Salam kenkawan.
Lama mokcik tak dapat mengakses ke dunia blog. Hanya dapat berfacebook melalui henpon. Benar bagai dikata, manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Walaupun menggunakan perancang keluarga, belum tentu dijamin tidak akan menambah bilangan keluarga! ihiks..
Hari kedua terakhir pameran MAHA 2010, hari sabtu dua minggu lepas, kami sekeluarga merancang untuk ke MAHA 2010. anak-anak sangat teruja untuk melihat binatang2 yang dipamerkan terutama Hadi. Seawal jam 9.30 pagi kami bertolak dan dapatlah parking yang agak dekat dengan tram ke tapak pameran. Puas melihat bunga orkid dan pokok2, kami tercari2 tempat pameran haiwan. Cik abe kata kat atas nun...maka kami menapak memanjat bukit...Hadi merengek minta didukung. Mokcik pass kat abahnya, tapi hadi berkeras tak mahu dengan abah dia. So, terpaksalah mokcik mengagahkan diri mendukung budak kecik tu, panjat bukit dan turun bukit. Kami seterusnya naik bas untuk ke tapak pameran haiwan ternakan. Sekali lagi, Hadi minta digendong...dan pastinya jadi tugasan mokcik sebab dia enggan digendong oleh abahnya.
Jam 12 tengahari, Cik abe ajak balik. Ya Allah...barisan untuk giliran menaiki bas sejauh dua kilometer panjangnya. Cik abe dan dua orang hero pi berbaris, kami menunggu di tengah barisan. Sekali lagi, budak comel tu minta didukung, sambil menghisap susu pulak! kesian kat dia, mengantuk sebab penat tengok haiwan2 kat pameran tu sampai terlelap. Selepas menaiki bas, turun bas kena beratur untuk menaiki tram ke tempat letak kereta pulaks! Adoiii...serik mokcik nak ke MAHA lagi lain kali.
Balik dari MAHA 2010...badan terasa amat letih sekali, terus terlelap. Lepas asar baru terjaga.. Kemudian bersiap2 masak untuk hidangan makan malam...tengah goreng ikan, tiba2 terasa lain macam sahaja...bila diperiksa, habis basah lencun kain dengan darah! Aduhai...cepat2 membersihkan diri...tapi darah semakin banyak keluar dengan ketulan2 darah berwarna merah pekat! Menjelang maghrib, mulai terasa sakit seluruh bahagian abdomen hingga ke kaki. Sakitnya seolah2 hendak bersalin! Berguling2 mokcik menahan sakit... kemudian sakit reda walaupun darah masih banyak keluar. Sangkaan mokcik, sengugut sahaja, yang mana sudah lama tak mengalaminya semenjak melahirkan anak sulung. Sempat melelapkan mata hingga jam 4 pagi, sakit mula terasa kembali. Kali ini mokcik dah lembek...tak bermaya. Mokcik bangun mengagahkan diri panaskan air dan minum air dengan gula. Baru badan terasa panas.
Last2 bangunkan cik abe. Cik abe kata, "kita ke hospital, ni lain macam saja saya tengok ni.'
Pi hospital, doktor tanya itu ini, check urine, "positif" katanya. Masuk wad O & G, Doktor sahkan mokcik keguguran! Set untuk ERPOC jam 8.30 pagi. Berbeza pengalaman melahirkan Jaja secara c-section 8 tahun yang lalu, kali ini mokcik dapati doktor2 memang akan menerangkan dengan jelas segala risiko dan prosedur yang akan ditempuhi semasa pembedahan kelak. Agaknya dengan bertambah saman terhadap doktor2, maka pihak Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan sedemikian. Bius separuh badan, alhamdulillah berjaya, maka mokcik boleh mendengar alunan nyanyian Maher Zain, sementara para doktor menjalankan tugasnya. Mujur juga mokcik rabun, tapi mokcik masih dapat melihat refleksi apa yang doktor lakukan melalui pantulan dari lampu spotlight di atas...huhuhu...not a very nice sight huhuhu..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, pembedahan berjalan lancar, sekejap sahaja lebihkurang dalam setengah jam. Mokcik dimasukkan ke wad untuk recovery. Salah seorang lagi patient dalam wad sama juga baru menjalani prosedur macam mokcik, cuma dia lagi kena operate sebab hamil luar rahim. Doktor beri mc seminggu. memang kelam kabut juga kat opis, sebab tak sangka akan berlaku kejadian itu. Mokcik bercadang untuk bercuti rehat minggu lepas...perancangan Allah, mokcik dapat extra cuti 7 hari.
