Salam kenkawan
Semalam, sewaktu cik abe menghantar mokcik ke lapangan terbang, terasa sangat letih sekali. Letih menghadapi rutin kehidupan sejak dua tahun lepas. Setiap petang hari jumaat, berkejar ke KLIA atau LCCT dan pada malam isnin pula bersiap2 ke lapangan terbang Sultan Mahmud untuk balik ke Putrajaya. Kalau dikumpulkan perbelanjaan yang digunakan selama tempoh tersebut, barangkali sudah mencukupi untuk melunaskan hutang kereta mokcik.
Anyway, pagi tadi terlintas untuk cuba menghubungi rakan di Kementerian berkenaan namun beliau gagal dihubungi. Sebenarnya ingin bertanyakan unit mana yang perlu dihubungi untuk bertanyakan status permohonan cik abe. Cik abe kata, semasa rayuan tempohari, pihak berkenaan ada maklumkan akan memaklumkan keputusan rayuan melalui surat. Ini dah minggu terakhir tiada apa-apa maklumbalas diperolehi. Mokcik pun sudah menyuarakan hasrat mokcik agar cik abe benarkan dua orang anak berpindah bersekolah di Putrajaya untuk menemankan mokcik. Cik abe masih keberatan kerana isunya perbelanjaan untuk balik ke KT akan bertambah. Mokcik cadangkan mereka balik sebulan sekali sahaja sebab ada anak saudara cik abe di rumah yang boleh menjaga mereka. Jawapan cika abe, "Nantilah saya buat ishtikarah dahulu."
Pagi tadi cik abe kata nak turun ke Putrajaya untuk datang menyemak keputusan rayuan pertukarannya. Dia dah ke stesen bas untuk membeli tiket bas. Mokcik tiba-tiba tergerak hati menyemak status permohonan cik abe yang dibuat secara online tempohari. Padahalnya, tempohari memang jelas ternyata, permohonan cik abe gagal dan tidak diluluskan. Dan pihak berkenaan sudah maklumkan akan memaklumkan keputusan rayuan secara surat ke sekolah asal cik abe.
Agak terkejut dan tidak percaya bila melihat status permohonan cik abe! Dua tiga kali mokcik log out dan log in kembali. Keputusan tetap sama. "TAHNIAH. Permohonan anda diluluskan untuk bertukar ke W. Persekutuan Putrajaya. " Alhamdulillah! Cepat2 mokcik menelefon cik abe yang sudah berada di stesen bas untuk membeli tiket. Kini perancangan sudah berubah dan semuanya kena dibuat secara pantas kerana masa sudah suntuk! Mokcik pulak tidak dapat bercuti kerana cuti tahunan untuk tahun ini telah habis. Terletak beban pada cik abe untuk menguruskan proses pertukaran dan perpindahan sekolah anak2 dari KT ke Putrajaya.
Kini mokcik sedang mengintai-intai, mana pulak hendak dihantar Hadi...sedang merisik-risik taska di sekitar Putrajaya.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Tahun 2011 bermula fasa baru untuk kami sekeluarga. Rumah yang baru setahun diduduki kini akan ditinggalkan sementara. Cik abe kata, jadikan homestay. Sayang sungguh, tapi takkan dibiarkan kosong pulak. Nanti la selepas masalah perpindahan diselesaikan, baru difikirkan tentang rumah di KT kelak.
