Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

MOOD KE LAUT

Salam kenkawan.

Mood nak update blog agak merosot. Unit baru maka Mokcik harus bermula semula, belajar banyak benda baru. Dalam masa yang singkat. Terpaksa. Kalau tak macammana nak menjawab bila anak2 buah datang merujuk masalah kes dorang dengan Mokcik..

Unit dulu walaupun banyak kena keluar daerah, tapi jarang kena perah otak semaksimumnya. Kat unit baru nie sentiasa kena peka dengan isu2 semasa..paling berat kalau ada pak2 menteri atau ketua2 jabatan yang ikut sedap mulut keluarkan kenyataan. Akibatnya, kami juga la yang kena memerah otak untuk cuba menyelamatkan duit rakyat dari mengalir keluar ke dalam poket segelintir orang.

Tiba2 sahaja Mokcik rasa letih dan bosan dengan cara kehidupan sekarang! Rindu pada kehidupan bersama keluarga. Dikelilingi anak-anak dan suami ada disisi berkongsi rasa hati. Rasa mahu menjerit saja melepaskan tekanan dalam dada! I am neither here nor there..Ada pula berita tak berapa menggembirakan. Harap2 keputusannya tidak merumitkan lagi keadaan sedia ada..Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.

Take care all. Akan kembali bersiaran bila mood dah kembali seperti sedia kala..

Thursday, October 4, 2007