Cik abe cadangkan kami balik ke KT. Kat sana sekurang2nya dia boleh sambung kerja-kerja memasang tiles kat beranda rumah. Tambahan pula, dah rindu kat kucing2 dan ayam-ayam peliharaan dia lah tu agaknya. Kat Putrajaya, dia kebosanan kerana selain daripada kena menjaga mokcik dan anak2, dia cuma duduk sesaja.
Selepas dua minggu, keadaan kesihatan mokcik bertambah baik. Masih berpantang, Tapi kerana cuti sudah habis, mokcik kena masuk kerja semula mulai hari ini. Tapi mokcik masih 'slow and steady', tak nak bergerak rancak2 sangat lagi kang lain pulak jadinya. Aman menemankan mokcik kembali ke Putrajaya, sementara Cik abe dan anak2 yang lain masih di KT. Cik abe masih menunggu keputusan rayuan pertukaran tempohari yang dijadualkan keluar minggu ni. Harap2 ada berita yang menggembirakan kelak.
Untuk pengetahuan am bersama...hehehe
Symptoms of a miscarriage include:
- Vaginal bleeding that may be light or heavy, constant or irregular. Although bleeding is often the first sign of a miscarriage, first-trimester bleeding may also occur with a normal pregnancy. But bleeding with pain is a sign that miscarriage is more likely.
- Pain. You may have pelvic cramps, abdominal pain, or a persistent, dull ache in your lower back. Pain may start a few hours to several days after bleeding has begun.
- Blood clots or grayish (fetal) tissue passing from the vagina.
It is not always easy to tell whether a miscarriage is taking place. A miscarriage often does not occur as a single event but as a chain of events over several days. One woman's physical experience of a miscarriage can be very different from another woman's experience.
Risk factors for miscarriage
Factors that may increase your risk of miscarriage include:
- Your age , especially at age 35 and older.
- A history of recurrent miscarriage (three or more).
- Polycystic ovary syndrome, which can cause ovulation problems, obesity, increased male hormone levels, and an increased risk of diabetes.
- Certain bacterial or viral infections during pregnancy.
- A blood-clotting disorder such as antiphospholipid antibody syndrome.
- Problems with the structure of the uterus (such as a T-shaped uterus).
- A physical injury.
- Exposure to dangerous chemicals, such as benzene, arsenic, or formaldehyde, before or during pregnancy.
- The father's age, especially beyond age 35.2
Other factors that may slightly raise miscarriage risk include:
- Nonsteroidal anti-inflammatory drug (NSAID) use (such as ibuprofen or naproxen) at the time of conception or during early pregnancy.3
- Alcohol use, cigarette smoking, or cocaine use during pregnancy.
- A snakebite.4
- Caffeine use during pregnancy.
- A chorionic villus sampling (CVS) or amniocentesis to test for birth defects or genetic problems. When done by a highly trained provider, one study showed that these tests have a risk of miscarriage of about 1 out of 400. Some studies have shown higher risks, between 2 and 4 out of 400. This greater risk may be more likely in medical centers with less experienced providers, especially for CVS.
It is normal to wonder whether you did something to cause your miscarriage. It may help to know that most miscarriages happen because the fertilized egg in the uterus does not develop normally, not because of something you did. A miscarriage is not caused by stress, exercise, or sex.
Have a nice day all...kalau mokcik larat, mokcik akan meronda2 lah ke blog kenkawan nanti...
