Tuesday, January 5, 2010

2010

Tu dia..macam tajuk filem pulak daaa...

Assalamualaikum semua kenkawan. Lama mokcik tak mengupdate kan rumah mokcik nie. Lepas datang kerja 28/12 tempohari, mokcik sambung cuti lagi sampai semalam. Minggu lepas minggu punggah memunggah barang. Dari rumah sewa ke rumah sendiri.

Adoii...la yang siksa sejak kena tinggal selama 3 minggu, rumah sewa dijadikan oleh ahli mesyuarat 'cik ti' sebagai tempat berdansa. Dari dapur hingga ke bilik tidur dipenuhi t@h* tikus...malah masa angkat satu almari tu, cik abe kata berlaku hujan t@h* tikus. Baju2 dalam gerobok, memang mokcik kena basuh semua. Banyak juga buku2 dan baju2 yang jadi mangsa mereka...huhuhu

Barang2 yang dimasukkan dalam kotak dan plastik hitam di letakkan di beranda rumah. Nak bawa masuk terus dikhuatiri sebenarnya tinggal sisa2 makanan tikus sajork. Setiap malam mokcik akan duduk kat beranda tu memeriksa kotak2 dan plastik2 tu...asingkan mana yang perlu mana yang patut kena buang. Ni pun ambik masa jugak nak buat huhuhu.

Hari ahad lepas mokcik hantar Azza masuk sekolah tahun satu. Kali ini sebab mokcik sendiri yang hantar, terus bawa masuk dalam kelas. Kemudian pesan dengan Azza, balik nanti tunggu dalam atu luar kelas, kakaknya Aini akan datang ambil dia. Mokcik tunggu sampai rehat sajork. Itu pun sebab ada taklimat bersama ibu bapa oleh Guru besar sekolah. Lepas beri Azza makan, mokcik pun balik. Alhamdulillah, Azza lebih mudah diuruskan berbanding Aini dahulu yang tak nak masuk dalam kelas hahahaha...

Peh tu balik rumah sambung berkemas lagik..tu pun belum habis lagik berkemas. Hujung minggu ni sambung balik la jawabnya.

Balik Putrajaya, wiper kereta pulak buat hal...waduh...tak mo bergerak. Dah bawa ke bengkel, katanya kena pi ke bengkel KIA jugak...bukan masalah fius...tapi mungkin wayarnya atau motornya...maka pagi tadi mokcik pun berdezup la ke Puchong. Tapi...tak dapek juga buat hari ni..kena datang esok la pulak huhuhuhu...doa2 le agar malam ni dan esok tak hujan...klu tak memang tak dapek nak berjalan la jawabnya.

ok la..gotta go...gambar2...aisey...nanti la ek...

3 comments:

  1. so tinggal hadi aje lagi yang belum sekolah ye, yang lain dah sekolah semua ye,

    cik ti ni memang suka bermaharajalela bila tuan rumah tak ada, agaknya masa mak cik tak ada hari tu, mau tikus tu berdansa sakan

    kat ipoh ni masih lagi hujan setiap hari, kalau hujan aje, rasa macam duduk kat cameron highland, sejuk aje

    rugi sapa pasang air cond kat rumah di ipoh ni, air cond dari nature dah memang sejuk sangat :)

    so harap kat sana tak hujan, kalau tak kenalah mak cik beli payung besar untuk payungkan kereta sekali :)

    ReplyDelete
  2. mekti pon pandai menari ye.. wiper penting tu kene repair cepat2...musim hujan ni..

    ReplyDelete
  3. ummi,

    pejam celik dalam tiga tahun lagi masuk tadika la Hadi..sokojap yo mereka ni membesar..

    huhu..berdansa sakan tikus2 tu ummi...habis baju2 mokcik terutama sutera dimakannya..

    hari ni keta hantar bengkel..RM ku terbang lagikkk

    Saya,

    agaknya bukan setakat disko, dangdut karaoke pun ada kut masa kitaorang tinggalkan umah u uhukkss..

    memang bahaya wiper tak jalan nie...

    ReplyDelete