Salam Kenkawan.
Petang ini kami merancang berbuka beramai-ramai di Restoran Wang Solo di Bandar Baru Bangi.Baru sekali ke sana dan ternyata kalau lewat sedikit memang sukar mendapat tempat duduk. Set nasi ayam penyetnya menurut review marvelous ! Petang ini akan mokcik buat kajian sama ada betul atau tidak dakwaan ini....hehehe Gambar2 akan menyusul yerr....heehehe
okay...nak berangkat ke destinasi pilihan petang ni...Bandar Baru Bangi...
Gambar2 ayam penyet courtesy dari sini
Selamat berbuka puasa dan jangan lupa bertarawih malam nie...
Review makan-makan di Wang Solo.
Sampai2 sahaja kawasan di BBB sudah sesak. Rupanya ada PARAM kat sebelah PKNS. Have to make a long turn and along the way ternampak beberapa nama restoran...Kerisek, Mohamad Chan Abdullah, Bamboo etc.. Nak mendapatkan tempat letak kereta berdepan Wang Solo agak susah. Semua dah penuh. Tapi mudah dapat parking yang agak jauh sikit la...tak per la menapak sikit hehehe.
Tepat pukul 7 petang kami terpacak depan Wang Solo. Belum ramai orang tapi meja sudah penuh ditempah. Memang penuh la kedai makan ni...kalau tak tempah awal2, harus takde tempat duduk. Tapi jangan risau, banyak restoran di kawasan tu yang nampaknya banyak tempat duduk kosong.
Kami tempah nasi ayam penyet dengan air tembikai....huhuhu...ingatkan nak merasa jus alpukat atau jus poligami tu hahaha..tukang tempah dah tempah air tembikai. Sedap juga rasanya..
Ini bukan kali pertama makan di Wang Solo, so expectation agak tinggi atau sekurang2nya dapat merasa keenakan ayam penyet seperti pertama kali makan kat sini.
Malangnya....
Entah dimana silap tukang masak...baru merasa sedikit sambal terung yang disertakan, terasa kepedasan yang menyengat! cepat2 meneguk air tembikai untuk menghilangkan kepedasan. Mula pula menjamah ayam penyet...sekali lagi terasa kepedasan yang bukan setakat pedas, tapi menyengat dan terus hilang keenakan ayam yang dihidangkan.
Mula2 mokcik ingatkan mokcik sorang sajork la yang merasa kepedasan. Mokcik memang tak tahn makan pedas. Tapi nampaknya kesemua 16 orang yang sedang menikmati makanan berbuka kepedasan!
Aduhai!
Terbantut selera. Air tembikai yang manis pun tak dapat menghilangkan kepedasan yang dirasakan.
Anyway, macam yang mokcik katakan.. sebelum ini pernah makan kat situ dan makanannya agak enak juga. Tak tahu la bulan2 puasa ni tukang masaknya main campak2 lalu tercampak lebih cili padi agaknya...maka makanan untuk berbuka semalam terover ler pulak kepedasannya.
Walaubagaimanpun, jangan serik untuk mengunjungi restoran ini ya...sila la datang dan mencuba sendiri masakan kat sini ya.
Daaa..... selamat berhujung minggu semua
dah lama tak makan ayam penyet~
ReplyDeletetokeh di nama hanif..budak bngsar
ReplyDeletemokcik azwa..serius..akak belum pernah makan..yang namanya ayam penyet ni..rupa pun tak tau macam mana..he he ketinggalan betul akak kan..
ReplyDeleteZara,
ReplyDeletehow are you dik? posa tak nie hehehehe
jom makan ayam penyet..but not during puasa time..pedassss..
Selamat datang brutalsolo,
ReplyDeleteiyer ker? banyak lagi cawangan dia tempat lain selain di BBB kan..
Kak Erna,
ReplyDeleteazwa pun baru tahu bila digugel hehehe..
ayam biasa yang diperap dengan rempah ratus tertentu, lepas itu digoreng dan dipukul atau dipenyetkan hehehe
azwa
ReplyDeletekasik direction ayam penyet wang solo ni.. nak pi tapi cari tak jumpa... sebab saya tgh mogok masak tu hari ni may be ayam penyet ler kot
Zar,
ReplyDeleteDi kawasan berdekatan PKNS/Billion BB Bangi. Kalau Zar perasan dari PKNS tu boleh nampak deretan kedai2..dia blok yang ketiga...Bersetentangan dengan kedai tudung Hajaba.
hari2 biasa dari PKNS boleh jalan terus yang mana kalau kita jalan terus akan muncul di persimpangan menuju ke Warta. tapi bulan ramadan ada pasar ramadan ler pulak. so dari PKNS, belok kanan, kena pusing sikit melalui kedai yang baru buka sekitar situ.
ayam penyet ni kat johor mmg byk yg menjualnya.
ReplyDeleteyg penting sambalnya mesti sedap klu sambal bless nya kureng..mmg x ada seleralah nak mkn.
oh? wang pedas lah gitu ;)
ReplyDeleteHello Mokcik, I love the 2 dishes, looks so delicious. I tried to copy, ha ha, but the gambar kechik macham stamp.
ReplyDeleteAnyway, you have a nice day, and have a wonderful Merdeka day.
Merdeka! Lee.
zue,
ReplyDeleteitu la pasal...sebelum ni sedap..tak tahu naper hari tu terover pedas ler pulakss...
maksu,
ReplyDeletea'a wang pedas hehehe
Lee,
ReplyDeleteyep kecik coz i oso copy from anor website..hehehe
tomorrow merdeka..so have to work hard today to truly enjoy tommorrow hahaha
hah? pedas? uwwaa...kalo saya memangdah nangis2 le makan pedas tu. hari tu pernah mkn yng ayam penyet tu mmg menangis tercungap2 air 2 gelas pon tak cukup.
ReplyDeleteLeeya,
ReplyDeleteyee..memang over pedas dan pijar la sambal ayam penyet hari tu. silap tukang masak kut..huhuh. anyway, mungkin hari lain ok kut...so...cuba2 la risik2 yer
Hi Mokchik, saya lupa mention before...your title, 'makan di-wang solo'....saya at first thought it was 'Bengawan solo', my favourite song. Ha ha.
ReplyDeleteSelamat hari merdeka.
MERDEKA! Lee.
Hehehe Lee..the name of the kedai also remind me of Begawan Solo hahaha...
ReplyDeleteSalam merdeka too Lee.