Wednesday, June 30, 2010

APA PILIHAN ANDA JIKA...





Apakah keputusan yang akan anda buat sekiranya...

1. Anda merasai kesakitan tapi bila diperiksa, di x-ray, di scan, di MRI, doktor tidak dapat mempastikan apa penyakit anda. Katanya anda "tidak ada sakit apa-apa";

2. Anda tidak tertahan menanggung kesakitan, dan terpaksa menelan ubat tahan sakit setiap hari sehingga nak datang kerja pun tak larat. Lantas anda memohon cuti tanpa gaji. Permohonan anda, malangnya ditolak. Lalu anda meminta kebenaran untuk datang agak lewat kerana akan groggy diwaktu pagi akibat pengambilan ubat. Secara dasarnya boss setuju. Tapi, ada pula mata2 yang mengadu kepada boss dan kerana ada aduan, maka punch kad anda bertukar warna.

3. Oleh kerana permohonan cuti anda tidak dilulus, maka anda terpaksa memaksa diri untuk berkerja seperti biasa. Memandangkan kad anda pun sudah bertukar warna...maka peluang untuk naik pangkat anda telah terjejas. Tiba2 sahaja anda kini berkerja dibawah pegawai dibawah seliaan anda sebelum ini. Memang bengang kan?

4. Oleh kerana keputusan MRI anda tidak menunjukkan apa-apa 'sumber penyakit', maka anda bercadang untuk berubat secara tradisional di salah sebuah negeri di utara. Tapi, niat anda dihalang pula oleh rakan sebantal anda, atas alasan kalau di negeri itu anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang didakwa dan disyakinya ada hubungan istimewa dengan anda.

5. Maka hari ini, anda membuat keputusan untuk sengaja tidak hadir berkerja. Malah sedang bercadang2 untuk menyerahkan notis berhenti kerja 24 jam! Nasihat dan pandangan yang diberi nampaknya tidak membawa apa-apa kesan...

6. All i can say is that, whatever your decision is my fren, i wish you all the best. If you want my opinion...honestly, i think you should first change your attitude. Then discard that "room mate" far away from your life. Keep the children though! Next, take a few days leave , go and find a trustworthy traditional healer, since the doctor himself advise you the same. Above all...pray to Allah for protection from all evils, insyaAllah, He will show us the way out to our problems.

4 comments:

  1. azwa..nasihat tu..betul..bila kesakitan yang kita tanggng tidak ditemui jawapannya dihospital..berusahalah secara lain..cuma..jangan cari bomoh..carilah bijak pandai agama..ustaz..ke alim ulama ke..penyelesaian pasti ada dengan izin allah..

    ReplyDelete
  2. zar pernah merasa skait yang kritikal.. dicemuh staff sepejabat kerana di anggap cuti bersenang lenang sedanglan jelas berat badan zar turun giler dan memang perut zar berlubang.. huh dugaan..!!

    apa yg penting, sabar dan terus berusaha merawat tak kira dengan perubatan moden atau tradisional.. baca buku motivasi, baca al-quran sebab kena tepakan iman dan perkuatkan hati.. dugaan Allah SWT bermacam cara

    ReplyDelete
  3. Kak Erna,

    betul tu...dah doktor pun bagi nasihat macam tu. Masalah kawan mokcik ni, ialah "the other half"...dia percaya kawan tu sakit, tapi tak bagi dia ke mana2 tanpa dia ada bersama..cemburu tahap gaban, driving pun tak dibenarkan. I memang respek dgn kawan tu kerana sanggup menurut apa sahaja karenah the other half..

    ReplyDelete
  4. Zar,

    Agaknya kalau kita dah mati baru la dorang tu percaya kita sakit kan...

    dah boss ni satu juga..suka dengar sebelah pihak. kerana ada yg tak suka pd kita mengadu, kata2 kita tidak didengar. segala jasa kebaikan dan kejayaan kita tidak dipandang, tapi keburukan juga yg dikorek.

    Apa pun mokcik doakan yg terbaik utk kawan mokcik tu.

    ReplyDelete