Coconut shake...minuman mokcik masa lunch tadi..yummy
Mokcik agak bizi minggu lepas dan minggu ini. Bizi memerah otak nak menyediakan segala mak nenek laporan yang perlu disediakan..
Jam 4.30 pagi bertolak ke Ipoh dengan seorang pegawai lagi. Singgah solat subuh di Rawang R & R dan selamat tiba di Ipoh dalam jam 8 pagi. Menunggu kes dipanggil, dekat jam 12 baru selesai. Terus ke Green Town Mall. Tujuan mencari pelindung skrin dan pelindung henpon beri hitam yang baru diguna pakai. Beberapa kedai dikunjungi akhirnya baru berjumpa yang dihajati.
Terjumpa kedai jual tudung yang cantik2 dan murah2 dibandingkan dengan harga di Putrajaya. Sempat membeli sehelai dua untuk diri sendiri dan anak dara mokcik. Pehtu pekena nasi goreng ikan rebus.
Cadangnya, lepas makan, kawan mokcik akan ambil mak dan adiknya bawa bersama ke KL. Tapi maknya pulak nak balik esoknya ( hari ini) lepas subuh. Jadi mokcik kena buat rancangan balik sendirik...( konon saja tak bawa kereta sendiri untuk jimatkan tuntutan). Kebetulan masa keluar dari perkarangan mahkamah ternampak kereta yang agak familiar. Check no. pendaftaran...macam dikenali. Pantas menghantar sms pada empunya. Sah! Dia berada di Ipoh juga. Citer2, dia pun nak balik ke Putrajaya petang tu jugak. Apa lagi..mokcik pun tumpang dia balik....selesai satu masalah.
Jam 6.20 petang kami sampai Putrajaya.
Letih terasa. Mokcik cuma panaskan baki nasi semalam dan goreng telur. Makan dengan kicap. By 10 pm, mokcik dan tak larat nak buka mata, terus terlelapppp... maklum la rumah mokcik no tv, no laptop, no housemate...
Pagi ni masuk opis, masa sampai di simpang nak masuk ke kompleks D, tiba2 terdengar hon kereta...ropenya ada kemalangan kecil berlaku antara kereta yang dari jalan utama dengan kereta yang tiba2 masuk dari jalan alternatif dari arah atas bukit...memang agak bahaya nak masuk ke kompleks C dari arah bukit tu.
My lunch...ikan keli goreng berlado, sambal belacan, ikan masin masak lemak nenas, dan paru goreng
Pagi ni sambung balik buat laporan...sempat update sikit. tapi tak sempat nak post gambo...
wokey uolss...selamat berkerja...
mmg berdezuupp lah mokcik, klu sy ni mahu je ambil cuti...tak larat..bdn mesti rasa sakit2.
ReplyDeletesibuk ye mak cik
ReplyDeletedah baper kali nak dating dengan ma cik tak boleh2
dua-dua sibuk, ummi memang tak cukup kaki dan tangan skrg
lain kali datang bgtahu
salah satu feveret ummi nasi goreng ikan rebus, sedap :)
sekian laporan untuk hari ini. hehehhee...
ReplyDeleteMokcik...tak pernah dengar nasi goreng ikan rebus...mungkin kat sini takde kot...
ReplyDeleteZue,
ReplyDeletepenat tapi sesekali seronok jugak...huhuhu
Ummi,
nak dating pun tak sempat..berdezupp sajorkk singgah Ipoh.
Am coming again in february...hopefully kali ni bleh dating hehehe
am addicted to nasi goreng ikan rebus..katne yang sedap?
Saya,
laporan diterima! hehehe
Kak anie,
ada kat Perak ajer kutss...ikan rebus sedap dimakan dengan sambal belacan...yummy...