawan.

Hari jumaat lepas, kami ke Taman Warisan. Dua rakan serumah masih berusaha membayar hutang puasa. So, berbuka puasa di sana la jawabnya. Kedua-dua rakan serumah mokcik ni masih bujang, biarlah mokcik gelarkan mereka A dan F. F bercerita, semasa menghadiri satu seminar baru-baru ini dia berpeluang bertemu dengan rakan2 dan pada suatu malam itu, topik perbualan antara mereka adalah kisah nostalgia bagaimana rakan2nya bertemu jodoh masing-masing.   

 Ada diantaranya, melihat wajah bakal isteri daripada 'buku tahunan kolej'..terberkenan, langsung menghubungi si dia dan berkunjung ke rumah berkenalan dengan keluarganya, terusss jadiii.

Kata F, "Saya topang dagu sajork la dengar cerita dorang. Saya takde cerita nak share...huhuhu"

"Tak apa la. Nanti dah kawen esok, hah ada la cerita untuk u share." Pujuk Mokcik.

"Camna puan boleh jumpa dengan husband puan?"

"oo..panjang ceritanya.."

Bila terkenang kisah lalu, mokcik memang akan tersenyum seorang diri...hahaha..Kisahnya begini:-

Lepas tamat belajar, mokcik tidak buat 'chambering' seperti kebiasaan dan kebanyakan law graduates lakukan. Mokcik tidak berminat. Mokcik lebih berminat jadi cikgu. Seperti arwah bapa, seperti mama, seperti abang mokcik, seperti adik-adik mokcik. Makanya, arwah bapa bantu mokcik jadi Guru Sandaran di sekolah berdekatan. Masa itu sekolah tersebut perlukan Guru Bahasa Inggeris dan juga Sejarah.  Itulah sabjek yang mokcik ajarkan. 

Masa mula-mula tiba di sekolah tersebut, mokcik perasan ramai juga guru2 yang masih bujang. Tapi as usual, mokcik takde la ambik hirau sangat pasal hal-hal jodoh ni. Takde langsung terlintas akan bertemu jodoh di sekolah ini. Entah kenapa Pengetua sekolah pulak, bila mesyuarat sahaja, suka bebenor nak kenenkan mokcik dengan anak buahnya hahaha...satu sekolah pun tahu.  Setiap aktiviti, memang Pengetua akan masukkan nama mokcik dalam kumpulan hmnnn...cikgu Z. [Cikgu Z telah melanjutkan pelajaran dan khabarnya kini bertugas di salah sebuah IPTA di utara tanah air]. Bila diusik, mokcik cuma tersenyum, sementelahan Cikgu Z pun tak pernah pulak menunjukkan apa-apa usaha. Hanya Pengetua yang beria-ia hahahaha...

Antara cikgu2 bujang yang ada masa tu termasuklah bakal adik ipar mokcik, cikgu J, cikgu K, cikgu Y dan juga Cikgu Syed...chewwahhh...Semuanya berjalan seperti biasa, tiada yang luar biasa sehingga mokcik mendapat tawaran mengikuti kursus KPLI dan pada masa sama mendapat tawaran sebagai Pegawai Undang-Undang.  Genap 6 bulan bertugas di sekolah tersebut, maka tiba la harinya untuk mokcik melapor diri ke tempat baru.

Seperti kata mokcik awal2 tadi, mokcik tidak berminat hendak menceburi bidang kepeguaman, walaupun itu lah yang mokcik pelajari selama 4 tahun. Mokcik lebih berminat mengikuti KPLI untuk mencapai cita-cita menjadi guru. Nak jadi cerita, hari untuk mengikuti peperiksaan lisan dan bertulis KPLI adalah hari yang sama dengan tarikh untuk mokcik melapor diri di Mahkamah KK.   


Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu


Zaman dulu-dulu, mokcik memang tak reti berjalan ke mana-mana bersendirian. Kalau ada urusan, pergi dihantar, balik diambil. Sama juga masa masih mengajar di sekolah, pergi dihantar, balik diambil oleh adik mokcik. Adik mokcik pula, tinggi dan hensem orangnya [hehehe...ssapa lagi nak puji kalau bukan kakak sendirik kan...] Ramai juga la yang menyangka, adik mokcik tu tunang mokcik [puncanya sebab mokcik memakai sebentuk cincin di jari manis mokcik].  Moralnya, pada yang masih bujang, tak payah la pakai cincin, nanti orang tersilap anggap dah berpunya..melepas pulak hahaha...

Masa nak pergi melapor diri pun, adik mokcik inilah yang menghantar dan menunggu hingga selesai segala urusan. Arwah bapa pada masa itu bagi kebebasan sepenuhnya untuk mokcik memilih mana satu hendak dituju. Pagi itu, mokcik memilih untuk menghadiri ujian bertulis KPLI di Maktab Perguruan Gaya. Sekitar pukul 2 petang, adik mokcik memujuk mokcik untuk pergi melapor diri ke Mahkamah. Setelah puas dia memujuk, akhirnya mokcik bersetuju.  Mokcik pergi dengan berbaju kurung moden warna hijau muda, bertudung putih. [ pakaian mokcik ini jadi isu masa melapor diri!]  Pakaian ini memang sesuai untuk seorang guru, tapi nampaknya kurang disukai oleh pegawai atasan di mahkamah. Pada masa itu, sangat kurang kakitangan mahupun pegawai yang bertudung. Maka sesiapa yang bertudung, jadi alien bagi mereka disana. Dahler bertudung, datang pula berbaju kaler, bukan hitam putih sebagaimana pakaian seragam untuk peguam!

Mokcik merasa sangat tidak dialu-alukan masa melapor diri tersebut. Dalam hati menyesal melapor diri ke Mahkamah...mahu saja terbang ke Maktab untuk menyiapkan ujian lisan sebelah petangnya. [ Mokcik dimaklumkan kemudian, pihak Maktab tertunggu2 kedatangan mokcik petang itu untuk ujian lisan...kalau sudah bukan rezeki kan].  Adik mokcik la yang memberikan kata-kata semangat untuk mokcik menerima hakikat...mokcik memang ditakdirkan akan bertugas sebagai Pegawai Undang-undang huhuhuhu...

eh...ni kan patutnya cerita tentang bagaimana mokcik bertemu dengan Cik abe...camno boleh melencong pulak hehehehe..

Hah...mokcik mula-mula bertemu Cik Abe kat sekolah tu lah...tapi dipihak mokcik pada masa itu belum timbul pulak apa2 perasaan terhadap Cik Abe.  Di pihak Cik Abe? Mokcik dapat tahu, Cik Abe masa itu dah memang ada berkenan sikit2 kat mokcik. Tapi segan sebab mokcik jual mahal dan Cik Abe ingatkan mokcik sudah bertunang! [Maklumat ni semua mokcik tahu lepas kahwin...bila mokcik dan Cik Abe bertukar-tukar cerita hahaha]    

OOoo..baru perasan sudah gelap rupanya diluar.  Ada lagi ker orang kat pejabat nie??? Nampaknya kena sambung esoklah pulak...nak pi makan...laparrr...

Jaga diri semua...daaa...