Thursday, January 28, 2010

DEMAM SELSEMA MELANDA


Assalamualaikum.

Kelmarin rasa betul2 tidak selesa. Kepala rasa melayang2, rasa nak rebah pun ada. Segala sendi macam kena pukul..terasa lemah. Hampir2 mokcik menghantar sms saja kepada bos nak ambil EL. Bila terkenangkan kerja2 yang berlambak kat pejabat tu...alahai...gagahkan juga diri.

Terkenang kat anak2 kat rumah. Cik abe kata semuanya demam, batuk2 dan selsema. Dah bawa ke klinik dan makan ubat dah seme. Kesian kat mereka. Kesian kat cik abe. Kesian kat Hadi. Kesian kat mokcik.

"Kita harus banyak2 bersabar.. dan berdoa semoga keluarga kita dapat bersama kembali."

Camtu la sms dari cik abe.

Sedeynya mokcik.


Last weekend, abah, mokcik dan Hadi pi pusing2 keliling airport sementara tunggu Aini dan Azza balik sekolah hari sabtu tu.


Mokcik teringin minum air kelapa, so cik abe pun singgah beli air kelapa...cayang cik abe ...

Minggu ini, mokcik cuma kan balik kampung pada hari sabtu malam ahad. Pagi sabtu tu ada jemputan kenduri kawen. Kawan sepejabat, memang rapat dengan mokcik. Kami dah berkerjasama sejak sama2 bertugas di Ipoh lagi. Rapat juga dengan anak2 mokcik sebab selalu jumpa bila mereka ikut mokcik ke pejabat di Ipoh dulu. Kalau tak hadir macam tak kena pula. Kebetulan di sini hari isnin 1 februari adalah cuti umum..mokcik tambah cuti sehari lagi hari selasa untuk bersama keluarga di kampung kelak, insyaAllah.

So hari sabtu ni sementara tunggu flight malam karang, mungkin lepas kenduri boleh pi berjalan2 ke Nilai hmnnn....

Semalam beli nasi kukus ayam berempah dan lempeng kelapa ini. Akhirnya mokcik makan lempeng kelapa cicah sambal tumis ikan bilis as my dinner. Sedap makan panas2. Sambalnya just nice, tak pekat sangat, tak cair sangat, tak pedas menyengat...sesuai la dengan selera mokcik. Nasi kukus masuk fridge untuk dinner malam ni...

The day before yesterday. Kami singgah pasar malam. Since lepas tu nak ke bank, singgah solat di Masjid besar tu dulu. Konsep open space. Memang cantik tapiiiii sayangnya tempat wuduk takde air! have to take wuduk from the toilet...Herannya sedangkan masjid ini dikelilingi air dan air pancuran di luar bukan main lagi. Tapi tempat paling penting sekali takde air...harap pihak pengurusan mengambil tahu tentang perkara ini huhuhu...

Hari ini kepala masih melayang, tapi lepas pekena secawan nescafe panas terasa sihat sikit. Boleh la buat kerja dulu...

wokey uolss...selamat bertugas bagi yang bertugas, selamat berehat semoga cepat sembuh bagi yang tak berapa sihat...take care all...

5 comments:

  1. cepat sihat mokcik..jangan sakit2 ye.. dah sakit kepala tu minum nezzkepe bukan ke akan bertambah sakit kepala? hehehhee... minum lah oren.

    ReplyDelete
  2. Cik saya...minum nescafe kasi panas badan huhuhu...oren sejuk..tambah seram sejuk. cuma mokcik makan vitamin C n B kompleks untuk immuniti dan tenaga.

    ReplyDelete
  3. alahai sian nya...nasib baik cek abe ambil berat utk isteri trsyg.

    balik cuti ni suruh cek abg urut bdn kasi segar sikit.

    ReplyDelete
  4. bawa bawa berehat, jaga diri bebaik ek

    ReplyDelete
  5. peliknya, mokcik rasa dah jawab dah posting2 nie..tapi hilang ntah ke mana..

    zue,

    balik cuti, suara pulak hilang tapi tetap gumbira sebab dpt jumpa family.

    mak su,

    musim selsema rasanya skang nie..seme orang pun hidung tersumbat dan hilang suara.

    ReplyDelete