Monday, December 27, 2010

ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH

Salam kenkawan


Semalam, sewaktu cik abe menghantar mokcik ke lapangan terbang, terasa sangat letih sekali. Letih menghadapi rutin kehidupan sejak dua tahun lepas. Setiap petang hari jumaat, berkejar ke KLIA atau LCCT dan pada malam isnin pula bersiap2 ke lapangan terbang Sultan Mahmud untuk balik ke Putrajaya. Kalau dikumpulkan perbelanjaan yang digunakan selama tempoh tersebut, barangkali sudah mencukupi untuk melunaskan hutang kereta mokcik.

Anyway, pagi tadi terlintas untuk cuba menghubungi rakan di Kementerian berkenaan namun beliau gagal dihubungi. Sebenarnya ingin bertanyakan unit mana yang perlu dihubungi untuk bertanyakan status permohonan cik abe. Cik abe kata, semasa rayuan tempohari, pihak berkenaan ada maklumkan akan memaklumkan keputusan rayuan melalui surat. Ini dah minggu terakhir tiada apa-apa maklumbalas diperolehi.  Mokcik pun sudah menyuarakan hasrat mokcik agar cik abe benarkan dua orang anak  berpindah bersekolah di Putrajaya untuk menemankan mokcik. Cik abe masih keberatan kerana isunya perbelanjaan untuk balik ke KT akan bertambah. Mokcik cadangkan mereka balik sebulan sekali sahaja sebab ada anak saudara cik abe di rumah yang boleh menjaga mereka. Jawapan cika abe, "Nantilah saya buat ishtikarah dahulu."

Pagi tadi cik abe kata nak turun ke Putrajaya untuk datang menyemak keputusan rayuan pertukarannya. Dia dah ke stesen bas untuk membeli tiket bas. Mokcik tiba-tiba tergerak hati menyemak status permohonan   cik abe yang dibuat secara online tempohari. Padahalnya, tempohari memang jelas ternyata, permohonan cik abe gagal dan tidak diluluskan. Dan pihak berkenaan sudah maklumkan akan memaklumkan keputusan rayuan secara surat ke sekolah asal cik abe.

Agak terkejut dan tidak percaya bila melihat status permohonan cik abe! Dua tiga kali mokcik log out dan log in kembali. Keputusan tetap sama. "TAHNIAH. Permohonan anda diluluskan untuk bertukar ke W. Persekutuan Putrajaya. "  Alhamdulillah! Cepat2 mokcik menelefon cik abe yang sudah berada di stesen bas untuk membeli tiket. Kini perancangan sudah berubah dan semuanya kena dibuat secara pantas kerana masa sudah suntuk! Mokcik pulak tidak dapat bercuti kerana cuti tahunan untuk tahun ini telah habis. Terletak beban pada cik abe untuk menguruskan proses pertukaran dan perpindahan sekolah anak2 dari KT ke Putrajaya. 

Kini mokcik sedang mengintai-intai, mana pulak hendak dihantar Hadi...sedang merisik-risik taska di sekitar Putrajaya. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Tahun 2011 bermula fasa baru untuk kami sekeluarga. Rumah yang baru  setahun diduduki kini akan ditinggalkan sementara. Cik abe kata, jadikan homestay. Sayang sungguh, tapi takkan dibiarkan kosong pulak. Nanti la selepas masalah perpindahan diselesaikan, baru difikirkan tentang rumah di KT kelak.

15 comments:

  1. Syukur allahamdulilah kak...lepas nie tk payah dah akak terkejar2 kan...lepas nie...satu family tinggal sebumbung...hmmm...tumpang gembira:)

    ReplyDelete
  2. syukur Alhamudllilah, azwa, Allah tarik satu nikmat ( masa keguguran hari tu) dia bagi nikmat yang lebih lagi dari itu

    syukur, ummi tumpang seronok sebab kesian dengan anak-anak :)

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah syukur azwa
    at least selasai banyak masalah dan anak anak dapat berkumpul..

    ReplyDelete
  4. azwa..alhamdulillah..syukur padamu ya allah.
    tahniah azwa..semoga segala2nya dipermudahkan,..

    ReplyDelete
  5. tahniah mokcik skg dah cukup sefamily bersama:)best xmas present ever:)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah, kesabaran selama ini mendapat balasan...

    ReplyDelete
  7. Kawan-kawan... terima kasih banyak. Sokongan dan doa kawan-kawan selama ini pun banyak membantu azwa jadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang dihadapi. Alhamdulillah, keluarga kami dapat berkumpul semula, ini hadiah tahun baru yang paling bermakna untuk kami.

    Sekali lagi terima kasih atas doa dan sokongan kawan-kawan semua.

    ReplyDelete
  8. salam kak azwa..
    alhamdulillah.............tumpang gembira untuk akak n family

    ReplyDelete
  9. Salam Irfa..terima kasih..alhamdulillah syukur kerana akhirnya dapat berkumpul kami sekeluarga

    ReplyDelete
  10. Hello Mokcik, from Canada, wishing you and family all the very best of Seasons greetings and a very happy new year....
    Have fun and jangan lupa main wayang Hollywood style in court, ha ha.
    You stay young and simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    ReplyDelete
  11. Hello Lee...thank you for the warm greetings..

    Best present ever for the new year 2011...my family from Kuala Terengganu is moving to Putrajaya with me!

    End of the year not that much chance to main wayang in court hehehe..i guess most of the men on the bench are on leave somewhere playing snows hahaha

    have a nice day Lee..

    ReplyDelete
  12. Salam Mokcik,

    Syukurrrrr alhamdulillah! tahun baru dimulai dengan kegumbiraan.

    ReplyDelete
  13. AuntieYan...

    Salam kembali.

    Alhamdulillah sangat bersyukur dgn pemberian Allah..

    nanti mokcik follow auntieyan ya..

    ReplyDelete