Tuesday, November 9, 2010

TERUS MOKCIK SPEECHLESS

Salam kenkawan.


Alhamdulillah kerja berjaya disiapkan mengikut jadual. Sedikit persiapan lagi untuk kerja di KK hari jumaat ini.

Ni citer pasal kejadian yang membuat mokcik tak tahu nak cakap apa.

Dua minggu lepas, mokcik dapati sinki dapur kering di kuarters mokcik macam agak slowwww jer air mengalir.

"Aik, naper nie?" Mokcik bertanya kerana sebelum ini orait jer air mengalir keluar dari sinki.


"Air tu lambat sikit.." Jawab anak sedara cik abe.


Hmnn...tak per la...guna sinki sebelah. Mujur sinki kembar. Sejak dua minggu lepas mokcik pun jarang menjenguk dapur. Selalu balik lambat. Jadinya makan kat luar la atau kalau malas, mokcik masak megi mee cepat dimasak sedap dimakan di dalam bilik sajork.

Pagi tadi dalam pukul 6.30, mokcik terlalu la kat dapur sebab nak membasuh kain yang tertangguh sejak minggu lepas. Mokcik perasan kain alas kaki berdekatan sinki basah lenjun.  Alahaiii...bocor ker sinki? Mokcik periksa ok sahaja. 


Tak per la...mokcik pun perah la alas kaki tu, basuh2 sikit dan sidaikan. 


Lepas tu mokcik tergerak hati nak cuba try test tengok sinki tu dah ok ker tak.. air nampaknya langsung tak nak mengalir keluar, dok bertakung dalam sinki. Mokcik pun ambillah pam yang mokcik nampak ada kat luar. Pam2 tak ada respon. Air sikit tak mengalir kluar.

*toinggg*...dapat idea!  Buka pintu kabinet dan menjenguk bawah sinki. Ok...mari mokcik cuba try test buka bahagian bawah saluran sinki. Ambil besen untuk menadah air...air bertakung dalam sinki, lojiknya kalau buka bahagian bawah mesti air mengalir keluar kan..


Mokcik pun feeling ala-ala plumber berusaha memusing bahagian bawah sinki. Alhamdulillah mudah dibuka. Sebaik dibuka, bau beras basi menusuk hidung. Tapi sedikit air tiada mengalir turun. Hanya dalam segenggam beras berjatuhan ke dalam besen. Mokcik bawa ke tandas penutup bahagian bawah sinki dan dapati didalamnya di penuhi beras...adalah dalam setengah genggam. 

Lepas tu mokcik kembali membelek bahagian bawah sinki. Pelik...kenapa air tak mengalir juga? mokcik pun memandai2 lagi feeling ala2 plumber meraba2 bahagian dalam saluran paip sinki tersebut. Agak terkejut bila mendapati keseluruhan bahagian saluran paip keluar itu dipenuhi dengan beras basi!  Mokcik terpaksa mengorek2 dengan agak bergaya jugak sebelum tiba2...zasss....air mengalir turun.

Pada pengamatan mokcik, beras yang dikeluarkan daripada bahagian bawah saluran sinki itu mencukupi untuk seorang makan.


Tapi persoalannya, kenapa buang beras dalam kuantiti begitu banyak?


Keduanya, kenapa pulak dibuang di sinki? Tidakkah kamu terfikir akibatnya apabila kamu membuang beras atau nasi yang begitu banyak ke dalam sinki akan menyebabkan sinki tersumbat?


Soalan macam ini, budak darjah enam yang dah pandai masak nasi pun boleh jawab. 


Lepas itu bila ditanya, jawaban pula ala-ala innocent.


Mokcik tak tahu nak kata apa dah.  Mokcik speechless!

8 comments:

  1. alahai.. susah betoi kalau dapat kes macam ni kan.. masuk mahkamah tinggi pun belum tentu boleh setel ni..

    sabarlah mokcik.. cakap elok elok kat anak sedara tu.. agknya tak biasa lagi dudukberjauhan dengan keluarga tu, main hentam keromom aje

    ReplyDelete
  2. sabar mok cik..walau pun akak pandai cakap je..
    tak pe..lepas tu..mok cik bagi tau..jangan buat lagi..dan masaalah yang akan timbul kalau dibuang sampah ke ape ke dalam singki....
    nasib baik azwa ni..serba boleh..

    ReplyDelete
  3. Zar,


    hehehe...ni kena masuk mahkamah penghulu la agaknya hahaha

    Itulah...mokcik bersangka baik sajork la. Nak kata tak biasa berjauhan, dia studi kat UUM sana. Nak kata tak pandai masak, dia tu anak sulung

    Sabar...sabarr... hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak erna,

    Memang kena cakap elok2 dan sabarrr banyakk kak. Kita menegur sebab anggap dia macam anak kita sendiri, tapi takut kang dia terasa hati pulak, walhal niat kita ni untuk kebaikan dan keselesaan bersama..

    hopefully lepas ni dia tak buat lagilah..insyaallah

    ReplyDelete
  5. bekhen jer anak sedara ipar duai mokcik tewww bahh.. ekeke

    ReplyDelete
  6. ayoo en_me...kang dia lari..takde kawan mokcik kang hehhe

    ReplyDelete
  7. hehehhehee.. agaknya tertumpah kot, tak perasan dan tak sempat nak tahan.. mokcik.. sink rumah saya pon tersumbat..mokcik tolong datang repair pleaseeeee.. hehehh..

    ReplyDelete
  8. Leeya...yer la tu..alasan tak logikmu diterima hahaha

    apa tersumbat? ni yang patot kena bekhen nie hahaha

    ReplyDelete