Salam kenkawan.
Pagi sabtu 27 November lepas, seawal jam 6.30 pagi mokcik bertolak ke KLIA. Flight ke KT jam 8.40 pagi. Sudah checked in, jadi tidak perlu tergocoh-gocoh. Flight pagi, nampaknya banyak tempat duduk kosong. Ada tiga orang anak beranak sudah mengambil seat mokcik. Tak apalah mokcik beralih ke seat sebelah...as long as mokcik masih boleh dapat seat di baris 5 yerr...mokcik mengisi masa lapang dengan membaca surat khabar 'The Star".
Terdapat satu artikel yang mokcik rasa amat bagus sekali untuk meningkatkan motivasi mereka-mereka yang sedang down.Pendek kata ianya makanan yang sesuai untuk roh kita...orang putih kata 'Chicken soup for the Soul". Ianya berkenaan artikel seorang pendaki gunung...nama penuh mokcik tak ingat...yg mokcik ingat nama pendaki itu Jamie. Jamie seorang pendaki gunung yang mana semangatnya tidak pernah luntur dan beliau akan berusaha untuk merealisasikan hasrat dan cita-citanya. Ketabahan Jamie sangat mengagumkan kerana tidak seperti anda dan saya, Jamie tiada kedua2 belah kaki dan tangan! Jamie kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan dalam satu ekspedisi pendakian gunung yang mana mereka telah terperangkap dalam salji. Rakan karibnya meninggal dunia dalam kejadian itu, sementara kedua-dua belah kaki dan tangan Jamie terpaksa dipotong.
Jamie tidak menjadikan kecacatan ini sebagai penghalang sungguhpun pada awalnya dia memang down giler.
Sebaliknya Jamie melawan dan menakluki halangan dihadapannya dengan membahagi2kan masalah itu kepada beberapa bahagian, dan beliau akan cuba mengatasi masalah itu bahagian demi bahagian.
Ini mengingatkan mokcik kepada kata-kata..."Anggaplah masalah besar kamu itu cuma satu masalah yang kecil sahaja. Dengan itu mudah bagi kamu untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu."
Yang paling menarik bagi mokcik ialah bahagian berkenaan pemerhatian tentang aliran sungai. Apabila air sungai bertemu dengan halangan dihadapan seperti batu besar, air sungai tidak berusaha menyingkirkan batu itu, tetapi sebaliknya mengalir melalui tepi batu tersebut. Begitu juga dalam hidup kita, sekiranya kita berasa kita berhadapan dengan dinding di hadapan kita...tidak perlu kita pecahkan dinding, sebaliknya berusaha melepasi dinding dengan melalui di kiri atau kanan atau memanjat dinding tersebut.
Ada banyak contoh2 yang menarik yang boleh membuat motivasi kita akan bertambah baik dalam artikel tersebut..Mokcik cadangkan untuk kawan2 membacanya dan semoga ia akan mengubah pandangan anda tentang apa-apa masalah dihadapan anda dan mungkin anda boleh beroleh jawapan keluar kepada masalah itu.
********
Pada masa mula-mula mokcik berpindah ke Unit baru ini, anak2 buah pun masih tidak pasti bagaimana cara mokcik berkerja. Malah ada seorang anak buah itu telah mengadu kepada bekas ketua unit terdahulu semata-mata kerana apabila dia datang untuk mencadangkan agar kes yang dia kendalikan diselesaikan di luar mahkamah, mokcik tidak bersetuju. Sebaliknya mokcik memanggil salah seorang anak buah yang lebih senior dari anak buah itu untuk berbincang bersama-sama berkenaan kes tersebut kot-kot ada jalan atau harapan untuk menang sekiranya kes diteruskan. Bagi mokcik, mokcik tak segan memanggil junior officer asalkan dia memang berpengalaman berkenaan sesuatu isu untuk berbincang bersama dan meminta pendapat dia. In the end, the decision is my discretion.
