Wednesday, January 6, 2010

PORING TRIP

Ni dia gambar2 trip ke Hot Spring Poring, Ranau Sabah.




Tiba di tempat letak kereta Poring Hot Spring (PHS). Sempat lagik Hadi dan Aini berposing.



Lepas bayar tiket masuk, kena melalui jambatan gantung untuk menyeberangi Sungai Liwagu menuju ke PHS.

Ini lah Sungai Liwagu.


Inilah tempat pengunjung paling suka bergambar...






Elok sampai dalam 11.30 ke kawasan PHS, kami mencari port untuk menjamu selera. Kemudian turun semula ke kawasan kolam mencari tempat sesuai. Tu muka Aini kekenyangan agaknya hahaha..



Kelihatan yang berbumbung kat bawah tu adalah kolam-kolam air panas.




Nampaknya semua kolam terbuka dipenuhi orang. Dah sampai takkan tak nak mandi manda kan..So, mokcik pun book satu bilik mandi tertutup. RM20 per hour. Kami diberi bilik mandi Balsam. Tu Aini dengan Azza tengah seronok berendam dalam air panas.





Hadi yang selsema pun boleh berendam lama2, seronok sangat mandi manda dalam tab mandi tu..Abaikan budak bogel itteww..hehehe...dalam perjalanan ke PHS, Hadi muntah dalam kereta. Sebab tu takde baju spare kena la berbogel mandi huhuhuhu..







Aman pun nak menyelit kat tab sebelah Aini Dgn Azza..






Dua jam kemudian...Dah siap mandi...Hadi dok ketuk pintu panggil abahnya yang tengah seronok berendam keluar hahahaha..







Ini adalah dua bilik mandi tertutup jenis deluxe..bath tub besar macam jacuzzi. Mula2 nak ambil ini, tapi dua2 dah ada orang masuk.







Posing lepas mandi manda.








Hadi pun tak mahu ketinggalan.





Masa ke Sandakan tempohari mokcik melihat pemandangan puncak Gunung Kinabalu yang tersangat la jelasnya...Sayang sangat takde kamera. Pemandangan yang jarang dapat dinikmati, hinggakan paramugara pun berkumpul melihat puncak gunung. Cantik sungguh ciptaan Allah kan.
Masa balik dari PHS, sudah petang maka pemandangan gunung sudah berkabus. Hanya dapat menangkap gambar ini. Next time kalau diizinkan, mesti kena bawa kamera bila menaiki kapal terbang ke Sandakan. Tapi kena ambil flight awal pagi dan hari tidak hujan...memang menakjubkan pemandangan puncak Gunung KInabalu.

























9 comments:

  1. Azwa...dah sampai ke Sabah bercuti ye...

    Seronok sungguh bebudak tu...

    Cantik air sungai Liwagu tu...

    ReplyDelete
  2. bestnya sungaiii... tapi saya penakot air..

    ReplyDelete
  3. wow! bestnyer! nak menyelit dalam bath tub tu cikit, boleh?

    ReplyDelete
  4. bestnya, kan best kalau ada kolam yang tertutup macam tu, senang nak mandi :)

    cantik pemandangan, bilalah nak sampai? :)

    ReplyDelete
  5. bestnya kak,
    bila lah ada rezeki nak ke sana.....

    ReplyDelete
  6. Cantik2 gambar pemnadangan ni semuanya..tercari2 mana tuan punya blog dalam gambar2 ini...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam ziarah,
    teringat tahun 2002 dulu, saya pernah sampai ke poring dgn mak. memang best. tapi tak tahu pula ada yg tertutup. mahal tak yg berjakuzi?

    ReplyDelete
  9. Mohon maaf kenkawan tak sempat menjawab posting kat entry ni rupanya...

    masih terkenang2 keindahan Poring Hotspring Ranau..

    Tukang tulis entry memang tak akan menonjolkan diri hahaha

    harga yang berjacuzi rasanya tak la mahal sangat dalam Rm50 atau 80 kot..

    ReplyDelete