Salam Kenkawan.
Pagi tadi dapat panggilan dari kawan setugas. Katanya pagi ini kaki kiri dia terasa kebas. Hingga terpaksa dipapah oleh anaknya ke Mahkamah.Dia minta arahan Mokcik, sama ada nak tunggu peguam yang tak muncul2 sedangkan arahan untuk hadir jam 8.30 pagi. Katanya dia dah tak tahan sakit. Mokcik cadangkan dia berjumpa dengan pegawai berkenaan dan failkan sahaja hujahan kepada Mahkamah. Dia ada perbincangan kes pagi ini juga katanya. Mokcik kata pada dia.."Your health is more important. just go and see the doctor. Someone else will look after the case."
Kawan ini dulunya bertugas di Penang. Kerja disana memang agak banyak dan dia terpaksa menarik dan mengangkat beg-beg yang berat untuk urusan kerja. Akibatnya, beliau menghidap HERNIA! Baru sahaja beberapa minggu lepas dia menjalani pembedahan.
Mokcik katakan kepadanya, dia sepatutnya berehat sehingga betul2 sembuh. Tapi katanya, bosan duduk dirumah. Hari sabtu lepas, dia pulak terlupa dia baru sembuh dari pembedahan. Dia pulak terover rajin ikut mengangkat kotak2 fail untuk proses pelupusan fail. Hah..akibatnya, kaki kirinya jadi kebas dan tak boleh bangun. Terus Doktor beri MC dua hari.
Definition
A hernia is usually a sac formed by the lining of the abdominal cavity (peritoneum). The sac comes through a hole or weak area in the fascia, the strong layer of the abdominal wall that surrounds the muscle.
The types of hernias are based on where they occur:
- Inguinal hernia appears as a bulge in the groin. This type is more common in men than women. The bulge may go all the way down into the scrotum.
- Femoral hernia appears as a bulge in the upper thigh. This type is more common in women than men.
- Incisional hernia can occur through a scar if you have had abdominal surgery in the past.
- Umbilical hernia appears as a bulge around the belly button. It occurs when the muscle around the navel doesn't close completely.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan kita bersama. Kita mungkin merasa sihat, tapi selepas pembedahan perlu masa untuk sembuh sepenuhnya. Mokcik pun tak mahu bebankan dia dengan kerja yang teruk2 dahulu, walaupun dia sanggup. Mokcik pernah mengalami saat pembedahan C-section anak ke lima...alahai...kerana tidak terasa sakit, selepas seminggu pembedahan...seolah2 terlupa kita ini baru bersalin. Tiba di rumah, mokcik terlihat sampah di atas lantai. Secara spontan, mokcik membongkok mengutip sampah tersebut.
Nah engkau...bila mokcik kembali bangun, tiba2 mokcik nampak bintang2! Mujur tidak pitam!
Kerja boleh didelegate kepada pegawai lain, tapi kesihatan kita...sakit pening kita, kitalah menanggung sendiri.
Semoga kawan mokcik cepat sembuh!
DAN SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA ESOK, MOKCIK INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERHARI RAYA AIDIL ADHA, SELAMAT MENJALANKAN IBADAH KORBAN PADA YANG BERKORBAN TAHUN INI.
HATI-HATI DALAM PERJALANAN. BIAR HANYA KAMBING, UNTA ATAU LEMBU SAHAJA YANG DIKORBANKAN, BUKAN NYAWA ATAU HARGA DIRI KITA.
JUMPA HARI KHAMIS, INSYAALLAH.