Salam Kenkawan.
Boring kannn...balik rumah, dah ler kosonggg jer.... |
Mokcik kan selalu balik lewat. Bukan sebab kerja banyak sangat sampai tak boleh nak balik awal.
Lebih kepada pilihan peribadi, lebih baik mokcik 'stay back', sekurang-kurangnya ada juga dua tiga fail yang sempat mokcik siapkan. Kadang-kadang, anak-anak buah bila melihat mokcik masih ada di pejabat, datang berbincang tentang masalah dalam kerja mereka.
Hanya hari Jumaat, yang mokcik akan keluar tepat2 jam 5.30 petang hahaha... Itupun, sebelum mokcik belajar apa itu, "web check in". Sekarang ni, seawal hari Khamis, mokcik dah "web check in". Maka, tak perlu tergesa-gesa ke Lapangan Terbang lagi.
Anyway, selepas Aidilfitri, mokcik ada membeli tong gas dan dapur sekalik. Sebelum ini kami cuma menggunakan portable kitchen yang menggunakan tin gas kecil-kecil itu. Sejak ada dapur gas ni, mode rajin memasak ada menegak sikit darjahnya hahaha.. so, mokcik pun rajinlah juga balik awal sikit. Awal-awal pun dalam pukul 7-8 malam la jugak.
Alhamdulillah, minggu lepas mokcik ambil keputusan untuk membeli sikit perabot...nak kasi up lagi semangat balik awal dan masak-masak segala. Maklum la harga makanan sekarang alahai...satu hari tu kalau breakfast, lunch hingga dinner dibeli, mahu dekat RM20. Kalau minus air segala, dalam RM12-13 jugak. Minggu lepas, mokcik terover rajin, makan pagi, tengahari dan malam, masak sendiri...wow...jimat banyak!
Tapi yang tak berapa bestnya kalau rajin sangat masak memasak ni, waist line pun ikut mengembang hahaha...so kena juga kontrol2...yang elok agaknya ialah....malas makan! hahahha kompom poket tak terusik dan badan pulak makin selim hahaha...
On another note, la ni dah masuk musim tengkujuh...last week balik KT, sepanjang hari hujan. Air pun dah mula naik. Jika hujan tak berhenti jugak, hmnnn, adalah jalan yang terpaksa ditutup. Berita tak menarik bagi cik abe yang akan terpaksa ambil jalan detour yang agak jauh untuk ke sekolah. Harap cuaca bertambah elok...lagipun sangat tidak best menaiki kapal terbang dengan keadaan cuaca yang tidak berapa elok....kecut perut!
Buah Tarap..kredit kepada pemilik blog wynepride@blogspot.com.. Di Sabah buah ni memang terkenal. Hinggakan ada pantun dua kerat berkenaan buah ini...bunyinya " Buah Tarap buah Timadang, Saya harap jangan meradang" [buah tarap dalam bahasa Dusun di sebut sebagai Timadang hehehe] |
Macam ni ropenya isi buah tarap bila dibuka. Isinya berwarna putih, rasanya manis kalau dah masak ranum. Yang sedap masa dia baru nak masak..tu ada masam2 manis2...heaven betul rasanya. [kredit kepada pemilik haveyoueaten.net]
Tiba-tiba terkenang kat kampung pulak...bila tengok gambar buah tarap ni. Aahhh....buah tarap sedap dimakan masa ia baru nak masak...tak lembek sangat, bau pun sedang2 saja. Kalau dah ranum sangat, terlalu manis, lembek dan tidak sedap untuk dimakan huhuhu...buah tarap ini boleh juga digoreng macam buah cempedak...bijinya juga sedap direbus..
Paling suka kalau tak ada lauk atu sayur lain, mama selalu akan memilih buah tarap yang masih mentah, nak dekat masak untuk dibuat sayur. Seperti buah cempedak juga...buah ini serba boleh. Enak jika direbus begitu saja dengan ikan masin...hmnnn....yummyyy. Atau ditumis dan campur dengan ikan sardin dalam tin...Hujung tahun ni adakah musim buah tarap ya...kena hello hello mama dikampung ni hehehe..
Selamat menjamu selera semua....
salam kak..
ReplyDeletecantik sofa..hehe.
tu bukan buah sukun ker?
Mokcik...tak pernah tengok buah tarap tu...
ReplyDeleteSofa tu cantik...berkenan dengan warnanya...
Dan... semoga mood memasak tu akan sentiasa menegak...hehehe...jimat belanja kan azwa...
Irfa,
ReplyDeletehehe..black n white jugak yg diberkenankan hehehe
hehe...tak tak..tu buah tarap namanya..tak sama dgn buah sukun ehehe
Kak Anie,
ReplyDeleteBuah tarap ni tak jumpa lagi di sebelah sini. Kat Sabah memang terkenal la buah ni...baunya kuat seakan buah durian, tapi buah ni lembut senang nak buka kulitnya..
memang jimat duit belanja kalau rajin memasak kak hehehe..
mcm buah cempedak
ReplyDeletemacam buag cempedak, tapi isi dia putih sikit :)
ReplyDeletekira buah serbaguna lah ini ye :)
cantik sofa tu, sempoi aje :)
Memang macam buah cempedak, tapi buah yang ini bila dah masak, boleh dibuka begitu saja menggunakan tangan...cempedak kena guna sesuatu yg tajam. Pastu isinya putih, biji kecik2..bau lebih kuat dari cempedak hehehe
ReplyDeleteUmmi,
ReplyDeletehehehe..dari segi bentuk dan kulitnya juga berbeza dengan cempedak hehehe
memang buah serbaguna, cuma jangka hayatnya bila dah masak memang tak tahan lama...terlalu ranum, tak lalu dah nak makan hehehe
cantik sofa tu
ReplyDeletezino
ReplyDeletetengkiu hehehe