Thursday, July 29, 2010

ENTRY CERIA DI PAGI KHAMIS

Salam semua.

Hari ini bermula dengan agak ceria. Semalam berjaya menghabiskan hutang puasa Ramadan lepas. Pagi ini pasang lagu Maher Zain dan buat kerja. Memang bertimbun fail atas meja. Mokcik ambil yang mudah2 dulu. Surat2 untuk ditandatangani, yes! Berjaya dikeluarkan dari bilik mokcik. Fail2 yang perlu arahan, ketepikan dulu. Fail2 yang perlu mokcik berfikir separa berat, letak sebelah kanan. Relakkan dulu fikiran yang sudah digunakan semaksimumnya beberapa minggu lepas.

Buat entry dulu. Lepas ni baru sambung dengan meneliti surat2 masuk. Huii...setiap hari banyak juga surat2 masuk untuk unit baru mokcik nie. Banyak sangat ker penjawat awam yang melakukan kesalahan dan kecuaian sehingga bertalu-talu surat saman masuk??? Masih agak merangkak2 mokcik disini. Maklum belum familiar dengan kod fail anak2 buah. Takper, sebulan lagi ok la nie.

Tiba-tiba dapat panggilan telefon dari pejabat boss besar. katanya ada jemputan tahlil petang ni di surau pejabat di presint 4. Pertanyaannya, "Puan akan hadir?". Tapi bunyi disana macam arahan bukan pertanyaan. Terkesima sokojap mokcik..."eh..ya..ya..insyaAllah saya hadir." Sebenarnya nak melepaskan diri. Bukan sebab tahlil. Sebab yang dijemput semua bos-bos, kita yang kecil2 nie...alahaii..segan la pulak. Pergi segan, tak pergi pun segan...alah..pergi jer la mokcik...relak la... :) Pandai2 la bawa diri karang...

Oklah mokcik nak menelaah senarai status kes anak2 buah mokcik ni. Petang nanti ada mesyuarat. Sehingga jumpa lagi...chewaahh..jaga diri kenkawan baik2...jangan nakal2.. daaaa...

13 comments:

  1. bagus... kita sama sama ceria ya azwa...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..ceria kerja pun senangkan..
    azwa..akak dari anak dara lagi..ganti posa mesti bulan syawal..senang..waktu2 lain bila nak buat posa sunat..sebab hutang dah beres..
    cuba la..mulakan dari tahun ni..hati akan rasa lapang bila hutang posa dah selesai..jangan marah ye..akak pepandai je..

    ReplyDelete
  3. Zar,

    alhamdulillah zar..dah makin ceria..

    ReplyDelete
  4. Kak Erna,

    memang betul la kata2 akak tu...sebelum ni masa di state, biasanya lepas raya berebut2 la kami sepejabat membayar puasa sambil terus berpuasa enam. Tahun lepas memang tak terasa pula suasana itu di sini...dah last2 ni baru ramai pakat berpuasa.

    InsyaAllah tahun ini, jika panjang umur, lepas raya terus nak qada' atau puasa enam..

    ReplyDelete
  5. Hi Mokcik, love your expression, "huii..."! Ha ha.
    Love people who write from their hearts, like you.
    I guess nobody enjoys filing work....
    How come no data entry into computers? Ada kan?

    Anyway, you stay easy, have a beautiful weekend...
    love your song selections, and Lionel Ritchie is good. Best regards, lee.

    ReplyDelete
  6. Kak Azwa,

    Wah unit baru, layout blog pun baru....dengan semangat baru...mana2 pun ada cabarannya...

    ReplyDelete
  7. Hi Lee,

    hehehe..thanks for the 'jalan atas air' compliment..pinjam your expression sekejap hahaha.

    ohooo...ini mesti Lee confuse dengan bahasa mokcik ni kan. Actually, what i meant is that, all the letters that needed to be signed, i just signed it mechanically while speed reading looking for mistakes. For files that asking for direction and involve some thinking, but not that urgent, i put it aside first. I'll tackle the urgent files first.

    Nowadays people are very money oriented, sikit2 mahu saman...bagi jalan, kena saman, tak bagi jalan also kena saman..

    ok take care and have a nice day Lee.

    ReplyDelete
  8. Salwa,

    Bosan sebenarnya. oleh itu bila lunch hour kerja ialah menggodek sana sini...

    cabaran berbeza, tu yg perlu menyesuaikan diri. Tapi dah sebulan makin serasi..alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. salam kak..
    baguslah ceria-ceria supaya lagi awet muda.
    akak bila nak 'terbang' ni..lama x jumpa.

    ReplyDelete
  10. wahhh... bz sangat2 tu bunyinya... harap ceria tu berpanjangan la ye. sekejap je dah nak ramadhan..tak sabar tunggu ramadhan... walopon sedehbuka pose sorang2. uwaaaaaaa....

    ReplyDelete
  11. Irfa,

    akak selalu terbang hujung minggu, tu yg tak terjumpa tu...hehehe...

    ceria-ceria selalu tambah2 nak posa nie kan..

    ReplyDelete
  12. Saya,

    Ada masa bizi giler, so kena la pandai2 cari cara kurangkan kebizian tu hehehe...kalau tak tensennnn jer la sepanjang masa.

    alala...ciannya...mokcik pong buka posa sensorang maaa...

    ReplyDelete
  13. In our busy life, newspapers are most important source of
    information. The particular classy aspect along with self-assurance
    which Hermes Birkins purses supply most women position these individuals the most sough immediately after manufacturers
    for most girls getting databases. Born in the village of Kafr Tahla
    outside of Cairo, El Saadawi received female genital mutilation (FGM) when she was six years old.
    Assemble your guests in teams, set out clues and people to actually
    talk to. In advance of purchasing, you should also review if
    the reproduction Hermes totes are priced way too high compared to it really is top quality and also product difference.


    My page ... egyptian newspapers

    ReplyDelete