Tuesday, October 20, 2009

BERATNYA NAK MELANGKAH

Semalam mokcik baru balik dari KT. Dapat extra day sebab kebetulan ada kerja kat sana. Masa nak siap2 nak ke airport semalam, Hadi dah meragam. Dia macam tahu2 ajer mokcik dah nak balik ke Putrajaya. Mana mokcik pi dia akan mengekor. Mokcik dapat meloloskan diri ke bilik air untuk mandi manda. Tak lama kemudian dia datang, menangis2 kat depan pintu bilik air sambil memanggil "umi...umii...umii..".

Alahaiii...

Lama juga la dia melalak depan pintu bilik air baru abah dia datang pujuk. Masa mokcik keluar dari bilik air, abahnya tengah tukar pampers Hadi. Sebaik sahaja Hadi nampak kelibat mokcik, dia pun start menangis sambil menghulurkan tangan kearah mokcik..."umiii...umiii...umiii". Sedihnya la nak tinggalkan Hadi. Macam tahu2 ajer dia untuk empat hari hingga hujung minggu baru la dia dapat jumpa umi semula, insyaAllah.

Biasanya, terutama sejak H1N1 ni, kami tak bawa Hadi ke airport. Tapi semalam rasa kasihan sangat tengok dia melalak. Cik abe keberatan nak bawa. Mokcik kata, tak aper la, lagipun nampaknya dia dah mengantuk dah. Dalam perjalanan ke airport bukan main seronok lagi dia. Dah dekat nak sampai, kepala Hadi pun dah melentok dah...dah nak tidor dah la tu. Dah sampai airport, mokcik bawa dia keluar sekali. Ingatkan dia akan tidor terus...ropenya...hmnn...terus dia terjaga! Dah terjaga tu, takmo pulak kena dukung atau naik troli. Dia nak berlari2an!

Cik abe kata, " lain kali abah tak mahu bawa Hadi dah..." hahhaha... memang Hadi ni hiperaktif laa...sabor jer la.

Jam 11 malam, mokcik tiba di rumah. Cik abe sms, " Hadi dah tidor. Baru lepas makan ubat batuk. Kesian dia.. saya peluk dia untuk awak."

Huhuhuhu...

9 comments:

  1. alahai kesianya Hadi :(

    tak pe cuti sekolah tak lama lagi :)

    ReplyDelete
  2. siannn Hadi...

    mari saya peluk...Hadi :)

    ReplyDelete
  3. alahai mokcik sayu nya hati.

    zue dah pindah rumah.

    ReplyDelete
  4. azwa

    kesiannya hadi.. tak puas bermanja tu...

    ReplyDelete
  5. ummi,

    sedey mokcik...

    ya..sabarlah duhai hati..huhuhu

    mak su,

    jom pakat peluk Hadi..hehehe..

    en_me,

    Cik abe memang sweet hahaha..

    ReplyDelete
  6. Zue,

    tu la pasal.

    pindah ke mana tu?

    Zar,

    Bukan sajork Hadi, anak dara dua orang tu pun akan mula buat hal bila mokcik nak balik pjaya...kesian dorang.

    Irfa,

    hati ibu pasti sebak bila dengar anak menangis..dah la siap memanggil2 nama kita..huhuhu

    ReplyDelete
  7. kelas makeup area KL 7/11 & 15/11 di s'remban. reg skrg.tmpat terhad!!016-2128740

    http://www.eyrarizal.com

    ReplyDelete