Kak Azwa,
ReplyDeleteTerbayang saya kalau baby tu terus di dalam kandungan, dan cik abe tak dapat tukar..adakah cik abe akan jaga baby nanti @ kak azwa kat sini yang jaga..bertambah2 lah rumit keadaan...Allah perancang terbaik..dan semuanya ada hikmah...cuma jauh sudut hati saya rasa bertuahnya kak azwa Allah bagi rezeki tak putus2...masih Allah bagi anak dalam keadaan jarang jumpa cik abe dan badan yang penat...(dan mungkin hormon terganggu sebab selalu teringat suami dan anak2?) just my 2 cent...heheee
salam azwa..jagi diri baik2 pantang betul2 semoga cepat sihat.
ReplyDeletekalau dah kerja pun..jangan lupa kesihatan diri ye..
patutlah kat fb akak cakap cuti panjang..nak tanye lanjut segan...apapun kak jaga kesihatan baik2 kak..
ReplyDeleteazwa
ReplyDeletepatutlah cuti lama. Jangan sedih azwa.. perancangan Allah adalah yang terbaik..
Take care ok..
azwa, so lain kali jangan percaya sangat dengan planning pil hehehe
ReplyDeleterehat dan pantang baik-baik, skrg ni tak sakit bila dah tua nanti baru tahu penangannya
Allah itu Maha Mengetahui yang mana terbaik untuk azwa dan keluarga
semoga cikgu syed dapat pindah :)
mokcik miscarriage ker?
ReplyDeleteSalwa,
ReplyDeletedah dua kali azwa mengalami situasi yang lebihkurang sama..pertama kali masa kena pindah ke Perak dulu, tengah peknen anak no. 4 , cik abe kat UPSI. Kedua kali, masa baru bersalinkan Hadi, azwa kat Perak, cik abe dapat transfer ke Terengganu...setiap minggu Cik abe berulang alik...huhuhu
Tak ada rezeki nak dapat no. 7..kalau tak bolehla saing dengan adik azwa yang baru dapat baby no. 7 baru2 nie..
Kak Erna,
ReplyDeleteYa kak..berpantang juga nie. Tapi itulah, betul kata orang berpantang lepas bersalin, seronok sikit sebab ada juga baby nak dijaga.. kena banyak bersabar ni huhu
Ijah,
ReplyDeleteAda gak citer dlm fb tu tapi tak secara mendalam..alhamdulillah kian beransur sehat dah ni.
Zar,
ReplyDeleteItulah perancangan Allah...memang azwa nak bercuti seminggu, tiba2 Allah beri extra seminggu lagi. Dapatlah bersama keluarga selama dua minggu walaupun tak pergi kemana2 selain duduk dirumah, dijaga sepenuhnya oleh cik abe dan anak2 hehehe
Ummi,
ReplyDeleteItulah dianya..cabaran nak berpantang berbeza dgn berpantang lepas bersalin...lagi payah dan kena peringatkan diri. Kalau bersalin, bila tengok baby, sedarlah diri tengah berpantang...ini kadang2 terlupa juga huhuh
Hopefully segala urusan akan dipermudahkan untuk keluarga kami...aminn
Maksu... begitulah nampaknya maksu...
ReplyDeletepatut la lama x nmpak akak...rupa2 nya mc...semoga akak kembali sihat dan selamat berpantang...
ReplyDeleteSue,
ReplyDeleteThanks...tiba2 saja kejadiannya..itu yg lama menghilang dari berblogging tu hehe..
aduhai mokcik..macam tu pulak ceritanya.. dalam pada suka2 tu rupanya terselit kisah duka. harap mokcik tabah ye dan jaga kesihatan. jangan kerja yang berat2..jaga diri ye. sayang mokcik. semoga cepat sembuh dan semoga cepat dapat rezeki lagi.
ReplyDeleteLeeya...gitulah citernya...nak buat camna, walaupun tak disangka tapi kalau ada kita terima. Tapi Allah ada perancangan yang lain, mokcik terima dgn redha.
ReplyDeletesalam akak..saya datang..
ReplyDeleteakak bersabau ye...banyakkan rehat..insyaallah pasti ada rejeki yg lain nanti..:)
Cikceria,
ReplyDeleteWelkam back...alhamdulillah kian sembuh. Thanks..ceria ceria selalu ya.