Tuesday, July 13, 2010

MOOD KE LAUT

Salam kenkawan.

Mood nak update blog agak merosot. Unit baru maka Mokcik harus bermula semula, belajar banyak benda baru. Dalam masa yang singkat. Terpaksa. Kalau tak macammana nak menjawab bila anak2 buah datang merujuk masalah kes dorang dengan Mokcik..

Unit dulu walaupun banyak kena keluar daerah, tapi jarang kena perah otak semaksimumnya. Kat unit baru nie sentiasa kena peka dengan isu2 semasa..paling berat kalau ada pak2 menteri atau ketua2 jabatan yang ikut sedap mulut keluarkan kenyataan. Akibatnya, kami juga la yang kena memerah otak untuk cuba menyelamatkan duit rakyat dari mengalir keluar ke dalam poket segelintir orang.

Tiba2 sahaja Mokcik rasa letih dan bosan dengan cara kehidupan sekarang! Rindu pada kehidupan bersama keluarga. Dikelilingi anak-anak dan suami ada disisi berkongsi rasa hati. Rasa mahu menjerit saja melepaskan tekanan dalam dada! I am neither here nor there..Ada pula berita tak berapa menggembirakan. Harap2 keputusannya tidak merumitkan lagi keadaan sedia ada..Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Take care all. Akan kembali bersiaran bila mood dah kembali seperti sedia kala..

10 comments:

  1. salam azwa..berat cabaranya pindah unit baru ye..dah kerja azwa kan cuba lah sedaya upaya sesuaikan diri..kalau rasa nak menjerit..jangan...nanti..heboh satu bangunan..azwa tulis je kat sini..biar kami semua yang baca ni tolong jeritkan..sabar ye..cuba cuba dan cuba lagi..kalau malaysia bolih..azwa pun bolih..hujung minggu ni..balik..jumpa keluarga.lepaskan tekanan ditempat kerja...

    ReplyDelete
  2. Kak Azwa, selagi mana namanya bekerja makan gaji begitulah...tapi apakan daya dah rezeki di situ...kuatkan semangat, buang aura2 negatif tu..pikir positif...kalo boring2 mehler ajak saya kuar makan borak2, release tension tu...

    ReplyDelete
  3. ahhh..saya pon takde mood la. kiri kanan depan belakang semuanya menyakitkan.

    ReplyDelete
  4. alahai kesian

    selagi namanya bekerja dengan orang, beginilah kehidupan yang perlu di lalui,

    kesian dekat anak-anak dengan encik syed, encik syed nak tukar ke putrajaya pun tak boleh,

    so take care azwa, doa dan mohon kepada Allah semoga di permudahkan segalanya

    ReplyDelete
  5. mokcik, maksu doakan mokcik cepat cepat dapat keluar dari dunia stress.... insyallah, aminnn

    ReplyDelete
  6. mcm tu lah dunia bekerja..mmg menbosankan.
    klu boleh nak selalu d samping keluarga..kesian anak2 belajar tanpa dpt kita pantau krn kesibukan kerja.

    hujung minggu ni baliklah kg...hilangkan stress.

    ReplyDelete
  7. Kak azwa, kawan saya sama ambik master, isteri dia cikgu kat kedah, bulan jun baru ni kawan saya tu kena posting HQ, terus dia gi kementerian pelajaran sini terus isteri dia dapat tukar ke Puchong baru2 ni(Putrajaya dah penuh katanya)....cuba gi sendiri jumpa pegawai berkenaan..mana tau ada rezeki..

    ReplyDelete
  8. azwa

    tu lah cabaran kerja.. zar ni pun dah tak sabar sabar nak kuar jabatan.. kadang2 kerja tu tak susah mana, tapi nak handle dengan orang orang sekeliling tu yg buat penin kepala

    ReplyDelete
  9. Hello Mokcik, you just take it easy. Life is like a roller coaster with its ups and downs....all and everyone will experience these hiccups once awhile, and the strng will survive.
    And you can and will.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  10. Kak Erna,

    Tu la pasal...nasib baik ada tempat ni nak menjerit..kalau tak mau orang kata mokcik dah hilang akal agaknya huhuhu...

    ReplyDelete