Showing posts with label AZZA MASUK SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label AZZA MASUK SEKOLAH. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

2010

Tu dia..macam tajuk filem pulak daaa...

Assalamualaikum semua kenkawan. Lama mokcik tak mengupdate kan rumah mokcik nie. Lepas datang kerja 28/12 tempohari, mokcik sambung cuti lagi sampai semalam. Minggu lepas minggu punggah memunggah barang. Dari rumah sewa ke rumah sendiri.

Adoii...la yang siksa sejak kena tinggal selama 3 minggu, rumah sewa dijadikan oleh ahli mesyuarat 'cik ti' sebagai tempat berdansa. Dari dapur hingga ke bilik tidur dipenuhi t@h* tikus...malah masa angkat satu almari tu, cik abe kata berlaku hujan t@h* tikus. Baju2 dalam gerobok, memang mokcik kena basuh semua. Banyak juga buku2 dan baju2 yang jadi mangsa mereka...huhuhu

Barang2 yang dimasukkan dalam kotak dan plastik hitam di letakkan di beranda rumah. Nak bawa masuk terus dikhuatiri sebenarnya tinggal sisa2 makanan tikus sajork. Setiap malam mokcik akan duduk kat beranda tu memeriksa kotak2 dan plastik2 tu...asingkan mana yang perlu mana yang patut kena buang. Ni pun ambik masa jugak nak buat huhuhu.

Hari ahad lepas mokcik hantar Azza masuk sekolah tahun satu. Kali ini sebab mokcik sendiri yang hantar, terus bawa masuk dalam kelas. Kemudian pesan dengan Azza, balik nanti tunggu dalam atu luar kelas, kakaknya Aini akan datang ambil dia. Mokcik tunggu sampai rehat sajork. Itu pun sebab ada taklimat bersama ibu bapa oleh Guru besar sekolah. Lepas beri Azza makan, mokcik pun balik. Alhamdulillah, Azza lebih mudah diuruskan berbanding Aini dahulu yang tak nak masuk dalam kelas hahahaha...

Peh tu balik rumah sambung berkemas lagik..tu pun belum habis lagik berkemas. Hujung minggu ni sambung balik la jawabnya.

Balik Putrajaya, wiper kereta pulak buat hal...waduh...tak mo bergerak. Dah bawa ke bengkel, katanya kena pi ke bengkel KIA jugak...bukan masalah fius...tapi mungkin wayarnya atau motornya...maka pagi tadi mokcik pun berdezup la ke Puchong. Tapi...tak dapek juga buat hari ni..kena datang esok la pulak huhuhuhu...doa2 le agar malam ni dan esok tak hujan...klu tak memang tak dapek nak berjalan la jawabnya.

ok la..gotta go...gambar2...aisey...nanti la ek...