Wednesday, August 11, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Salam kenkawan.

Selamat berpuasa pada yang berpuasa. Syukur alhamdulillah dapat kita bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Buat kesekian kalinya, mokcik rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk terus berpuasa di bulan Ramadhan ini. Bila terkenang kisah2 masa kecik2 dahulu, amat rasa bersyukur kerana sentiasa dipelihara dan dijauhkan dari unsur2 yang boleh menggugat kecintaan kepada Allah.

Masa kecik2 dahulu, sekitar umur 8 ke 9 tahun memang tak kenal langsung apa itu Ramadhan. Kawan baik mokcik ketika itu ialah jiran sebelah rumah. Mokcik memang rapat dengan keluarga jiran sampai makan minum pun kat rumah dorang. Bukan setakat itu sahaja, malah pada hari sabtu, mokcik akan mengikut keluarga tersebut ke Gereja dan bersama-sama mengikuti upacara sembahyang mereka. Mereka tidak menggalakkan sementelahan arwah bapa dan mama tidak pula melarang mokcik mengikuti mereka. Pada masa itu memang sangat naif dan tidak tahu pun apa-apa pasal agama. Jiran sekeliling masa itu semuanya beragama SDA yang mana hari sembahyangnya adalah pada hari sabtu. Kalau kenkawan kenal siapa Marsha (AF), hah sama dengan agama anutan keluarga dia. Mama mokcik dulunya beragama Kristian SDA, sementara arwah bapa beragama SIB. 

Mokcik masih ingat bila balik ke kampung arwah bapa, mokcik akan ikut pula mendiang nenek dan sepupu2 mokcik bersembahyang di Gereja mereka pada hari ahad. Masa itu yang mokcik tahu, seronok bersama-sama menyanyikan lagu2 rohani  mereka. Walaubagaimanapun, masa itu mokcik masih ingat, keluarga arwah bapa akan mengasingkan alat memasak dan pinggan mangkuk untuk kami sekeluarga.  Paling mokcik tak lupa, pernah sekali membuka periuk, tapi sempat diestopkan oleh makcik mokcik...kemudiannya mokcik diberitahu isi periuk adalah err...katak dan tupai! Adusss!

Bila upacara pembaptisan kawan baik mokcik [yang dilakukan di sungai berdekatan dengan rumah kami], mokcik pun sama-sama sibuk mandi manda bersama mereka juga. Bila mereka makan [syukurnya penganut SDA pantang larang makannya hampir kepada agama Islam], mokcik pun akan makan bersama mereka, malah ikut berdoa macam mereka juga. Malah, malam2 sebelum tidur, mokcik akan membaca kitab Bible dan hafal cerita-cerita dalam kitab tersebut.

Apabila mokcik masuk Darjah 6, baharulah mokcik diperkenalkan dengan apa itu agama Islam, belajar mengaji dan mengenal solat serta puasa. Pada masa itu, arwah Guru Besar sekolah menyarankan agar mokcik menukar nama asal kepada nama yang lebih Islamik. Cerita bagaimana mokcik mendapat nama Islam  mokcik memang agak unik juga hehehe...nantilah mokcik ceritakan.

Semasa di Tingkatan 1 baharulah mokcik belajar apa itu dosa pahala dan sedar apa yang mokcik lakukan selama ini adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Apakan daya masa itu tiada siapa yang mengajar arwah bapa, mama dan kami adik beradik tentang ajaran agama Islam. Kerana itu mokcik memang bersyukur, walaupun dengan apa yang telah kami lalui, Allah masih memelihara kami dimana walaupun kami dikelilingi oleh berbagai2 dugaan, tetapi sampai kini keluarga mokcik masih lagi berpegang pada agama Islam yang dipilih oleh arwah bapa untuk menjadi pegangan hidup kami.

Satu lagi penyebabnya mungkin juga kerana sikap toleransi masyarakat di kawasan kampung mokcik...jiran2 mokcik tidak pernah pula menggalakkan atau cuba mempengaruhi mokcik untuk mengikuti agama mereka. Mereka cuma bersikap berdiam diri bila mokcik mengikuti mereka ke Gereja. [Mungkin juga kerana sikap ini, setakat ini belum pernah terdengar kes buang bayi di kampung mokcik! Disana, kalau terlanjur, cuma dikenakan sogit  (tanpa mengira apa agama anutan si pelaku). setelah mengadakan upacara keramaian yang dipanggil makan belanja, maka mereka dianggap sudah sah sebagai suami isteri! And nobody cares if a few months later a new baby is born.  anak itu akan dipelihara sebaiknya dan tidak pernah pula terdengar kata-kata ejekan mengatakan anak itu anak luar nikah. Life goes on as usual. Tiada timbul apa-apa masalah sehingga berlaku perceraian dan perebutan harta atau hak penjagaan anak....waduh...part yang ini pegawai kat Jabatan Bantuan Guaman memang poning kepala nak selesaikan huhuhu]   

