Wednesday, October 7, 2009

SALAH DRESSING?


Pagi ini of all the people, mokcik terserempak dengan salah seorang bos semasa nak masuk dlam lif. Mokcik melemparkan senyuman paling manis dan menegur bos. Bos cuma menganggukkan kepala. Dalam lif, selepas semua orang keluar dan tinggal kami berdua, bos itu menegur mokcik.

"U kat unit *toot* kan?"
"Saya datuk."
"I nak tegur cara u dressing nie salah. U tak boleh pakai macam ni. u cuba baca circular."
"Ye ke datuk?" *baca* mokcik dunno how to respond exceli...
"U baca balik circular tu tentang cara dressing u ni...." Bos tu masih nak bercakap tapi mokcik dah sampai di floor mokcik.
"Terima kasih datuk"

Mokcik pun keluar dari lif dengan bengangnya. Mokcik baru ajer nak masuk ke dalam bilik bila salah seorang anak buah menegur.

"Puan, cantik baju puan. Puan tempah ker?"
"Cantik?? I baru ajer kena tegur dengan bos kata i berpakaian menyalahi circular. Salah ker cara i berpakaian nie?"

Mokcik hari ini memakai loose pants dengan baju berwarna grey yang labuh menutupi punggung. i tot that's how the circular says...mokcik nampak orang lain lagi pakai pants dan kemeja ketat2 takdak sapa pulak kata dressing depa salah.

"Ye ker?? Saya hari tu kena tegur kerana pakai jubah. Saya pun fikir, pakai elok2 pun kena tegur."

" maknanya kita kena pakai baju kurung ajer la puan." Celah salah seorang pegawai lain.

Mokcik terfikir aku salah dressing ker sebab aku tak pi courtesy call kat bos tu...hmnnn...mokcik ni memang jenis pendiam kan. Dan tak pandai nak buat small talk...not the ampu2 type one. And mokcik tak suka buat jokes tak tentu pasal kecuali bila bersama rakan2 yang betul2 rapat. Ini kali kedua mokcik merasa sengaja dikenakan kerana tak pay courtesy call...hmnn...mokcik memang tak berkenan budaya courtesy call ni menjadi satu kemestian...klu tak gi seolah2 kita berdosa besar. ntah lerr...memang salah mokcik sebab menentang budaya ampu mengampu ihikss...

10 comments:

  1. itu salah?

    WTH?!

    err..adakah perlu pakai blause pendek nampak underwear bila tunduk ambil fail yang jatuh atas lantai?

    Ooopps~

    ReplyDelete
  2. saya suka bos (ssb)

    keje private senang, nak pakai apa pun boleh :)

    ReplyDelete
  3. azwa

    kalau ikut protokol memang jubah dan pants tak dibeanarkan dalam perkhidmatan awam tapi atas budi bicara ianya boleh dilonggarkan. Dan may be azwa wrong timing ler kot.. kena tegur time tu.. sabo ajelah

    Zar pun kalau kerja luar pakai pants suit jugak.. tapi pi opis memang baju kelambu ajelah.. dah kerja gomen, zar menurut perintah je..

    ReplyDelete
  4. Zara,

    zaman skang...pakai molek tutup elok2 kena tegur...uhuksss..

    Ummi,

    tengok boss jugak kutss...kat private pun kenkadang ada jugak boss fussy

    Zar,

    Di Jabatan mokcik dah keluar circular yang membenarkan pemakaian pants..tapi memang ada guideline...misalnya pakai pants suite three piece, pants mesti longgar, kemeja menutupi punggung.

    Pemakaian pants dibenarkan atas alasan kerja kitaorang yang dok mengusung beg james bond ke hulu ke hilir memang tak ayu langsung kalau pakai baju kurung. Dah ada yang jatuh tergolek bila panjat tangga huhuhu

    Tapi mokcik tengok ramai juga yang tak menepati guide lines, and i thought i was following it...tup2 mokcik pulak yg kena tegur ihikss.

    anyway, tak kesah la. i take it in good faith...asalkan kerja mokcik jalan..sabo jer la dgn karenah bos..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam

    pB baru nak hantar sms tanya naper tak update update ...

    tup tup tengok dah adaaa

    wa sayang luuuu lahhhhhh


    rasanya Datuk tu Datuk jennisss G.A.T.A.L

    ReplyDelete
  6. Takkan pakai gitu tak ikut circular? saya tengok pant dengan blouse labuh dari sopan banding yang pakai skirt A line yg ketat tang punggung pastu pakai kemeja kecik ikut body tu...DPP non muslim pun ada jer yg pakai skirt pendek kat court?

    Saya sokong tang 'courtesy call' xpatut jadik isu...rasanya budaya ni ramai yg suka banding tak suka...tapi kalau kita jadik boss nanti anak2 buah yang buat coutesy call kita pun suka kot? Ntahlah ianya bagus tapi skrg budaya tu macam dah disalahertikan dan disalhgunakan oleh yg berkepentingan peribadi...


    saya pun sama..kalau blh org tak sedar kewujudan saya pun takper..duk diam2 jgn kena kacau sudahlah...

    ReplyDelete
  7. PB,

    Mokcik bizi berkursus sejak dua hari lepas..tu yang tak sempat update.

    Masalahnya..datuk tu pompuan hehehe...

    Salwa,

    setuju bangat...pakai seksi seksa tak kena tegur. Tambah2 lagi kalau non muslim...pakai apa sajork, dibenarkan. kalau muslim, ada sajork tak kena.

    en_me,

    ghiteww la kaedahnya..

    ReplyDelete
  8. alamak..sedihnya.pepagi dah ilang mood.saya penah kena tegur sbb pakai pant dan kemeja.diorang kata kena pakai blazer sekali..mslhnya saya xde blazer.huhu..

    mmg sy silap kot

    ReplyDelete
  9. Irfa,

    tu three piece suit dipanggilnya..memang ada dlm circular. tapikan dalam ofis memang kita akan pakai cenggitu, tapi ini kita baru jer nak masuk ofis dari rumah...fussy betul..

    yer la...mari kita sama2 mengaku salah huhuhu

    ReplyDelete