Friday, November 26, 2010

MAAF MOKCIK TAK SANGGUP JADI TUKANG MASAK ATAU MENTERI PENGANGKUTAN

Salam kenkawan.


Hari ini hari jumaat terakhir untuk bulan november 2010. Setiap hari jumaat terakhir setiap bulan akan ada gerai jualan kat anjung C6. Bukannya murah pun jualan dia. Tapi sekurang2nya ada kelainan sedikitlah pada hari jumaat ini. Bolehlah pi cuci2 mata, jalan2 melihat2, membelek2 dan kalau2 terberkenan, bolehlah membeli apa-apa yang diberkenankan itu. Macam2 ada kat anjung ini. Hanya pada hari jumaat terakhir setiap bulan ya.

Yang bestnya, bukan jauh sangat dari pejabat mokcik. Dekat sangat. Jalan kaki pun tak penat. Boleh juga dianggap senaman yang tak sampai pun berpeluh dibuatnya hehehe. Memang meriah jugaklah kakak2, adik2, mokcik2 membeli belah kat anjung setiap hari jumaat terakhir setiap bulan ini hahaha. Tapi yang agak sakit mata memandangnya, ada jugak kaum lelaki...yang menjual dan yang membeli yang turut sama menyibukkan diri pada jam yang sepatutnya waktu untuk menunaikan solat jumaat. Mokcik bersangka baik, agaknya hari itu mereka datang bulan agaknya. Barangkali. Kalau tak, apa pulak alasan mereka berada di anjung pada masa material itu kan...Tak apalah...kalau kita tegur karang, dia jawab, "kubur masing-masing."  Memanglah kubur masing-masing, kecuali kalau ada kes tertentu, dimana dikuburkan didalam satu liang lahad yang sama, betul tak.

Jam baru pukul 11.45 pagi. Ada setengah jam lagi sebelum boleh keluar. Tapi jam 12 tengahari ada pulak jamuan makan untuk meraikan kenaikan pangkat salah seorang pegawai kat pejabat mokcik ni. Beliau itu akan berpindah ke pejabat lain mulai bulan depan.  

Tak apalah. Hari ini hari jumaat. Masa lunch agak panjang sikit. Lepas makan2, bolehlah merayau ke anjung sokojap...hehehe..

Anda pula kemana arah tujuan tengahari ini?  

Updated:

Aiyakk...pada pukul 12.00 dapat panggilan telefon. Untuk menghadiri makan2 rakan kami itu. Dah abes makan, boss masuk...so, takkan nak keluar pulak, kena duduk2, berbasa-basi...cerita punya cerita sampai pukul 2 petang.. Tak ke anjunglah mokcik jawabnya. 


Tajuk takde kena mengena dengan entry...hehehe...

14 comments:

  1. salam..
    eh macam takde kaitan ngan tajuk je..hehe
    saya pun break 2 jam duk opis je..malas nak kuar..makan pun belum ni..

    ReplyDelete
  2. Irfa,

    memang takde kaitan hehehe...tajuk utk melepaskan perasaan, isi kandungan lain hahahaha

    ReplyDelete
  3. mok cik..ha ha ha..lelaki yang datang bulan je..meniaga hari jumaat ye..
    pandai mok cik bersangka baik..betul2 baik punya..he he..

    ReplyDelete
  4. tu yang pening tu. dok baca 2-3 kali kot2 le terlepas pandang perkataan ke apa ke. hehehe. saya ingat dept mokcik nak buat joint venture jual2 barnag tu then mocik kene jadi drebar or tukang masak. apakah? hahhahahaa.. bikin suspen le tajuk dia tuh. anyway.. esok2 saya nak buat tajuk resepi tapi entry pasal marah orang, boleh. hahhaha..

    ReplyDelete
  5. Kak erna,

    hehehe...kalau tak dapat gak mesej tu tak tahu la hehehe...

    ReplyDelete
  6. Zino,

    Dah balik kampung pada hari sabtu dan balik Pjaya hari ahad semalam.

    ReplyDelete
  7. Leeya,

    apa salahnya...tajuk tu nak lepaskan perasaan kat org lain, entry mesej lain hahaha...

    sebenarnya geram kat seseorang tapi tajuk memang takde kena mengena dengan entry hehehe...jgn maree

    ReplyDelete
  8. sy igt td mokcik kena gi beli nasik goreng kampung utk boss2 sebab bos nak buat lunch mtg... he he he

    ReplyDelete
  9. Maksu...kalau bos yang arah...tak sanggup pun kena jugak buat hahaha

    ReplyDelete
  10. he he he lelaki datang bulan, ada yang berani jawab..buat lawak konon..
    Allah is on leave today.

    ReplyDelete
  11. Hello Mokcik, so, you go jalan2 to the nearby shops to relax....
    Mokcik, what is the meaning of 'anjung'?

    I know 'Tanjung'....but 'anjung' saya never heard or read before.
    Okay, bila saya balek kampong, I belanjar you makan....I datang your office...no need wear tie?
    I datang on Friday so can have longer lunch....you bring me to the best fish head curry there, ha ha.
    You have a nice day, Mokcik. Stay young....see you in court, Lee.

    ReplyDelete
  12. Kak Marina,

    Ada gak yang berani jawab tu kak...seolah kita pulak yg bersalah huhuhu..

    Welcome kak, gembira berkenalan dengan akak :)

    ReplyDelete
  13. Hello Lee,

    Well...plan to go jalan2 but did not. While we were trying to finish our lunch of kfc, the BOSS came in...so..we stayed and chit chat with her until 2 pm hehehe

    The meaning of anjung ya...aduiii...hehehe... kena buka kamus dewan ni hahaha. Actually it is part of another building next to our office. It is like a hall but open air where they will be stall2 selling all kinds of things once a month. They call this place as Anjung.

    Oh ya, if you come back to Malaysia..do drop by..i havent find a good place to eat fish head curry in Putrajaya but i know a place where you can get the best cheese naan hehehe...

    Have a nice day Lee...save your objection till the next session hehehe

    ReplyDelete