Showing posts with label salah?. Show all posts
Showing posts with label salah?. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

SALAH DRESSING?


Pagi ini of all the people, mokcik terserempak dengan salah seorang bos semasa nak masuk dlam lif. Mokcik melemparkan senyuman paling manis dan menegur bos. Bos cuma menganggukkan kepala. Dalam lif, selepas semua orang keluar dan tinggal kami berdua, bos itu menegur mokcik.

"U kat unit *toot* kan?"
"Saya datuk."
"I nak tegur cara u dressing nie salah. U tak boleh pakai macam ni. u cuba baca circular."
"Ye ke datuk?" *baca* mokcik dunno how to respond exceli...
"U baca balik circular tu tentang cara dressing u ni...." Bos tu masih nak bercakap tapi mokcik dah sampai di floor mokcik.
"Terima kasih datuk"

Mokcik pun keluar dari lif dengan bengangnya. Mokcik baru ajer nak masuk ke dalam bilik bila salah seorang anak buah menegur.

"Puan, cantik baju puan. Puan tempah ker?"
"Cantik?? I baru ajer kena tegur dengan bos kata i berpakaian menyalahi circular. Salah ker cara i berpakaian nie?"

Mokcik hari ini memakai loose pants dengan baju berwarna grey yang labuh menutupi punggung. i tot that's how the circular says...mokcik nampak orang lain lagi pakai pants dan kemeja ketat2 takdak sapa pulak kata dressing depa salah.

"Ye ker?? Saya hari tu kena tegur kerana pakai jubah. Saya pun fikir, pakai elok2 pun kena tegur."

" maknanya kita kena pakai baju kurung ajer la puan." Celah salah seorang pegawai lain.

Mokcik terfikir aku salah dressing ker sebab aku tak pi courtesy call kat bos tu...hmnnn...mokcik ni memang jenis pendiam kan. Dan tak pandai nak buat small talk...not the ampu2 type one. And mokcik tak suka buat jokes tak tentu pasal kecuali bila bersama rakan2 yang betul2 rapat. Ini kali kedua mokcik merasa sengaja dikenakan kerana tak pay courtesy call...hmnn...mokcik memang tak berkenan budaya courtesy call ni menjadi satu kemestian...klu tak gi seolah2 kita berdosa besar. ntah lerr...memang salah mokcik sebab menentang budaya ampu mengampu ihikss...