Mokcik juga suka melibatkan junior officer, terutama yang 'bukan dalam buku' ketua terdahulu dalam persediaan kes mokcik. Mokcik ingin memberi mereka peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Ternyata percaturan mokcik berhasil kerana dengan penyelidikan yang dibuat oleh pegawai ini, mokcik berjaya dalam kes di Mahkamah Rayuan tempohari. Kes itu sepatutnya dikendalikan oleh pegawai lain. Dia terikat dengan kes bicara yang lain di Mahkamah Tinggi pada hari tersebut. Jadi bila boss bertanya siapa akan kendalikan kes di Mahkamah Rayuan, mokcik jawab, "I'll do this case tuan." Masa tu tak tahu head and tail. Tapi mokcik tak nak dilihat sebagai ketua unit yang suka tolak2 kes pada orang lain. Boss kata, "One issue only right. Before you go, discuss with me first." Well, that's exactly what i did and the well done research done by my junior officer help a lot too.
Mokcik juga perasan, sikap boss terhadap mokcik berbeza sedikit selepas kes tersebut. Lebih terbuka dan mesra alam berbanding sebelum ini hehehehe...Pandangan anak2 buah juga tidak dinafikan ada UP la sikit...hahaha.. Bagi mokcik, mokcik bersedia berbincang strategi untuk tackle satu-satu kes walaupun sampai larut malam..dengan syarat mereka pun harus bersedia untuk berbincang. Maksudnya, janganlah datang dengan tangan kosong. Mereka kena buat research juga dan beri input. No matter how stupid the idea seems to be...sometimes, bila kita boleh justify dan sokong dengan nas, hujahan itu boleh diketengahkan hahaha..
As for that junior officer who helped me, i can see she also changed, in a better way. I guess seeing and experiencing what transpired in the Court of Appeal boost her confidence. I believe in giving people a chance and given the right guidance and training they will bloom. Of course, they must have the right attitude too and willingness to learn, not to mention, stay back late sometimes hehehe.
*******
Aiyooh...sound so serious lah this posting. Sebolehnya mokcik mengelak bercakap isu berat2...kalau nak baca isu berat2 silakan ke blog2 berkenaan huhuhu...bagi mokcik kerja kat opis pun dah cukup berat, bila di blog nak bersantai2 lah sikit...lalalalala
boleh ingat lagi masa kecik kalau cikgu tanya nak jadi apa, then mesti nak jadi lawyer
ReplyDeleteat last cita-cita itu berkubur macam tu aje bila pilih account since form one sampai ke university
rasanya ummi apply dengan anak-anak aje lah kot, jadi hakim untuk dengar sapa yang salah bila ada yang menangis dan mangamuk :)
Ummi,
ReplyDeletehahaha...mokcik rasa as a mother atau isteri, kita adalah segala-galanya...kitalah cikgu, kita la akauntan, kitalah peguam, hakim, driver, tukang masak, tukang cuci, banker, juruaudit...hehehe
in the end, when we are at home, it doesnt matter who we are, to our children, we are a mother.
mokcik pulak bila kena tanya nak jadi apa, mesti jawab nak jadi doktor, tapi buta maths...that's why nak jadi cikgu tapi takdir menentukan berada disini :)
biarlah serius, it's a chicken soup for the soul kan.... tengkiyu mokcik
ReplyDeleteMokcik... ada masa ketika sedang down... cerita2 yang boleh menaikkan semula semangat amat baik untuk dibaca...
ReplyDeleteThanks mokcik...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemok cik..sesekali isu berat tak ape la mokcik..
ReplyDeletetahniah jugak buat mok cik..bos yang baik..bagi kepercayaan pada anak2 buah..
tapi..jangan selalu2 isu berat mok cik..nanti akak fenin la.. he he..
suker tengok kartun tewww, tp x paham bahh.. ahaha
ReplyDeleteMak su,
ReplyDeleteSesekali serius..ok gak kan
Kak anie,
ReplyDeleteBetul tu kak...cerita2 motivasi sesekali memang bagus utk dibaca utk menaikkan semangat kita utk terus menghadapai cabaran2 mendantang
Kak erna,
ReplyDeleteSesekali tak per ya.