Anyway, berbalik kepada kisah mokcik tadi, bila mokcik masuk Tingkatan 6, mokcik telah dibawa seorang kawan berjumpa Ustaz. Setelah Ustaz mendengar cerita mokcik, dia meminta mokcik mengucap dua kalimah syahadah. Kata Ustaz, memang bila arwah bapa masuk Islam, secara otomatik, anak-anak pun ikut sama. Tapi kata Ustaz, untuk lebih menguatkan lagi pegangan mokcik, dia sarankan mokcik mengucap bagi pihak diri mokcik sendiri. Masa itu, mokcik masih liat nak bersolat tapi sudah  berpuasa bila Ramadhan tiba huhuhu.  Rakan sekelas masa itu tiba2 semua berpakat memakai tudung, tapi mokcik belum terbuka hati pulak nak memakainya. Cikgu sindir macammana pun memang mokcik tak makan saman pun...bila terlintas nak solat, solat la mokcik. Kalau tidak, tak solat la mokcik.

Tapi itulah, Allah SWT memang sayangkan mokcik. Hari pertama mokcik menjejakkan kaki di Asrama Kinabalu di Universiti Malaya, tiba-tiba sahaja mokcik terdetik untuk menunaikan solat  sehingga kini, alhamdulillah... Tapiii...waktu itu tak tinggal lagi skirt ketat dengan rambut ditocang macam ekor kuda hahaha...Kesedaran untuk bertudung hanya tiba bila suatu malam mokcik bermimpi berada dalam satu bilik yang sangat gelap. Mokcik panik! Mokcik teraba-raba! Tiba-tiba mokcik ternampak sekilas cahaya di kejauhan dan mokcik menuju ke arah cahaya itu sambil teraba2. Tiba-tiba mokcik mendengar suara.. 
" Dik...dik...naper dik?"  . Apabila mokcik membuka mata, mokcik sedang menangis, meraba-raba mencari pintu...sleep walking ropenya mokcik. Room mate mokcik, Kak Faridah yang menepuk mokcik agar sedar dari igauan.  Beberapa lama selepas mendapat mimpi ini mokcik mulai berjinak2 memakai tudung.

Hari ini bila mokcik kenang2kan semula kisah lalu, tiba2 terasa sebak. Baru terasa sebenarnya Allah SWT banyak memberi peluang kepada mokcik...kenkadang mokcik terlalai. Tapi Dia tidak pernah jemu memberi peluang kedua kepada mokcik...syukur alhamdulillah...

11 comments:

  1. Syukur alhamdulillah..akak terharu membacanya..memang betul allah masih sayangkan azwa..bersyukurlah atas nikmatnya..

    ReplyDelete
  2. alahai..kenangan mengusik jiwa ye... kisah mokcik lebihkurangla degan saya. saya kecik2 dulu berkawan semuanya dengan ca ya nun alif. makan minum mandi tidor study semua disitu. tapi macam orangtempat mokcik, mereka tak penah pengaruhi untuk ikut mereka, kalo makan pon diasingkan. mmm.. macam2 peristiwa berlaku. kenangan yang takkan dilupakan.

    ReplyDelete
  3. Kak Erna,

    tu semua kenangan mengusik kalbu hehehe..memang sangat bersyukur kak ..

    ReplyDelete
  4. Cik Sanya,

    Dulu2 takde macam skang ni semua orang sensitif sangat kan...syukur lah Allah peliharakan kita.

    ReplyDelete
  5. tak pernah terfikir pasal ni sebabnya ummi kan kenal azwa, so dah tengok luaran dan bersembang dan tak pernah terfikir yang ini pernah terjadi kepada azwa,

    syukur sangat, semoga Allah pelihara dan dilindungi kita semua :)

    ReplyDelete
  6. Hello Mokcik Azwa, dropped by to wish you and all at home a pleasant puasa month/You stay young and simpan satu lagu dalam hati.
    Have fun, Lee.
    ps, your place there ada buaya? Arhaaaa ha ha.

    ReplyDelete
  7. Ummi,

    Citer lama2..nostalgia pula di bulan Ramadhan nie..

    syukur sangat kan..amin amin semoga Allah melindungi kita semua.

    ReplyDelete
  8. Lee,

    Thanks for dropping by..

    loong time ago, no buaya at the river but recently i heard got buaya one...dunno how true is it, but every year, at least one life will be taken by the river.

    ReplyDelete
  9. sebak kanns.. uhuhu

    salamm ramadhan mokcik ittewww..

    ReplyDelete
  10. Salam ramadhan juga en_me

    Terima kasih sudi bertandang.

    ReplyDelete
  11. oh, gitu kisah mokcik rupanya, alhamdulillah....

    ReplyDelete