Monday, July 5, 2010

2 - 0

Salam kenkawan.

Perlawanan bola sepak antara negara mana pulak gol 2 - 0 ni kan? Angin ribut takde tiba2 pulak 2 - 0...

Mokcik nak citer, mokcik memang kagum dengan seorang kawan ini yang telah sanggup menolak tawaran kenaikan pangkat baru2 ini. Mulanya beliau ada meminta supaya instead of datang ke tempat Mokcik berkerja, dia ditukarkan ke Selangor dan pegawai di Selangor ambil tempat dia di Putrajaya. Ntah dimana silapnya, bukan sahaja permohonannya ditolak, tetapi kenaikan pangkatnya 'ditangguhkan'. Beliau memang ada alasan kukuh juga...ibunya sedang sakit tenat akibat kanser. Beliau lah yang bertanggungjawab membawa ibunya mendapatkan rawatan chemotherapy...maka atas alasan itu beliau sanggup menolak promotion ini.

Mokcik pun tak faham atas alasan apa permohonan beliau ditolak mentah2 sedangkan pegawai yang seorang lagi sudi membantu beliau...nampaknya polisi sekarang...bila ditawarkan kenaikan pangkat, it's either you take it or leave it. Begitu juga arahan pertukaran...suka suki bos la nak arahkan kita ke mana2 pun.

Cara terbaik nampaknya setakat ini...sama ada tolak terus atau terima sahaja dahulu. Selepas itu bincang la baik2 dengan bos bahagian, buktikan kemampuan kita, supaya mudah dia nak sokong permohonan kita. Tapi risiko lain..mungkin sampai sudah tak dapat tukar...huhuhu....macam mokcik...huhuhu. Alasannya sebab kat sana takde post yang sewaktu dengannya...kalau nak, kena pindah bahagian. Tapi itu maknanya kena menghadap bos bahagian itu pulak...alahaiii...

Maknanya dah kosong la satu jawatan di bahagian mokcik ni....pertanyaan...siapakah calon2 yang akan diminta untuk ke jawatan itu????

Satu kosong lagi kemungkinan besar ialah jawatan rakan yang mokcik ceritakan dalam post terdahulu. Post itu pernah ditawarkan pada mokcik suatu ketika dulu....huhuhu...terus terang mokcik tak sanggup. Bukan kerana kerjanya...kerja itu kita boleh belajar. Jika mokcik ke sana...aduh...alamatnya memang tak dapat la mokcik balik setiap minggu menjenguk keluarga di KT.

Memang dilema kan...Cik abe nak ke sini, tapi tak diluluskan. Kena cuba lagi hujung tahun ini...ada sesiapa yang ada kenalan di Jabatan/Kementerian Pelajaran ????


3 comments:

  1. Mokcik...kesian jugak dengan kes kawan tu kan...tapi takpelah...kerana niat dia baik Insyaallah ada rezeki dia nanti...

    Kesian Mokcik...sorang di sana...sorang di sini...penat berulang alik...orang kata duit pun abis dijalanan....semoga cik abe tu dpt ditukarkan dgn segera...

    ReplyDelete
  2. biasanya macam tu la.. bial dah dapat if ditolak terus tak dapat2 lagi dah. macam2 hal. tak consider masalah orang lansong. anyway.. saya doakan yang baik2 saja untukdia ye. harap mokcik pon dapat naik pangkat lagi nanti

    ReplyDelete
  3. Kak Anie,

    Betul tu kak Anie...moga Allah beri rezeki lebih kerana berkorban demi ibu kan.

    Saya,

    kesian juga kat kawan tu...awat la tak dipertimbangkan langsong kan...takper la ada rezeki lain kali dapat lebih baik lagi tu.

    ReplyDelete