Mokcik pernah diberi peluang kedua oleh boss terdahulu. Oleh itu tiada salahnya kita melakukan perkara yang sama, malah anak2 buah akan lebih menghargai dan menghormati keputusan yang kita buat.
en_me, tak faham tang mana tu huuhuhuhu
ReplyDeleteSalam Mokcik,
ReplyDeleteSusah nak dapat bos macam Mokcik nih syabasy dan tahniah...selalunya bos pandang sepi je pendapat orang bawah...maklumlah, orang bawah tak sekolah tinggi....:-(
Assalam Auntie Yan,
ReplyDeleteterima kasih hehehe. mokcik juga bermula dari bawah..maka selalu ingat pesanan arwah bapa,antara lain, jgn malukan orang, sentiasa bersabar menghadapi kemarahan, beri peluang kepada diri sendiri dan orang lain..begitulah. Manalah tahu suatu hari nanti anak orang bawahan pulak jadi bos pada anak-anak kita...hukum karma...kerana itu kena selalu beringat dan berpada-pada dalam perbuatan kita.
Hello Mokcik, very interesting reading from the little of my University Pasar Malam bahasa....can see your daily experiences being heartwarming as well soul searching.
ReplyDeleteSeems you have a good understanding boss too. Not many like him.
Dia ada buat wayang like you in court?
By the way, the court still by that bridge dekat clock tower? Opposite the padang?
Back in the 60s, early '70s lots of food stalls by the river sebelah the court house.....still remember the lontong, rojak I used to have there.
Have a pleasant weekend, Mokcik, best regards, Lee.
azwa
ReplyDeletesesekali isu serius ok gak..
zar pun kat ofis serius dan strict orangnya, dalam blog dan fb aje huha huha.. memang kadang2 halangan depan mata itu sebanranya bukan halangan tapi jambatan untuk kita pergi lebih jauh... :)
baii..sekian ucapan motivasi dari mokcik yang dikasihi. hehehe.. jangan marah mokcik..gurau2 je. kadang memang perangai kita kat opis dan kat luar amatlah berbeza. memang kena bezakan supaya akan nampak kepentingan waktu formal dan waktu riadah. eh..tapi cerita bab2 aliran sungai tu saya tak paham lah. huhuhuh...
ReplyDeleteSalam Mokcik Azwa..
ReplyDeleteHehe samalak nama kita...ihiiikkks. Beratkan nak handle satu2 kes. Mama surrender cam tobat ajer kalu baca bab2 kes demi kes. Nak abiskan subject law kat uitm dulu punya lah seksa sampai kat U. Kena hafal kes2 tu. Ampun. Tabik Mokcik Azwa.
salam ziarah mokcik azwa..saya datang..:)
ReplyDeleteHi Mokcikm how you doin'? You busy? Banyak churi ayam cases?
ReplyDeleteAnyway, just dropped by say hello.
Have a nice day, Lee.
Hello Lee,
ReplyDeleteSorry for the longgg overdue respond. I was on leave for two weeks...will make entry about it later.
Yeah...thank god for an understanding boss hehehe
The Court next to the padang has moved to Jalan Duta. The Jalan Duta's old "kandang kambing" court has been upgraded to a bigger courts though we heard rumours that the former courts in Jalan Sultan Abdul Samad maybe renovated.
The Federal and Court of appeal courts however are housed at palace of justice, fondly called POJ in Putrajaya.
Have a nice day Lee.
Zar...betul tu...masa kerja takkan nak main2 pula kan...dah nama pun kerja. Mujur la ada blog dgn fb tempat melepas stress..bleh berhuha huha sket hehehe
ReplyDeleteLeeya,
ReplyDeletebetoi tu...
errkkk tak faham citer pasal sungai tu ek..hehehe..adoi camna nak kasi faham ek...secara mudahnya, kalau kita ada masalah, kita tak semestinya alihkan masalah itu tetapi kita cari jalan mengatasi masalah itu...camtu la..hehehe
Mamawana,
ReplyDeletesama nama ker hehehe..
Mokcik dulu pun rasa nak give up jer law ni..malah kena repeat setahun lagi. Tapi berkat doa arwah bapa dan juga mama mokcik, alhamdulillah berjaya mengatasinya. Rasanya lebih mudah mempraktiskannya berbanding belajar teori...memang payah kan..tabekk dgn mama gak hehehe..tabek springg
Cikceria...selamat datang...sudi2kan bertandang lagi hehehe
ReplyDelete